Salah satu cara untuk memiliki rezeki yang berlipat ganda adalah dengan berdoa. Jangan memandang rendah pada kuasa doa. Apa sahaja yang anda mahukan, berdoalah pada Allah. DIA Maha Mendengar.
Agar rezeki kita tidak pernah putus, cuba amalkan doa ini. Dengan izin Allah, pasti rezeki anda mengalir lebat.
“Ya Allah, Dzat Yang Mahakaya dan memberikan kekayaan, berilah kekayaan yang abadi kepadaku. Wahai Dzat Yang Mahamulia dan yang memberikan kemuliaan, berilah kemuliaan kepadaku dengan kemuliaan kekuasaan-Mu. Wahai Dzat yang mempermudah semua urusan, berilah kemudahan kepadaku di dalam semua urusan dunia dan agama, wahai Dzat yang paling diharapkan, ya Allah.”
Alloohumma zidnaa wa laa tanqushnaa wa akrimnaa wa laa tuuhinaa wa a’athinaa wa laa tahrimnaa wa aatsirnaa wa laa tu’tsir ‘alainaa wa ardhinaa wardhoo ‘annaa.
“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan janganlah Engkau cegah kami.”
Alloohumma innii as-aluka an tarzuqonii rizqon halaalan waasi’an thoyyiban min ghoiri ta’abin wa laa masyaqqotin wa laa dhoirin innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, luas dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesunggunya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
Robbanaa anzil ‘alainaa maa-idatan minas samaa-i takuunu lanaa ‘iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka warzuqnaa wa anta khoirur rooziqiin.
“Wahai Tuhan kami, turunkahlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang haru turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki, dan Engkau pemberi rezeki yang paling utama.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan senang pikul tanggungjawab ketua di dalam rumahtangga. Bukan senang juga bawa maruah keluarga dan menjadi pelindung buat mereka.Banyak perkara yang perlu mereka fikir buat isteri dan keluarga tersayang. Lelaki yang dikenali Pak Utih ini kongsi, jika tengok suami diam dan bersendirian, ini yang isteri perlu lakukan.
SUAMI SEDANG SELESAI MASALAH
Jika anda dapati suami anda diam sendirian di dalam bilik atau sofa atau kerusi kerjanya sambil memicitkan dahi, itu isyarat “JANGAN GANGGU SAYA”. Sila sediakan minuman kegemarannya dan sepiring biskut (jika ada). Dia sedang berfikir mencari jalan penyelesaian. Mindanya lebih lancar jika dia tidak bercakap.
Jika ingin membantunya lagi.. jangan tanya apa2 kepadanya. Biarkan dia sendirian. In sya Allah, bila dia telah selesai.. dia akan berjumpa anda menceritakan apa yang sebenar dia fikirkan tadi. Dan anda telah membuat dirinya dihargai.
-Pak Utih
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak tunggal sering dilabel sebagai anak yang manja kerana dia merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Ramai menganggap berkahwin dengan anak tunggal ini sebagai satu beban kerana dikhuatiri kehidupannya dikawal oleh ibu bapanya.
Sebenarnya, tidak semua anak tunggal begitu. Semuanya bergantung pada cara didikan ibu bapanya. Jangan sesekali berfikiran negatif kepada anak tunggal. Kenali dulu diri dan keluarganya.
Jika anda bakal berkahwin dengan pasangan anak tunggal, ini antara karakter mereka yang perlu anda tahu. Good luck guys!
1. Mementingkan Privasi
Disebabkan anak tunggal sudah terbiasa hidup sendiri, mereka sangat mementingkan privasi dan ibu bapa mereka juga memberi ‘ruang’ kepada mereka. Sebab itu ramai yang menganggap anak tunggal ini sombong. Padahal, mereka bukan begitu.
2. Lebih Teratur
Jika mereka dididik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang teratur. Malah, lebih teratur dari anak yang ada kakak atau abang.
3. Berdikari
Sewaktu kecil, mereka memang sedikit manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka pasti boleh hidup berdikari. Ini kerana mereka sudah terbiasa melakukan semuanya sendiri.
Hanya kerana mereka tiada adik-beradik, mereka tentunya sering meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah. Mereka adalah insan yang sangat menghargai keluarga walaupun dengan saudara mara.
