
Setelah seharian berpuasa, tentunya kita inginkan minuman yang dapat menghilangkan dahaga. Air Soda Laici antara minuman yang cukup menyegarkan. Terasa segar ditekak bila dapat minum terutama ketika cuaca panas.
Jika anda bukan jenis orang yang ‘tabah’ beratur panjang di bazar Ramadan untuk membeli Air Soda Laici, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Nak buat pun tak susah. Hanya dengan beberapa langkah mudah, korang dan boleh nikmati minuman yang ‘super sedap.’
Berikut resipi Air Soda Laici seperti yang dikongsikan oleh Liza Idris
RESIPI AIR SODA LAICI
BAHAN-BAHAN:
1 botol air aiskrim soda
1 tin laici
2 batang serai diketuk
1/2 biji lemon hiris bulat
Asam boi
Daun pudina
CARA MEMBUAT:
1. Satukan asam boi, serai, lemon dan daun pudina dalam mangkuk.
2. Masuk air soda. Nak letak separuh dulu pun boleh.
3. Campur dengan 1 tin laici.
4. Letak ketul ais. Kacau dan siap!
Sumber kredit: Liza Idris
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berebut Balik Kampung, Tiap Kali Raya Mesti Gaduh!

Isi Kandungan
ToggleBerebut balik kampung, tiap kali raya gaduh! Itulah satu masalah pasangan suami isteri, nak beraya rumah orang tua dulu atau rumah mak mentua. Masing-masing tak nak mengaku kalah.
Lagi parah, kalau mak mentua masuk campur sama. Siap ugut, kalau tak balik raya, jadi anak derhaka! Bersambung gaduh lah pasangan suami isteri, kalau dah bertahun kahwin mungkin akan makin mengalah. Yang baru kahwin tu, faham-faham saja lah.
Tak Balik Raya, Jatuh Talak!
Inilah yang paling menyedihkan bila ada suami sanggup ugut dengan menjatuhkan talak pasal isteri jika tidak balik beraya di rumahnya.
Walaupun boleh saja isteri taat tapi kesan dalamannya hanya Allah yang tahu. Sebagai suami pula, janganlah sampai begitu lakukan kepada isteri semata-mata nak isteri ikut perintahnya.
Perkongsian daripada Nur Aqidah Mawardi ini, turut menekankan tentang cara mak mentua supaya bertoleransi pada pasangan anaknya.
Hukum asal: WAJIB SEORANG ISTERI TAAT KEPADA PERINTAH SUAMI SELAGI TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARA’
Cuma…..
Janganlah sampai nak jatuh talak jika isteri membuat permohonan dan keizinan nak balik rumah mak dia.
Wahai segelintir suami, anda berkahwin dengan anak orang. Bukan anak buluh betung. Anda sepatutnya kena mainkan peranan bercakap dengan ibu kalian tanpa membabitkan isteri.
Seperti contoh “mak, abang raya pertama baru balik kampung yer, sebab tahun ni abang teringin nak raya dengan mentua abang” ….
Bila cakap macam ni, mak anda akan lebih faham sebab sebagai ibu pasti nak anak dia bahagia.
Anak Raikan Pasangan
Wahai para ibu yang dah punya menantu. Ketahuilah anak kita dah berkahwin dengan anak orang lain. Jadilah ibu yang support untuk anak-anak meraikan pasangannya.
Andai satu hari, anak perempuan kita diperlakukan sedemikian rupa, apa perasaan kita? Jika kita perlakukan menantu ”BURUK” , ingat!
Kita ada anak perempuan atau adik perempuan atau saudara perempuan. Allah Maha Adil.
Begitu juga suami, jangan tanya kenapa andai satu hari anak perempuan mu menjadi hamba abdi suaminya kita kamu perlakukan isteri mu lebih teruk dari hamba abdi.
Jangan mudah-mudah labelkan anak kita anak derhaka, parah hidup anak tu nanti.
Bertoleransilah, berlapang dadalah. Kita sama-sama azam, bila jadi menantu atau mentua atau apa sahaja peranan, kita usaha untuk jadi yang baik semampunya tapi jangan sampai “makan diri” … minta agar kita semua dipelihara oleh ALLAHU YA HAFI.
Apa pun, kalau ada masalah bab balik raya, berbincanglah elok-elok. Amalkan sikap toleransi dan fikir juga perasaan mak ayah masing-masing. Semoga kita mampu membuat keputusan terbaik demi menjaga hati orang tua di kampung.
Sumber: Nur Aqidah Mawardi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mohon Netizen Beri Ruang Kepada Isteri Saya, Hentikan Kecaman. Dia Baru 25 Tahun,” DDNK Harap Isteri Boleh Survive.

Malam semalam sebuah video berdurasi beberapa saat ditayangkan di akaun Instagram Caprice. Video yang menunjukkan isteri Dato Dr Nazri Khan (DDNK), Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie melepaskan perasaan yang terbuku di hatinya.
“You tahu tak Caprice, diorang cakap I perampas. I tak boleh terima itu semua. Kenapa nak persoalkan itu semua? Itu kan jodoh. Dah jodoh,” kata Ernie sambil menghempaskan bantal.
Susulan video itu (sudah dipadamkan), DDNK pula membuat video kenyataan menerusi akaun Instagram Caprice juga memohon agar isterinya diberikan ruang.
“Ässalamualaikum salam sayang kepada warga netizen Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya. Saya tahu majlis perkahwinan saya telah menyebabkan satu kekecohan berlaku di alam maya, alam siber. Saya ucap terima kasih.
Cuma saya mohon netizen beri sedikit ruang kepada isteri saya supaya dia tidak dikecam. Dia masih lagi berumur 25 tahun. Seorang student. Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku.
Minta mudah-mudahan doakan perkahwinan kami InsyaAllah lebih bahagia dan tenang serta terselamat daripada tribulasi. Terima kasih,“katanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lembutkan Ayam Tua Ketika Memasak Di Hari Raya, Senang Nak Masak Di Rumah Mentua

Biasanya kalau nak kenduri atau musim perayaan ayam tua atau biasa kita panggil ayam pencen tetap menjadi pilihan dan ada peminatnya. Memasak ayam tua ini cabarannya agak getir sedikit sebab sedia maklum ayam dah pencen ni memang ototnya sudah keras jadi isinya juga liat jika kita tidak masak mengikut petua yang sepatutnya.
Sebab itulah yang suka memasak resepi ayam tua ni biasanya golongan lebih berusia yang lebih bersabar dan tahu cara untuk melembutkan isinya. Tidak di nafikan golongan muda juga ada yang memilih untuk makan ayam tua kerana dari segi kesihatan ayam tua ini dibela secara organik jadi ianya tidak melibatkan sebarang makanan yang mengandungi kimia ataupun dicucuk untuk cepat gemuk.
Inilah 8 petua untuk anda lembutkan isi ayam tua ini, bila dah lembut rasanya memang lebih sedap dan nak makan pun mudah.
Petua Melembutkan Ayam Tua 1
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.
Petua Melembutkan Ayam Tua 2
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Petua Melembutkan Ayam Tua 3
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 4
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Petua Melembutkan Ayam Tua 5
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Petua Melembutkan Ayam Tua 6
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.
Petua Melembutkan Ayam Tua 7
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 8
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kalau ada ibu bapa atau mertua yang nak rasa makanan ayam tua hasil air tangan anda tak perlu lah segan kerana anda boleh mencuba salah satu cara diatas bagi memastikan masakan anda di puji.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI