Setiap kali hari raya, kaum isterilah yang paling sibuk. Pendek kata semua persiapan disediakan oleh para isteri. Kuih raya, baju raya, perkakas dan hiasan rumah dan sebagainya menjadi agenda utama dan perlu ‘diselesaikan’ sebelum hari raya menjelma.

Bagi seorang suami, tentunya sudah biasa melalui cabaran menemani isteri untuk membeli baju raya. Kerenah sang isteri ada kalanya boleh membuatkan para suami hilang sabar. Sebenarnya ada sebab mengapa seorang suami itu perlu melayan kerenah isteri ketika ‘memburu’ baju raya seperti yang diidamkannya.

Ada Sebab Kenapa Suami Kena Layankan Kerenah Isteri Cari Baju Raya
Kredit foto: Pexels

Berikut perkongsian Pe Chey

Kenapa kita, suami perlu “layankan” kerenah isteri dalam mencari baju rayanya?

1. Itulah sebenarnya masa masa yang terbaik untuk memberi dia kegembiraan. Dia kepenatan sebenarnya. Cumanya, orang perempuan ni cukup kuat menutup segala penat lelahnya seharian.

2. Andai isteri suri rumah, itulah detik bermakna buat dia dalam ” meredakan” kepenatan seharian melayan karenah anak dan suami serta kerja kerja rumah yang tak pernah habis habis.

3. Setahun sekali, suami perlu berkorban dan beralah dengan isteri untuk dia “riang” mencari baju yang diidamkannya. Isteri kita jugakan?

Ads

4. Sediakan saja peruntukan yang bersesuaian untuk isteri demi baju raya pertamanya. Kalau ada lebih, boleh saja dia beli baju raya kedua, ketiga dan seterusnya.

Ada Sebab Kenapa Suami Kena Layankan Kerenah Isteri Cari Baju Raya
Kredit foto: Freepik

5. Nak isteri sayang suami tapi suami suka berkira masa dan tenaga dengan isteri. Kan tak adil tu. Bersama-samalah riang dan hilangkan gundah dengan cara berpimpin tangan mencari baju raya isteri di mana mana yang beliau mahukan.

6. Baju raya mungkin pakai seketika tapi kenangannya abadi selamanya. Andai kita (suami) pergi tiba-tiba, itulah momen yang kita tinggalkan.

Ads

7. Berbelanjalah lebih sedikit ketika nak beraya dengan cara sediakan bajet sebelumnya. Tak kisahlah sama ada main kutu atau apa caranya, janji halal, kita bersedia dengan bajet yang boleh gembirakan isteri. Ada lebih, belikanlah barangan lain yang dia suka.

8. Raya setahun dua kali. Cumanya, aidilfitri lebih bermakna daripada aidiladha. Jadinya, tak salah kita berikan yang terbaik kepada isteri agar dia tak jadi bahan “kataan” bila beraya nanti.

Ada Sebab Kenapa Suami Kena Layankan Kerenah Isteri Cari Baju Raya
Kredit foto: Pexels

9. Sayang isteri, kita fahami perasaannya. Bukan hanya kita selalu jadi diktator. Ambil maklum pendapatnya, selami isi hati dan fahamkan apa juga rasa yang selama ini dia selindungi.

Ads

10. Suami jangan berhutang kerana baju raya isteri. Cari awal, simpan dan belanjakan bila tiba masanya. Jangan kata tak boleh selagi masih belum pernah cuba untuk menyimpan.

Inilah antara intipati kenapa aku masih “melayan” isteri mencari baju raya. Momen berjalan bersama dia tu akan jadi kenangan. Bukan tak boleh beli online, cumanya tak de feel macam beli depan mata. Saiz silap, Gambar lain, sampainya lain.

Sumber: Pe Chey Kredit foto (top image): Freepik 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI