Adab Berhubung Di ‘Whatsapp’ Jika Sudah Bergelar Isteri & Suami Orang

Share

Kes curang diantara suami atau isteri orang lain sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Hal ini mungkin disebabkan perkembang teknologi yang memudahkan manusia saling berhubung. Namun begitu,kemudahan teknologi telah disalah gunakan dengan menghubungi orang lain yang tidak ada kepentingan pun untuk dihubungi.

Alasan berhubung kerana bosan atau sekadar untuk meluangkan masa lapang. Dengan wujudnya group-group whatapss sekolah yang tujuan asalnya hanya untuk saling mengetahui khabar masing-masing,akhirnya menjadi salah satu pencetus mulanya berlaku kecurangan.

Mula mengibau kenangan lalu ataupun terpesona dengan rakan yang masih kacak atau cantik, Mahu berhubung dengan lain jantina ada adab dan pantang larangnya. Berikut perkongsian daripada Puan Nieza Termizi.

Pantang Larang Main WhatsApp

Bermesej di wasap ni ada pantang-larangnya. Apatah lagi bagi berlainan jantina. Kalau terlupa dosa dan pahala, macam-macam kes boleh berlaku. Kecurangan pasangan, berhubungan dengan orang ketiga malah ada yang sampai bercerai-berai.

Bila wujudnya group-group wasap kerja, group wasap alumni sekolah, group wasap universiti, group wasap parents dan sebagainya, no telefon kita ni senang-senang aja ditembusi mesej pada bila-bila masa.

Tak perlu dah nak minta nombor telefon depan-depan. Dalam group wasap senang je boleh dapat, kawan. Kawan-kawan yang dah lama terputus hubungan, boleh disambung semula. Yang baru cuba-cuba nak kenal, mulakan langkah pertama.

Sebab itulah pentingnya untuk kita tahu, macam mana nak jaga ikhtilat sesama bukan mahram semasa bermesej. Ya, saya sedang bincang pasal mesej.

1. Mesej atau whatapps suami atau isteri orang jika hanya betul-betul PENTING sahaja

Bagaimana nak define apa maksud penting? Setakat nak tanya khabar atau nak tanya ‘dah makan ke belum? Allahuakbar..ini memang bawa bencana.

Ehh..tanya makan je pun. Memang. Bermula dengan mesej sepatah dua sahaja, kemudian panjang-panjang sikit, kemudiaan hari-hari, perbualan jadi meleret-leret dan mula bermesra. Akhirnya bertukar jadi bahasa sayang dan rindu.

Allah..seterusnya, saya tak sanggup nak cerita.

2. Ayat kena jelas. Straight to the point

Ayat tak perlu meleret-leret. Biar jelas, terang dan terus kepada maksud. Tak perlu berkias, tak perlu buat pendahuluan macam tulis karangan. Tak perlu buat ayat bunga-bunga atau ayat tersirat. Itupun jika perlu bermesej ya.

Berhenti setelah mesejnya sampai. Tulislah dengan ejaan penuh. Tak perlu ketawa, hehehe atau huhu. Kononnya tak mahu perbualan serius sangat. Tak sedar dalam pada itu dah terlanjur bermesra.

3. Jangan guna emoticon

Eh..nak hantar smiley smiley tu cuba tanya diri sendiri kene ke tidak pada tempatnya? Bayangkan sekarang ni, dengan hanya bermesej je kita dah boleh buat biasa aja hantar muka muka sweet (macam mengorat depan-depan la..) Bezanya yang ni berselindung di sebalik mesej.

Emoticon kenyit mata, kiss, mata love, jelir lidah sambil kenyit mata, ketawa, gambar love terbang, bunga dan macam-macam lagi senarainya..kesemua bawa bencana dah padah bila kita mulakan.

4. Jangan mendekati maksiat

Benar! Maksiat bukan setakat seperti yang kita tahu duduk dekat-dekat dan buat perbuatan terkutuk saja. Maksiat juga wujud dalam perbualan. Kalau kita ada sesuatu urusan mahu bermesej, dan perkara tu dah selesai, berhenti sahaja.

Tapi kalau orang tersebut masih lagi panjangkan perbualan, malah mengganggu pula setiap masa, lari jauh-jauh. Lari sejauh kutub utara dan kutub selatan. Block, delete, hide, pancung, hunus mata pedang dan senjata.

Perangkap dan jarum syaitan ni halus sekali. Ingat tak kisah Nabi Adam a.s dan Hawa dinoda iblis dalam syurga? Bukan diterus ajak makan buah larangan. Mula-mula dipujuk dekat dengan pokok. Ada berapa banyak pokok di syurga? Dah tentu banyak kan? Tapi kenapa pokok yang satu tu juga akhirnya tempat dituju? Bukti iblis ini hasutannya sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan sampai kita tak sedar kita dah masuk perangkapnya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Puan Nieza Termizi via majalahminda

 

Published by
NanyRahman