Percaya tak ais batu boleh membantu anda mengatasi masalah kulit wajah? Ia bukan sebagai penambah kesegaran pada minuman , malah mampu mengatasi berbagai macam masalah kulit wajah. Ini dia cara paling mudah dan murah yang boleh dicuba di rumah.

1. Mengatasi Jerawat

Bagi yang wajahnya bermasalah dengan banyak jerawat, gangguan kulit sebegini boleh dihilangkan dengan melakukan rawatan wajah menggunakan bahan utama ais batu. Mengapa ais batu boleh digunakan, ini kerana sekitar jerawat boleh ditenangkan dengan ais batu yang dingin. Caranya mudah, iaitu dengan meletakkan ketul ais ke kulit wajah sambil mengurutnya perlahan-lahan dengan gerakan memutar selama lebih kurang 15 minit saja. Cara ini sangat mudah tapi dipercayai mampu membuat bengkak akibat jerawat berkurang dan kemudiannya juga akan mengecut.

2. Mencegah Jerawat

Selain manfaat ais batu yang boleh mengecutkan jerawat dan bengkaknya, kaedah ini juga boleh mencegah timbulnya jerawat. Jika takut jerawat boleh datang atau muncul secara tiba-tiba, maka boleh mulai rawatan wajah menggunakan bahan super mudah ini. Sama saja, caranya adalah dengan letakkan ais batu ke seluruh wajah secara rata. Hal ini akan secara automatik membuat kotoran hilang dan minyak pun jadi berkurang. Ingat bahawa kadar minyak berlebihan yang kerap membuat jerawat datang tanpa diundang.

Ads

Ais Batu Berjaya Atasi Kulit Wajah Bermasalah

Ads

 Ais Batu untuk Kulit Berminyak dan Kering

Minyak berlebihan pada wajah selain membuat wajah kita jadi kurang menarik kerana berkilau di sana-sini dan menjadikannya agak kusam, minyak di wajah juga mendorong timbulnya jerawat. Selain jenis kulit berminyak, ada juga jenis kulit kering yang juga boleh dirawat dengan ais  batu.

Ads

1. Mengatasi Kulit Berminyak

Berminyak saja tidak masalah, tapi kalau  berlebihan tentu akan menyukarkan juga buat kita dan yang pasti merosak penampilan. Cara paling mudah untuk membuat kulit wajah bebas dari minyak ialah dengan menggunakan ais batu secara teratur dan sering ke kulit wajah. Untuk hasil maksimum, cuba untuk menggunakan cara ini selama satu minggu. Alasan mengapa ais batu kerana ia mampu mengawal minyak; ini kerana sel-sel lemak akan dijaga di bawah kawalan sehingga minyak berkurang.

2. Mengatasi Kulit Kering dan Tanda-tanda Penuaan

Perlu diketahui bahawa kulit kering jugalah yang boleh membuat wajah kita nampak lebih tua kerana garis-garis kerutan akan lebih kelihatan kalau kulit anda jenis kering. Tapi ais batu membuat hidup jadi lebih mudah dan tampak awet muda. Banyak yang percaya bahawa ais batu mampu membuat aliran darah jadi lebih lancar. Apabila peredaran darah lancar, maka kulit wajah akan lebih cerah kelihatannya dan bahkan lebih berseri. Caranya termasuk sangat mudah hanya dengan letakkan ais batu setiap hari secara rutin ke seluruh bahagian wajah demi mengurangkan kedutan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI