Ada Target Nak Beli Rumah Tahun Ni? Ini Tip Untuk Anda

Share
Keinginan untuk memiliki rumah sendiri memang menebal. Cuma nak uruskan kewangan akan ambil masa sedikit. Mana nak menyimpan, mana nak buat belanja. Tapi jangan risau. Bila ada matlamat, senang sikit nak buat kira-kira bajet.
Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi dalam laman Facebooknya tip untuk membeli rumah tahun 2021. Kalau dah ada susunan yang betul, bolehlah survey-survey rumah yang ada.
TIPS BELI RUMAH 2021
1. Jangan Tergesa Gesa Beli.
Jangan buat keputusan beli rumah dalam masa sehari. Beri tempoh bertenang antara 5-7 hari baru bayar booking. Kita cenderung buat keputusan salah bila terburu buru.
Suka macam manapun rumah itu jangan gelojoh. Percaya pada rezeki yang baik pasti kita akan dapat jika diizinkan Tuhan.
Jurujual dan sifoo hartanah akan desak beli cepat, kita boleh baca tujuan mereka bukan?
2. Hadiah Percuma!
Dapat aircond, kabinet dapur, SnP dan lawyer fees percuma itu dah biasa. Belajar negosasi minta pemaju kurangkan harga. Pasaran lebihan hartanah starta makin buruk lepas pandemik ini, mintak diskaun 20-25% lebih baik dari hadiah percuma.
Hadiah percuma masih tidak senilai dengan kadar bayaran 30 tahun kedepan kawan.
3. Pasaran Kondominium!
Lebihan kediaman strata membimbangkan semua, semak kembali jika nak beli kondominium tahun ini. Ada hartanah landed yang dah turun harga dan hampir sama. Kini harga kondominium tak seimbang lagi.
Semak, semak dan semak kawasan sekitarnya. Dapatkan harga psf berapa kawasan nak beli. Jangan mudah percaya hartanah kekal naik harga.
4. Kos Tambahan Hartanah Strata.
Bagi pangsapuri, studio, service apartments dan kondo ada kos tambahan seperti yuran selengara dan insuran.
Ada setengah tempat kos selengara hingga RM0.45 sekaki persegi. Jika keluasan lantai 900kps. Kita perlu bayar selenggara RM405 setiap bulannnnn!. Belum campur ansuran bulanan, utiliti dan cukai.
5. Jarak Tak Lebih Sejam.
Rumah yang sihat adalah tidak lebih sejam perjalanan ke tempat kerja. Semakin jauh semakin besar kos bulanan kita sebenarnya.
Cari beberapa pilihan mengunakan Google map untuk ketempat kerja kita dari arah berbeza.
Jangan terburu, hartanah dalam pembinaan ada lebih 72,000 sedang dibina.
Beli yang mampu bukan yang kita suka.
Azizul Azli Ahmad
Pelabur Kecil Hartanah.
Published by
Anis Nor