Diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata, pemberian diskaun bil elektrik sebanyak dua peratus itu adalah bagi membantu meringankan beban rakyat, dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar, berikutan kesan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Katanya, selain itu kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih, iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

IKLAN

“Diskaun 15 peratus ini membabitkan kira-kira 10,000 pemilik akaun daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja.

Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

IKLAN

Pemberian diskaun ini diumumkan secara berperingkat melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 (PRE 2020) dan juga melalui pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi pada 16 Mac 2020.

IKLAN

 

sumber : Metro

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI