Jelas tergambar fasa bahagia menerusi perkongsian pelakon, Aedy Ashraf tentang hubungannya dengan aktres, Amelia Henderson, kecantikan dan rupa paras bukan faktor utama dia jatuh cinta.
Memetik mStar Online, Aedy berkata kecantikan tidak akan kekal lama tetapi personaliti Amelia membuatkan dia tertarik, malah dia kekasihnya itu membuatkan dirinya rasa selamat.
“Salah satu faktor saya jatuh cinta adalah sebab dia cantik, namun saya percaya kami juga akan tua dan kecantikan seperti sekarang ini tidak akan kekal lama.
“Apa yang menguatkan hubungan kami adalah personaliti dia sendiri. Dia sentiasa membuatkan saya rasa selamat dan menjadi seorang yang lebih baik. Bagi saya kita semua harus ada pemikiran begitu. Tidak hanya melihat kepada kecantikan dalam bercinta,”
katanya.Sementara itu, Aedy berkata dia tidak pernah meletakkan perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat apatah lagi mereka sibuk dalam kerjaya.
“Belum ada perancangan lagi ke arah itu. Sekarang sangat sibuk dengan kerja. Amelia pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhada apa diusahakan. Saya menghormati perkara itu dan rasanya perlu menjadi seperti dia,” katanya.
Apa pun Pesonan Pengantin mendoakan agar hubungan cinta pasangan pelakon ini terus bahagia sampai ke jinjang pelamin. Doakan yang baik-baik, semua peminat!