Duhai wanita, sejauh anda seorang insan yang bersyukur terhadap segala kesenangan dan kesusahan yang dilalui? Sebagai tanda bersyukur, anda sentiasa redha dengan setiap ujian Allah. Bersyukur adalah berterima kasih kepada Allah SWT di atas setiap pemberianNya kepada hambanya.
Adakah anda seorang isteri yang bersyukur? Berikut adalah ciri-ciri tersebut.
1 – Tidak Mengungkit Kebaikan Yang Dilakukan
Golongan isteri sangat dilarang untuk mengungkit segala kebaikan yang dilakukannya. Perbuatan mengungkit bukan sahaja akan menyinggung perasaan suami tetapi segala kebaikannya itu langsung tidak mendapat apa-apa pahala kerana segala keikhlasannya telah hilang.
Perbuatan mengungkit bukan sahaja dibenci Allah, tetapi tidak digemari oleh manusia. Bagaimana dengan perasaan kita jika orang lain pula mengungkit pemberiannya kepada kita? Sakit hati atau gembira?
2 – Memberi Layanan Yang Baik Kepada Suami
Tunjukanlah rasa syukur seorang isteri dengan memberi layanan yang terbaik kepada suami. Dari mula bangun pagi sehingga waktu tidur di malam harinya, hadiahkanlah pelukan kasih dan sentiasalah tersenyum kepada suami.
Ads
Selain itu sambutlah kepulangan suami dengan penampilan yang cantik dan kata-kata yang manis. Semua perbuatan ini sebenarnya adalah luahan rasa syukur kerana dikurniakan Allah seorang suami yang baik serta nikmat pemberian rezeki.
3 – Selalu Menghargai Suami Dan Anak-Anak
Hargailah suami dengan sentiasa mengucapkan terima kasih kepadanya. Penghargaan juga boleh ditunjukkan dengan menyediakan makanan kegemaran yang disukainya dan menjauhkan apa-apa saja perbuatan yang tidak disukainya.
Begitu juga dengan anak-anak, sediakan juga semua keperluan mereka dengan sebaik mungkin bahkan hargailah setiap ahli keluarga dengan memberi mereka hadiah sempena hari-hari istimewa mereka seperti ulangtahun perkahwinan dan hari lahir, mahupun setiap kejayaan mereka dalam peperiksaan.
4 – Sentiasa Memohon Keredhaan Suami
Seorang isteri yang bersyukur akan selalu memohon keredaan suaminya dalam setiap perkaran yang dilakukannya. Oleh itu, ciumlah tangan suami setiap kali selesai solat dan pagi sebelum ke tempat kerja, atau ketika keluar dari rumah.
Ads
Ini kerana wanita yang diredai suaminya akan turut diredai oleh Allah bahkan akan dimasukkan ke dalam syurga. Jangan sesekali melakukan perkara yang tidak diredai suami seperti keluar dari rumah tanpa pengetahuan dan keizinannya.
5 – Menjaga Dan Memelihara Maruah Suami
Sebagai pasangan suami isteri, jagalah aib dan maruah masing-masing, terutamanya apabila berhadapan dengan orang luar. Terutamanya kisah-kisah yang lepas sebelum berkahwin juga janganlah diceritakan semula.
Bersyukur itu juga adalah menerima pasangan seadanya tanpa memikirkan masa yang sudah lepas. Tidak ada apa-apa keuntungan pun dengan bercerita hal-hal yang memalukan pasangan walaupun bertujuan bergurau senda.
Terutamanya bagi golongan isteri, dengan menjaga maruah suami meletakkan seseorang isteri itu dalam golongan wanita solehah.
Ads
6 – Jangan Berasa Diri Sendiri Sahaja Berkorban
Jalankanlah setiap tanggungjawab dan amanah tanpa berasa diri terlalu berkorban demi keluarga. Ini akan membawa kepada ungkit-mengungkit dan hilang akan sikap ikhlas.
Bersyukur dan terimalah rentak hidup yang Allah takdirkan tanpa berasa hanya diri sendiri yang banyak menjalankan tangunggjawab kepada keluarga.
Wahai isteri, lakukanlah setiap kerja dan tangunggjawab dalam rumahtangga dengan senang hati, pasti akan ada kegembiraan dan kebahagiaan, bukan tekanan semata-mata.