5. Akan Jadi Menantu Kesayangan
Sudah tentu anda akan jadi satu-satunya anak menantu pada ibu bapa mereka. Jadi, jika pasangan anda merupakan anak tunggalm hargailah mereka. Ntah-ntah, anda pula terlebih manja dengan ibu bapa mereka.
6. Suka Luangkan Masa Di Rumah
Kebanyakan anak tunggal lebih suka meluangkan masa di rumah ibu bapa. Mereka sangat menghargai masa ketika mereka keseorangan dan jarang untuk keluar rumah. Jadi, anda tidak perlu risaukan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adalah menjadi fitrah manusia, suka memberi sesuatu kepada orang lain. Apabila dapat memberi, hatinya akan rasa bahagia. Demikian juga antara suami dan isteri. Suami yang dapat memberi kepada isterinya perhatian dan kasih sayang, akan rasa bahagia. Isteri yang dapat memberi layanan dan kasih sayang kepada suaminya, akan rasa bahagia.
Berikut ini antara tip-tip untuk seorang isteri memberi layanan kepada suaminya, agar hadirlah kegembiraan dan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Menyambut kepulangan suami dengan gembira. Berpakaian bagus dan berwangi-wangian.
Bercakaplah dengan suara yang lemah lembut dan memikat.
Apabila suami pulang, mulakan perbualan dengan berita-berita yang menyenangkan dan tangguhkan berita yang kurang menyenangkan sehingga suami selesai berehat
Sediakan makanan yang disukainya dan hidangkan ketika dia mengingininya.
Peliharalah kesihatan dan kecantikan jasmani agar suami senang memandangnya. Tetapi jangan pula bersedih hati sekiranya memiliki wajah atau bentuk tubuh yang tidak menggiurkan kerana kecantikan sebenar seorang wanita terletak pada akhlaknya.
Selalulah membersihkan diri. Hilangkan bau yang tidak menyenangkan pada tubuh badan seperti bau yang melekat ketika memasak. Jangan biarkan suami memandang anda dengan berpakaian kotor dan selekeh.
Pakailah pewangi, warna dan pakaian yang disukai suami.
Cuba tukar penampilan dari semasa ke semasa agar suami tidak berasa bosan dengan penampilan yang sama.
Jangan berasa tertekan sekiranya suami seorang yang miskin atau pekerjaannya ala kadar saja (tidak berjawatan tinggi). Anda sewajarnya melihat orang yang lebih miskin, sakit dan cacat dan bersyukurlah kepada Allah atas kurniaannya kepada anda. Ingatlah bahawa kekayaan sebenar terletak pada iman dan takwa.
Usahlah mengharapkan suami anda seperti mana yang anda ingini dan sukai. Terimalah dia seadanya sebagaimana anda ingin dia menerima anda seadanya.
Usahlah mendesak suami menyediakan perkara-perkara yang tidak perlu dalam hidup anda.
Mengabdi diri kepada Allah bukan bererti anda tidak menikmati kurniaannya dalam perkara-perkara yang halal dan baik, tetapi ia bermakna anda memandang jauh kepada kehidupan akhirat dan mempergunakan apa saja kurniaan Allah untuk memperoleh syurga.
Galakkan suami agar mengurangkan perbelanjaan dan menggunakan sebahagian harta untuk kerja-kerja kebajikan.
Sekiranya suami ditimpa musibah, berilah sokongan kepada suami melalui kerja-kerja anda, wang anda dan harta anda jika diperlukan.
Cubalah elakkan perkara-perkara yang pasti mendatangkan kemarahan suami. Tetapi sekiranya anda telah membuatnya marah, cuba lakukan perkara berikut:
jika anda bersalah, mintalah maaf
jika dia yang bersalah, elakkan pertikaian. Tunggulah sehingga kemarahannya surut, barulah bincangkan perkara tersebut dengan suasana tenang.
Peliharalah diri daripada sebarang perhubungan terlarang dengan orang luar.
Simpanlah rahsia keluarga dengan baik, terutama hal-hal di bilik tidur.
Uruskan rumah dan anak-anak dengan sebaiknya.
Pelihara segala harta miliknya dengan sebaiknya.
Usahlah keluar dari rumah tanpa izinnya dan tanpa menutup aurat.
Berlaku baiklah dengan ibu bapanya dan kaum kerabatnya.
Sumber: [Ringkasan dari buku How to make your husband happy oleh Sheikh Mohammad Abdelhaleem Hamed (seorang sarjana Mesir)]
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!