Bakal pengantin boleh cuba petua amalkan minum teh habbatus sauda untuk kekalkan badan kurus di bahagian badan punggung, perut dan pinggang.
Petua minuman yang dikongsikan Doktor Rizal Abu Bakar ini hanya memerlukan tiga bahan yang mudah untuk didapati terutama ramuan pentingnya iaitu biji Habbatus Sauda.
Kalau nak maintain slim, nak langsing bahagian punggung, perut dan pinggang. Amal minum teh Habbatus Sauda.
Amal minum secawan sebelum breakfast. Petua ini juga elok ya untuk batuk dan selesema. Boleh bagi dekat anak.
Biji Habbatus Sauda
Lemon
Madu
1. Biji Habbatus Sauda ini kena rendam dulu semalaman. Biar kembang.
2. Nanti nak buat teh, rebus rendaman dalam periuk.
3. Bila dah sejuk, perah limau dan letak madu.
Boleh guna limau nipis, lemon atau limau kasturi. Rasa sedap. Bau harum.
Petua ini boleh diamalkan wanita yang sudah berkahwin atau sebelum jadi bakap pengantin, sesuai untuk yang mahu maintain badan cantik!