Dengan itu, kesyukuran seorang isteri merupakan kelegaan dan pencetus semangat kepada seseorang suami. Bagaimana jika seseorang lelaki itu mendapat isteri yang suka merungut? Bahagiakah kehidupannya? Sudah tentu tidak.
Ya, isteri yang bersyukur juga adalah kebahagiaan dan kenikmatan bagi seorang suami. Dan setiap keindahan rumahtangga itu terletak kepada suami dan isteri yang memegang peranan masing-masing.
Sumber:https://tazkirah.net
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila perkahwinan anda berada dalam kesusahan dan menjadi semakin parah, maka anda perlu keluar dan mendapatkan bantuan. Anda tentu sekali tidak boleh memperbaiki keadaan anda sendiri jika keadaan semakin tidak terkawal.
Dapatkan nasihat dan bantuan daripada orang yang berpengalaman secepat mungkin. Jangan biarkan perkahwinan anda terus dibuai keresahan.
Jadi persoalannya sekarang, di mana atau dengan siapa anda boleh dapatkan bantuan untuk perkahwinan anda? Jawapannya, di mana-mana atau sesiapa sahaja! Apa yang anda perlu lakukan adalah bersikap terbuka dengan semua kritikan atau nasihat yang anda terima dan aplikasikannya ke dalam perkahwinan anda. Cubalah!
Berikut adalah beberapa tempat bagi mencari bantuan untuk perkahwinan anda:
Rakan-rakan
Kadang-kala kita sukar untuk berkongsi masalah dengan kawan kita kerana sebab-sebab tertentu. Tapi kawan-kawan juga sebenarnya boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah perkahwinan anda. Namun, bukan semua rakan atau kawan anda sesuai untuk diberitahu tentang masalah anda.
Carilah kawan-kawan yang benar-benar anda percaya dan seeloknya kawan-kawan anda yang berpengalaman dalam hal-hal sebegini. Hal ini kerana, mereka yang berpengalaman dan telah melalui detik-detik masalah dalam perkahwinan bakal membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda.
Hubungan Forum
Jika anda terlalu takut untuk bercakap dengan orang yang anda kenali, maka anda mungkin mahu berbincang dengan sekumpulan orang yang tidak dikenali. Mengapa anda akan berbuat demikian? Kerana mereka akan bersikap terbuka dan jujur dengan anda dalam hal semua.
Mereka akan memberitahu anda apa sahaja kesalahan yang anda lakukan tanpa bimbang tentang menyakiti perasaan anda, dan mereka akan memberi pendapat mereka sejelas-jelasnya dan tanpa berselindung. Itulah keindahan internet – tidak ada wajah di sebalik nasihat itu dan mereka boleh mengatakan apa yang mereka mahu katakan.
Anda akan mendapat pendapat dan nasihat berdasarkan pelbagai jenis pengalaman dan kepercayaan. Ini boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih bermaklumat berbanding jika anda mendasarkan pada satu sudut pandangan sahaja.
Kaunseling
Bantuan kaunseling bukanlah suatu perkara yang teruk! Ia tidak seharusnya menjadi pilihan terakhir. Ia adalah cara untuk setiap pasangan tahu dan sedar masalah sebenar dalam perkahwinan mereka.
Antara kelemahan kaunseling ialah bayaran untuk khidmat kaunseling biasanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi bergantung kepada tahap kepakaran kaunselor tersebut dan kaunseling juga bukan penentu atau penjamin kepada penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi dalam perkahwinan.
Satu lagi masalah ialah anda mungkin mendapati pasangan anda tidak mahu untuk menghadiri khidmat kaunseling. Ia boleh menjadi sukar untuk mendapatkan seseorang yang enggan untuk bekerjasama dengan kaunseling.
Kesimpulannya, perkara penting yang perlu diingat apabila anda mempunyai masalah perkahwinan adalah untuk mendapatkan beberapa jenis bantuan dan segera mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah anda.
Jika anda bersikap sambil lewa dan bertangguh untuk menyelesaikannya, berkemungkinan perkahwinan anda tidak akan ke mana-mana dan anda akan membazirkan minggu, bulan, atau bertahun-tahun dalam perasaan tidak berpuas hati dan tertekan tentang perkahwinan anda. Atau anda akan menghadapi masalah yang lebih parah iaitu perceraian!
Sumber : Hasani kursus kahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pening memikirkan tema warna yang bersesuaian untuk majlis perkahwinan anda, apa kata cuba gabungkan kombinasi warna yang segar ini agar majlis anda tampil berbeza dari kebiasaan. Pastinya dengan warna sebegini menjadikan majlis perkahwinan anda lebih menonjol dan memukau tetamu yang datang.
Fikirkan apakah mood perkahwinan yang cuba anda rancangkan? Adakah anda ingin bermain dengan warna terang yang menceriakan? Atau lebih kepada warna pastel yang lebih romantis? Pilihlah palet warna yang tepat agar perancang perkahwinan dapat merealisasikannya dengan sempurna.
Kombinasi warna-warna berikut pasti memberi inspirasi buat bakal pengantin agar segalanya mengikut tema yang tepat bermula dari hantaran, baju pengantin dan sebagainya.
Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal. Tidak semua wanita mampu untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
Disebabkan itu, jangan sesekali memperlekehkan tugas wanita yang bekerja sebagai suri rumah. Tugas mereka sebenarnya amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.
Mereka sebenarnya adalah wanita yang hebat. Apakah kehebatan seorang suri rumah? Ini jawapan dari sudut pandangan Dr. Taufiq Razif yang dikongsi menerusi laman Facebook miliknya.
1. Support System Terbaik Bagi Suami
Personaliti lelaki ni berbeza-beza. Ada suami yang memang perlukan isteri yang betul betul boleh fokus pada dia sahaja. Kalau tak, dia tak boleh nak fokus 100% pada kerjaya dia
2. Personal Assistant Terbaik Bagi Suami
Isteri ni mempunyai Emotional Connection yang sangat hebat pada seorang suami. Sebab tu lah sebaik mana pun lelaki tu, aib dan kelemahan suami tetap dipegang rapi oleh isterinya sendiri
Bila isteri tahu kelemahan suami, disitu lah letaknya kehebatan isteri sebab hanya dia sahaja yang tahu bagaimana nak kuatkan si suami
3. Coach Terbaik Anak-Anaknya Sendiri
Anak anak kita pun ada bermacam jenis personaliti dan setiap jenis personaliti tu kena ‘manage & coaching’ dengan cara yang berbeza
Walaupun si ibu tak pernah belajar ilmu parenting sekalipun, naluri keibuan dan ‘Gut Feeling’ mereka biasanya betul kalau si ibu betul betul fokus pada si anak. Itu yang membuatkan mereka lebih faham personaliti anak anak mereka dan coach terbaik untuk anak anak mereka sendiri
4. Mediator Terbaik Pasangan Dan Anak-Anak
Mediator ni adalah orang yang urus konflik antara 2 pihak yang sedang bergaduh dan pakar dalam mendamaikan mereka.
Isteri dan surirumah ni sebenarnya ada potensi menjadi Mediator terbaik sebab mereka lah yang hadap anak bergaduh 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Potensi menjadi Mediator ni akan lebih menyerlah bila mereka banyak mendengar, kurang judgemental dan suka selami perasaan anak anak dan pasangannya sendiri
Bila dah jadi Mediator terbaik ni, pergi masuk bisnes ataupun company mana pun mereka akan jadi sangat disukai ramai dan akan jadi penyejuk hati semua orang di sekeliling mereka
5. Specialist Mengurus Rumah
Sekarang ni ajar cara urus rumah pun dah boleh buat banyak duit. Ada yang ajar cara urus rumah gaya minimalist, ada yang ajar cara urus rumah gaya KonMari dan banyak lagi
Ya, kerana specialist mengemas rumah ni hanya ada seorang isteri terutamanya surirumah. Kerana jam terbang mereka dalam mengemas rumah ni dah lebih daripada 10,000 jam dah
Pegang kata kata saya ni ‘It takes 10,000 hours to master your craft. That’s 8 hours a day, 5 days a week, 44 days a year for 5 and half years’. Bila dah cukup lengkap dah jam terbang ni, anda dah dikira level Mastery dah dan layak untuk ajar orang lain walau hanya mengajar orang melipat kain atau mengurus rumah sekalipun
Kepada semua surirumah di luar sana, be proud of yourself. Ingat kata kata saya ni ‘ If you don’ t value yourself, you will always attract people who don’ t value you either ‘
Bagitahu berita baik ni pada semua surirumah yang anda kenal ya. Info ni mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.