Adab Bermadu, Tak perlu TAYANG Bahagia Dengan SUAMI ORANG, Ini Pesan ZARINA ZAINUDDIN.

Share

Jarang sekali nampak selebriti Zarina Zainuddin mendedahkan tentang hubungan bersama madunya, Datin Sri Hajah Noorhasimah Mohd Noor. Bahkan, foto bersama suami juga jarang sekali dimuat naik untuk tontonan umum. Lumrah hidup bermadu, perlu ada rasa hormat terhadap sesama manusia. 

 

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

 

Baru-baru ini Zarina memuat naik posting sambutan hari lahir madunya. Coretan Zarina mengundang sebak dan pujian daripada warganet. 28 tahun hidup bermadu, Zarina cukup berterima kasih kerana dia diterima masuk dengan baik dalan keluarga. Banyak juga yang dipelajari dari madunya tentang kehidupan. 

 

 

 

 

“Saya tengok tv sekarang semua kisah madu madu berperang. Bini tua serang bini muda. Langsung tidak ada kebaikan dalam hidup bermadu. Semuanya negatif yang mereka tunjukkan. 

 

Hakikatnya, saya yang dah kahwin 28 tahun macam-macam saya belajar dari madu saya. Menyelami perasaannya, cuba memenangi hatinya walau saya tahu satu ketika dulu dia tak suka. Tapi belajarlah kenapa orang tak suka kau. 

 

Cari silap dimana. Kau ambil laki orang, tayang satu dunia kau bahagia. Habis tu kaui ingat dia tak ada hati perasaan? Dia tak ada keluarga? Hatinya hancur luluh disaat kau merebut hati suaminya.”

 

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

 

“Perempuan sakitkan hati perempuan. Bukankan kita sepatutnya belajar menyayangi insan ini yang mulia hatinya mengizinkan kau bersama suaminya. Sedangkan hatinya berduka lara. Orang kata, arghhh dia kahwin sebab harta.. 

 

Harta kau boleh cari laa kalau kau rajin usaha. Tapi dapatkah kau mendamaikan sebuah perasaan. Menerima kau dengan reda dan bersama-sama harungi susah senang bersama. Menjaga perasaan masing-masing.”

 

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

 

“Wahai wanita yang mulia, akulah insan yang telah kau selamatkan tatkala aku terhuyung-hayang mencari dahan untuk berpaut. Kau beri aku tempat kecil di hatimu. Semoga Syurga di akhirat tempatmu wahai kakakku Datin Sri Hajah Noorhasimah Mohd Noor.

 

Semoga terus sihat Ina doakan buat Datin Sri. Maafkan Ina sepanjang 28 tahun kita hidup bermadu banyak salah silap Ina buat terima kasih menerima Ina seadaanya.” 

Published by
Anis Nor