Beberapa hari lalu, satu video tular tentang suami yang meraung apabila isterinya, Nurul Nazihah terbakar dalam sebuah kereta yang sedang marak dengan api. Lebih memilukan apabila arwah isteri yang menyuruh suaminya keluar dari kereta dan menyelamatkan diri.
Masih terngiang-ngiang jeritan si suami, Muhamad Redzuan. Apalagi mereka baharu saja pulang dari mengerjakan umrah. Pihak bomba mengesahkan dalam kemalangan di kilometer 45.7 Lebuhraya Selatan arah Selatan di Kulai, Johor melibatkan seorang maut manakala empat lagi selamat.
View this post on Instagram
Ustazah Asma Harun dalam postingnya juga turut bersimpati di atas apa yang berlaku.
“SAYANG, SAYA TAK TINGGAL AWAK…SUMPAH SAYA TAK TINGGALKAN!”
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”
TAKZIAH BUAT SUAMI DAN KELUARGA ALLAHYARHAMAH NURUL NAZIHAH BINTI KAMALUL ARIFFIN
Ramai yang mengalirkan air mata saat mendengar rintihan kuat suami arwah Nurul Nazihah ketika api sedang marak sewaktu kejadian kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebelum simpang Sedenak, Kulai Johor.
Lagi menyayat hati pasangan ini baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada hari Rabu yang lalu dan ketika kejadian, arwah sedang menemani suaminya pulang dari urusan kerja. Allahu Akbar, beliau pergi dalam keadaan sedang berkhidmat untuk suami.
Tak dapat dibayangkan situasi isterinya yang tersepit di dalam kereta selepas dilanggar oleh sebuah lori yang melibatkan 3 buah kenderaan lain. Suaminya bergegas cuba untuk menyelamatkan namun arwah berpesan, “abang keluar dulu” supaya suaminya mencari bantuan. Tetapi tidak lama selepas itu kereta terbakar rentung di depan matanya.
Daripada Jabir bin ‘Atiq r.a., Rasulullah SAW bersabda:
الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ
Maksudnya: “Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid: mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.”
(HR Abu Daud, hadis sahih)
Kredit foto: Instagram Ustazah Asma Harun dan Allahyarham Nurul Nazihah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI