Alhamdulillah, kita masih diberi kesihatan sepanjang proses PKP ini. Terus kreatif dengan menghasilkan menu buat keluarga tersayang, kami kongsikan proses membuat apom balik yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Kita ikut perkongsian resepi dari saudari Liza Rahman ini.
Resepi apom balik
Telur sebiji
Gula 3/4 cawan
Tepung gandum 2 cwn
Air 1 1/2 cwn
Soda bikarbonat 1 sudu kecil
Baking powder 1 sudu kecil
Pewarna kuning
Bahan tabur:
Kacang tanah kasar
Gula kasar
Marjerin cair
Jagung tin
Cara2:
Mixed telor Dan gula hingga kembang…kemudian masukkan tepung yg diayak bersama soda bikarbonat Dan baking powder…kemudian masukkan air mixed lg bagi sebati…rehatkan selama 30 minit
Saya gunakan kuali non stick so Tak payah sapu marjerin dah…
Kredit resepi : Liza Rahman