Amal Zikir ‘Powerful’ Ini Sebagai Pelindung Diri Jika Terpaksa Keluar Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan

Share

Penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan apabila jumlah meningkat kepada 900 kes setakat hari ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita menurut arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan agar duduk di rumah selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak ini.

Walau bagaimanapun, jika anda terpaksa keluar untuk membeli barangan keperluan harian, ia dibolehkan tetapi perlulah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan dengan sebaiknya. Sebelum keluar, amalkanlah zikir yang telah diajar oleh Rasulullah sebagai pelindung diri anda.

Perkongsian dari Ustaz Khairul Anuar Basri di laman Facebooknya boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Semoga bermanfaat.

Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.

Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.

Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.

Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada:

  • Bahaya dan malapetaka.
  • Keracunan makanan.
  • Sihir dan santau.
  • Gangguan makhluk halus.
  • Wabak dan virus.

Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.

Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.

So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.

#KAB

– Semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan

Sumber: Khairul Anuar Basri

Published by
Naqiyatul Uzma