Makin ramai pula yang pilih berkahwin di Thailand, biasanya ini jalan pintas bagi yang nak kahwin lebih dari satu.
Terbaru, tersebar pula gambar menunjukkan seorang pempengaruh terkenal, Aliff Teega bernikah lagi satu di Thailand pada 21 November 2023.
Gambar itu mula tersebar di aplikasi X dan TikTok sehingga menyebabkan ramai mempersoalkan tindakan pempengaruh itu.
Melihat dari gambar yang tersebar, ada nama pasangan terbabit iaitu Mohd Hazalif dan isterinya Fatin Umaidah.
Namun setakat ini belum ada sebarang kenyataan bagi mengesahkan pernikahannya di Thailand. Bagaimanapun, dia hanya mengesahkan dirinya sudahpun menikah lagi satu sebelum ini di Instagram.
Apa yang jelas, Aisyah meminta netizen untuk tidak bercakap buruk soal suaminya dan isteri kedua. Katanya, dia reda dengan ujian perkahwinan yang dilaluinya hari ini.
Kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini, moga ada jalan terbaik dan dipermudahkan urusannya sekeluarga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Pilih Pakej Perkahwinan Buat Bakal Mempelai
Perkara penting yang perlu dibuat oleh bakal pengantin sebaik sahaja telah menetapkan majlis perkahwinan ialah memilih pakej perkahwinan yang terbaik mengikut kemampuan. Tentulah korang mahukan yang terbaik bukan?
Jangan terburu-buru memilih pakej perkahwinan gara-gara ditawarkan harga yang rendah. Semak dahulu apa yang ditawarkan sebelum bersetuju memilih pakej tersebut. Dapatkan juga nasihat daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
Buatlah pilihan yang tepat dan buat perbandingan sebelum membuat keputusan.
TIP MEMILIH PAKEJ PERKAHWINAN:
1.Cari maklumat dan buat rujukan- sebelum membuat survey sebaiknya pengantin sudah mempunyai pengetahuan tentang apa yang diperlukan semasa majlis perkahwinan. Anda boleh mendapat maklumat dengan berkunjung ke pameran pengantin, majalah , internet, saudara mara dan kenalan.
2.Tengok kualiti pakej yang ditawarkan- Penting untuk anda melihat kualiti, apakah wang yang dilaburkan setimpal dengan pakej yang ditawarkan.
3.Pilih ikut kemampuan walaupun cantik tetapi mahal, jangan sampai pembaziran di kemudian hari. Masih ada pakej yang sederhana dan cantik serta berkualiti yang boleh bakal pengantin pilih.
4.Pastikan butik tersebut berpengalaman dalam bidang perkahwinan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
5.Jangan buat bayaran pada orang tengah, bayar sendiri di butik dan dapatkan bukti pembayaran bagi mengelak dari tertipu.
6.Elak dari membuat tempahan pakej dengan butik yang jauh dari tempat tinggal anda terutama yang melibatkan pelamin, khemah dan katering. Ia bagi mengelakkan dari sebarang masalah yang tidak diingini seperti kelewatan dan sebagainya.
7.Pastikan rekaan pelamin dan baju dari butik itu sendiri kerana ada juga butik yang mengambil dari butik lain. Ini bagi memastikan baju dan pelamin dapat disiapkan seperti masa yang dijanjikan.
Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“One Of My Greatest Decisions In My Life”…Ucapan Sweet Zalif Sidek Untuk Isteri Tersayang
Tanggal 26 Februari 2022 yang lalu, pelakon Zalif Sidek, 36 tahun selamat mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihannya, Anis Marzuki.. Majlis tersebut telah berlangsung mengikut prosedur operasi standard atau SOP yang ditetapkan di CMi Hall & Event Space, Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Memetik perkongsian Zalif di lama Instagram miliknya, pelakon berusia 36 tahun ini sempat menitipkan ucapan terma kasih baut semua pihak yang mendoakan kebahagiaan dia dan isteri.
Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahhim..
Syukur Alhamdullilah KpdMu Ya Allah
One of My Greatest Decisions in My Life is My Love Wife @anismarzuki
Sy & Wife mengucapkan Berbilion Terima Kasih Atas kehadiran Jemputan, Doa , Ucapan Tahniah yg diberikan oleh semua Keluarga kami, Saudara mara, Sahabat Handai & Semua.
Maaf Sy tak sempat nk balas semua lagi..
Insyaallah Balik Kl nanti sy balas semua ya..
Sebelum ini, ada ura-ura menyatakan bahawa Zalif dan keluarga bercadang menghantar rombongan pada 1 Syawal yang lalu tetapi terpaksa ditunda lantaran Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang tidak membenarkan rentas negeri dilaksanakan.
"Sehubungan dengan itu, kami ambil keputusan untuk menyerahkan cincin terlebih dahulu untuk menyempurnakan majlis pertunangan.Ketika itulah kedua belah pihak sepakat untuk melangsungkan majlis akad nikah pada 26 Februari, Insya Allah…:katanya.
Dalam masa yang sama, Zalif turut meminta para peminat mendoakan perjalanan kehidupan baharunya itu bersama isteri tersayang.
Menyifatkan kehadiran Anis sebagai hadiah yang paling istimewa selepas kehilangan arwah bapanya, Zalif sendiri tidak menyangka perkenalan singkat selama 10 bulan membuka ruang jodoh untuk dirinya.
"Cantik rupanya perancangan Allah S.W.T dan moga kita semua berpimpin tangan bahagia hingga ke pintu syurga"…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”
Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi. Setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon, Elfira Loy, 29, yang sudah hampir empat tahun melayari bahtera rumah tangga menyifatkan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah untuk digalas.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berpendapat bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dalam memastikan kehidupan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia.
“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.
“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.
“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.
BERKAHWIN KETIKA KERJAYA DIPUNCAK
Ditanya kenapa dia memilih untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya berada di puncak, Elfira berkata, soal populariti bukan sesuatu yang dikejarkan selama ini.
“Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama. Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Elfira turut menasihatkan sesiapa yang ingin berkahwin muda supaya mencari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu.
“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.
“Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.
“Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” katanya.
Untuk info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata, Rayyan dan Aria.
Sumber: Harian Metro Instagram Elfira Loy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI