Malam pertama adalah malam yang melibatkan pasangan baru berkahwian, apabila sang suami menggauli isterinya dengan melakukan hubungan intim.
Untuk pengetahuan semua, mengikut Islam, hal ini sebenarnya mempunyai tertib tersendri dan haruslah mengikut syari’at jika anda dan pasangan adalah seorang muslim sejati.
Untuk kebaikan semua, bagi pasangan yang bakal bernikah tidak lama lagi, ini Wanista lampirkan adab-adab terbaik yang boleh anda amalkan sebelum, semasa dan selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan halal buat kali pertama.
#1 Beri Salam Pada Isteri
Suami hendaklah mengucapkan salam terlebih dahulu (Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh) kepada isteri sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W.
#2 Bergurau
Hendaklah suami membuat gurauan atau berbual ringan dengan isterinya agar suasana tidak tegang. Boleh juga diawali dengan memberikan minuman atau manisan seperti coklat/buah-buahan kepada pasangan. Do something sweet for your partner 🙂
#3 Suami Berdoa Untuk Isteri
Suami boleh letakan tangannnya di atas kepala isteri lalu membacakan doa:
Allahummaa innii as-aluka min khairihaa wa khairi maa jabaltahaa alaihi Wa ‘audzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa syarri maa jabaltahaa alaihi…
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk kebaikan dirinya dan kebaikan tabiat (sikap atau perilaku) yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya (keburukannya) dan kejelekan tabiat (sikap atau perilaku) yang ia bawa.” (HR. Bukhari)
#4 Buat Solat Sunat Dua Rakaat
Hal ini bagi memberikan ketenangan kepada pasangan supaya tidak terkejut atau berasa terlalu gementar.
Ads
Ha, sebab tu sebelum berkahwin cepat-cepat suruh bakal suami korang tu betulkan bacaan solat mereka. Pastikan Al-Quran sudah dikhatamkan agar tiada masalah untuk menjadi imam kepada anda apabila sudah halal kelak. Paling tidak, suami perlu tahu… hafal… dan lancar bacaan surah lazim.
#5 Disunnahkan Memberus Gigi
Islam amat mementingkan kebersihan. Sebelum melakukan hubungan intim, pastikan anda dan pasangan sudah mandi dan memberus gigi.
Jangan biarkan hubungan intim menjadi tidak mesra kerana salah seorangnya ‘makan hati’ apabila mulut pasangannya berbau busuk dan sebagainya.
#6 Baca Doa Sebelum Berhubungan Intim
Yang ini penting namun sering dilupakan. Solat sunat sahaja tidak cukup kerana syaitan gemar mengganggu pasangan saat berlakukan hubungan intim.
Untuk itu baca doa supaya zuriat yang mungkin terhasil daripada hubungan intim ini sentiasa dipelihara Allah dan dijauhi pengaruh syaitan, iblis mahupun jin.
“Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang hendak Engkau kurniakan kepada kami.” (HR. Bukhari-Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Maka, jika Allah menetapkan atau mentakdirkan lahirnya seorang anak daripada hubungan antara keduanya, nescaya syaitan tidak akan membahayakan dan mencelakakannya selama-lamanya.”
Ads
#7 Suami Boleh Buat Apa Sahaja Namun Hanya Pada Kemaluan Isteri
Sebagaimana firman Allah S.W.T:
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam (ladang bagimu), maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu (ladang) itu bagaimana saja kamu kehendaki (kapan saja kamu sukai)… Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa engkau kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman.”(Q.S. Al Baqarah: 223)
Asbabun Nuzul ayat diatas adalah:
Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Pernah suatu ketika Umar ibnu Khattab menemui Rasulullah S.A.W, seraya berkata, “Ya, Rasulullah, celakalah aku”. Beliau Rasulullah kembali bertanyakan, “Apa yang membuatmu celaka, wahai Umar ibnu Khattab?”
Umar ibnu Khattab kemudian menjawab, “Aku membalikkan pelanaku (isteriku) tadi malam”.
Namun Rasulullah S.A.W tidak memberikan jawapan atas pertanyaan tersebut sehinggalah turunnya ayat sebagaimana firman Allah S.W.T seperti di atas tadi.
Kemudian, Rasulullah S.A.W bersabda…
“Gauli atau cumbuilah isterimu dari arah depan mahupun belakang. Akan tetapi hindarilah atau jangan menyetubuhinya dari dubur (punggung) ataupun ketika ia sedang haid (datang bulan).”
Ads
#8 Masih Boleh Bercumbu Dengan Isteri Ketika Isteri Haid
Jika sang suami teringin berjima’ dengan isteri namun isteri sedang dalam haid. Isteri masih boleh membenarkan suami mencumbuinya asalkan tidak memainkan peranan menggunakan kemaluannya untuk bersetubuh (termasuklah dubur kerana jatuh pada hukum haram).
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:-
“Lakukanlah apa saja kecuali jima’ atau bersetubuh.”
Hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim no. 302 dan Abu Dawud no. 257… Dan dibawakan oleh sahabat Anas bin Malik R.A.
#9 Berjima’ Pada Bila-Bila Masa
Adalah dibolehkan untuk suami menggauli atau mencampuri isterinya pada bila-bila masa yang dikehendakinya kecuali ketika isteri sedang dalam haid atau uzur yang akan memberi keburukan kepada keduanya.
#10 Sunnah Berwuduk & Mandi Wajib
Para ulama berpendapat kuat bahawa sunnah untuk berwuduk dan wajib untuk mandi wajib ini hendaklah dilakukan oleh suami sebaik sebelum tidur.
Isteri juga wajib untuk mandi wajib tetapi tidak disunnahkan dilakukan sebelum tidur seperti suami, mungkin boleh dilakukan sebelum bersiap solat Subuh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi perkara biasa dalam perhubungan cinta yang serius jika ada masalah-masalah kecil yang sukar untuk dielakkan. Perkara ini mungkin dapat mengukuhkan lagi jalinan cinta antara anda dan pasangan.
Namun, sekiranya ia terlalu kerap berlaku dan tidak menemui jalan penyelesaian, anda patut semak apa yang kurang dan cara untuk menyelesaikannya. Jom kita lihat 10 perkara bahaya yang boleh merosakkan hubungan cinta anda!
1. EGO
Jika pasangan atau anda sendiri yang mempunyai ego setinggi KLCC, itulah yang mencetuskan konflik dalam perhubungan. Ego yang terlalu tinggi boleh menyebab pasangan anda rasa terluka dan jika anda tidak pandai kawal situasi ini, hubungan tidak dapat kekal lama.
2. JARAK
Sudahlah terpisah oleh jarak, jika semakin lama masalah anda berdua tidak diselesaikan dengan cepat, kalian akan semakin jauh dan menjauh. Tidak semua orang mampu untuk mengharungi percintaan jarak jauh.
3. MEDIA SOSIAL
Banyak pasangan kini mempunyai masalah akibat daripada akaun media sosial masing-masing. Daripada terlalu asyik melayan sosial media hingga mengabaikan pasangan sendiri ataupun berlaku curang di dalam sosial media, itulah punca banyak hubungan yang retak kini.
4. JARANG MENDENGAR
Pasangan yang baik perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Apabila anda mendengar, itu bermaksud anda memberikan sepenuh tumpuan, fokus dan rasa cinta pada pasangan. Biarkan tidak dapat membantu apa-apa, hanya dengan mendengar boleh menyebabkan pasangan anda berasa lega.
5. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Semuanya tentang anda, keinginan anda, keperluan anda dan hati anda. Hal ini boleh menyebabkan pasangan anda berasa cepat penat, rimas dan malas melayan karenah anda. Siapa pula yang akan menjaga keperluan dan keinginan mereka?
6. MEMENDAM RASA
Dalam perhubungan, seharusnya anda boleh berkongsi apa sahaja. Baik rasa tidak puas hati, rasa marah, curiga mahupun apa sahaja, jangan pendam rasa itu. Luahkan pada pasangan anda supaya anda boleh mendapat jawapan yang sewajarnya. Memendam rasa hanya akan menyebabkan ia tersimpan dalam dan bakal meletup apabila keadaan sudah tidak terkawal.
