Resepi air barli ini bukan saja sedap, malah boleh cantikkan kulit dan mengembalikan tubuh badan berisi menjadi kurus langsing. Kalau mak-mak masih ingat kami pernah kongsikan resepi air kurus viral yang buat angin berzumba keluar.
Ramai yang mencuba dan menjadi. Kali ini, Aisyah Badar Bajrai berkongsi pula Air Barli Viral yang mudah disediakan dan murah pula bahan-bahannya. Menariknya mak-mak, wajah Aisyah sekarang pun makin berseri-seri.
Bermakna apa yang dikongsikan ini betul-betul menjadi.
“Masa memula jumpa resepi ni Aisyah excited sangat. Sebab selama ni tak tau pun barli ni boleh cantikkan kulit kita plus kuruskan badan. Ya Allah, murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.”
“Air barli ni walaupun nampak biasa biasa jek tapi kalau kita konsisten minum, badan kita boleh KURUS tau. Pastu kulit yang KUSAM pun boleh BERSERI SERI balik plus boleh ANJALKAN KULIT. Tak yah sesusah nak cucuk botox. Minum jek air barli. Jimat.”
( Untuk cantikkan kulit + kuruskan badan – boleh guna sukatan sendiri )
Siapa cakap nak cantik dan kurus ni kena guna modal besar. Minum jek air barli hari hari, nanti glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.
Sumber/Foto : Aisyah Badar Bajrai