Cantik berseri pelakon wanita, Afifah Nasir sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Syed Hariz setelah mengikat tali pertunangan pada bulan Februari lepas.
Berita gembira berkenaan majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur itu disahkan kakaknya, Anzalna Nasir.
“Alhamdulillah, Afifah dan Hariz sah bergelar pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz.
“Majlis mereka pada petang ini hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat,” katanya.
Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Nasir, 31, dinikahkan sendiri bapa mereka, Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim.
@afifah.nasir7 Alhamdulillah✨ #weddingday #afifahnasir #fypシ゚viral #artismalaysia #fypシ #wedding ♬ Bunga Rampai – Zaleha Hamid
Menerusi video yang dikongsi rakan artis, Afifah memilih persalinan serta layah serba putih, manakala suaminya memakai baju Melayu rona serupa.
Menurut pelakon itu lagi, majlis resepsi pasangan terbabit akan diadakan di lokasi sama pada malam in