7. INSECURITY
Perasaan insecure boleh mencetuskan pergaduhan. Jika anda banyak memuji orang lain dari pasangan sendiri, merendah-rendahkan si dia atau sering cakap lepas dengan pasangan anda, ia sangat tidak sihat dalam perhubungan kalian.
8. PERTEMBUNGAN PERSONALITI
Pasangan yang baik sebenarnya berkongsi minat, rasa, budaya, persekitaran atau apa sahaja walaupun ia berbeza. Anda boleh tahu jika si dia klik atau tidak dengan personaliti anda apabila anda sering berasa senang dengan kehadiran mereka.
9. TIADA KEPERCAYAAN
Kepercayaan merupakan kunci perhubungan. Jika pasangan anda sering meragui kepercayaan yang dibina, ia lambat-laun boleh mendatang rasa jelak dan benci. Apabila kepercayaan telah diberikan, anda jangan pula mengkhianati kepercayaan itu.
10. TAKUT KOMITMEN
Berada di dalam perhubungan bermaksud anda sedia untuk memberikan komitmen. Jika anda masih berasa takut dengan komitmen, anda masih belum bersedia untuk memulakan hubungan yang serius. Jangan heret pasangan anda dengan masalah ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Oh, patutlah sebelum ini urusan jodoh seakan lambat. Rupa-rupanya ada perkara-perkara yang kita lakukan menghalang kita daripada bertemu jodoh. Memang benar, ajal, maut, rezeki dan jodoh itu rahsia Allah. Sebagai manusia biasa, kita perlu redha dengan segala ketentuannya.
Dalam soal pemilihan jodoh pula, ada individu yang mudah untuk dapat jodoh dan ada juga yang sulit jodohnya. Selain daripada ketentuan Allah, sebenarnya masih ada dosa yang menghalang kita untuk bertemu jodoh oleh-NYa.
Kami kongsikan 5 perkara yang perlu anda jauhi agar urusan jodoh anda dipermudahkan.
1. Meninggalkan Solat
Setiap individu beragama Islam wajib untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Solat merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan walau sedikit pun. Dengan meninggalkan solat, ia menjadi penyebab mengapa Allah tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh.
Selain meninggalkan solat, anda yang sering menunda solat hingga ke akhir waktu juga perlu mengubah sikap ini. Tidak hairanlah jika Allah mengutamakan tidak mengutamakan doa-doa anda termasuklah soal jodoh.
2. Melakukan Zina
Zina merupakan salah satu perbuatan keji yang dibenci ALlah. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuatkan hubungan manusia dengan Tuhannya rosak sehingga urusan jodoh pun terhalang kerana dosa tersebut.
Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Mohon ampun di atas segala kesilapan anda. Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan pasti taubat seseorang dengan penuh keikhlasan akan diterima-Nya.
3. Melakukan Perbuatan Syirik
Seperti yang anda tahu, perbuatan syirik adalah berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya. Contohnya, apabila jodoh anda lewat tiba, anda meminta pertolongan bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Hal ini bertentangan dengan hukum Allah. Hanya Allah tempat anda bergantung.
4. Memutuskan Silaturahim
Hubungan silaturahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Mengekalkan hubungan silaturahim sesama manusia akan memudahkan kita mendapat rezeki berupa jodoh. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk memutuskan silaturahim sesama manusia.
5. Dosa Terhadap Orang Tua
Ibu bapa penyebab anda wujud di dunia ini. Melakukan dosa terhadap ibu bapa boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan menutup segala pintu rezeki. Keredhaan ibu bapa itu penting. Tanpa redha mereka, Allah juga tidak akan membantu hamba-Nya. Maka, lambatlah urusan jodoh anda.
Resepi sedap ni gerenti akan memacing selera makan anda semua terutama suami tercinta. Boleh dimakan dengan nasi putih panas pastinya membangkitkan selera. Resepi udang masak berlada dan mudah daripada Nurulfidayu Bt Awang di Facebook seperti di bawah.