Beberapa hari lalu, satu video tular tentang suami yang meraung apabila isterinya, Nurul Nazihah terbakar dalam sebuah kereta yang sedang marak dengan api. Lebih memilukan apabila arwah isteri yang menyuruh suaminya keluar dari kereta dan menyelamatkan diri.
Masih terngiang-ngiang jeritan si suami, Muhamad Redzuan. Apalagi mereka baharu saja pulang dari mengerjakan umrah. Pihak bomba mengesahkan dalam kemalangan di kilometer 45.7 Lebuhraya Selatan arah Selatan di Kulai, Johor melibatkan seorang maut manakala empat lagi selamat.
Ustazah Asma Harun dalam postingnya juga turut bersimpati di atas apa yang berlaku.
“SAYANG, SAYA TAK TINGGAL AWAK…SUMPAH SAYA TAK TINGGALKAN!”
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”
TAKZIAH BUAT SUAMI DAN KELUARGA ALLAHYARHAMAH NURUL NAZIHAH BINTI KAMALUL ARIFFIN
Ramai yang mengalirkan air mata saat mendengar rintihan kuat suami arwah Nurul Nazihah ketika api sedang marak sewaktu kejadian kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebelum simpang Sedenak, Kulai Johor.
Lagi menyayat hati pasangan ini baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada hari Rabu yang lalu dan ketika kejadian, arwah sedang menemani suaminya pulang dari urusan kerja. Allahu Akbar, beliau pergi dalam keadaan sedang berkhidmat untuk suami.
Kredit foto: Instagram Ustazah Asma Harun dan Allahyarham Nurul Nazihah