Perkenalan yang singkat ataupun lama tidak menjadi penanda aras bahawa sesebuah hubungan itu akan kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Jika anda bersungguh-sungguh mahu memiliki si dia dengan iringan doa restu, mulakan dengan bismillah dan pasti risikan anda kepada si dia akan berakhir dengan bahagia.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan merisik? Adakah ia hanya sekadar mengikut adat atau memang dituntut di dalam agama.
Merisik adalah amalan adat yang dilaksanakan bagi mengaplikasikan tuntutan syariat agar tidak meminang gadis yang telah menjadi tunangan orang lain.
Merisik dilakukan bagi mengenal pasti gadis yang bakal dipinang belum menjadi tunangan sesiapa kerana syariat menentukan hukum haram meminang gadis yang telah menjadi tunangan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis soheh riwayat Bukhari yang bermaksud: Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Ciri-Ciri Isteri Pembawa Rezeki Untuk Suami

Isi Kandungan
ToggleMungkin ramai suami tidak tahu sebenarnya murah rezekinya seorang suami jika baiknya peranan seorang isteri.
Seorang isteri yang sentiasa memberi keceriaan kepada suami dalam rumah tangga sebenarnya sedang menuju ke syurga. Tak percaya? ini ada 8 ciri-ciri isteri pembawa rezeki kepada suami. In shaa allah.
1. Isteri yang sentiasa bersyukur
Beruntunglah seorang suami jika mendapat isteri yang sentiasa bersyukur dengan apa adanya. Mereka ini selalu tidak merungut malah sentiasa berterima kasih kepada suami.
2. Isteri yang tawakal
Jika seseorang isteri itu sentiasa bertawakal kepada Allah, In shaa allah Allah akan mengurniakan rezeki pada keluarganya.
3. Isteri yang baik agamanya
Solat adalah tiang agama. Maka, bersyukurlah para suami jika isteri anda sentiasa menunaikan solat dan tahu batas sebagai seorang wanita.
4. Isteri yang mengeratkan silaturrahim
Isteri yang baik pada keluarganya, mentua, sedara-mara, dan kawan-kawan, maka sebenarnya dia sedang membantu pelancaran rezeki suaminya.
5. Isteri yang suka bersedekah
Seperti yang semua tahu betapa besarnya ganjaran bagi orang yang suka bersedekah. Apabila seorang isteri mendapat nafkah daripada suami lalu dia menggunakan sebahagian wang itu untuk bersedekah. Boleh jadi rezekinya dibalas melalui suaminya.
6. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Jangan bersandarkan pada usaha semata-mata, adalah lagi bagus banyakkan berdoa dan memohon kepadanya. Doakan suami supaya mendapat rezeki yang dirahmati.
7. Isteri yang mengamalkan solat dhuha
Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa.
“Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
8. Isteri yang taat kepada suaminya
Mentaati suami adalah kewajipan bagi seorang isteri. Taat pada suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama. Bila seorang isteri taat kepada suaminya, hatinya akan berasa lebih tenang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mendekati Pakar Kek Kahwin Sambil Melihat Kreativiti Dihasilkan

Tidak lengkap sebuah majlis perkahwinan tapi acara memotong kek. Pilihan kek yang tepat bakal membuatkan tetamu teruja dan meninggalkan kenangan yang terindah. Bagi pemilik @scrummycakedesign pakar dalam membuat kek kahwin mempunyai pengalaman yang luas dan kepakaran dalam bidang ini. Lihat sahaja kreativiti yang dihasilkan pada kek perkahwinan yang ditempah, semuanya dihias begitu indah dan mewah mengikut tema yang diingini oleh bakal pengantin.
Pesona Pengantin mendekati insan kreatif ini bagaimana bermula perniagaannya.
” Saya memulakan perniagaan secara tidak sengaja dengan membakar kek cawan untuk hari jadi anak. Sejak itu,saya jatuh cinta dengan proses ‘design’ ketika menghias kek. Mencuba pelbagai perisa dan hiasan pada permukaan kek membuatkan saya semakin bersemangat untuk menjadikan pembuatan kek ini sebagai satu cabang perniagaan. Bermula sejak 2011 secara serius sehinggalah sekarang,” ujarnya.
Keistimewaan
Agar tampil berbeza dan unik, seharusnya design yang dihasilkan sangat up-to-date dan sentiasa peka dengan perkembangan industri perkahwinan khususnya industri dekorasi kek di serata dunia contohnya dari Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Oleh itu bagi memantapkan skil yang ada dan dikembangkan dengan menghadirkan diri ke kelas-kelas dekorasi di dalam dan di luar negara. “Kami pakar dalam kek kahwin yang bertemakan “ringkas dan elegan’ dan juga sangat terkenal dengan hiasan lace dan Sugar Flower buatan tangan,” akuinya.
Idea sering datang tatkala membaca majalah sambil membuat rujukan mengenai rekaan terkini yang menepati cita rasa pelanggan. Dalam masa yang sama juga dia turut meneliti renda dari busana pengantin yang membuatkan lebih teruja untuk membuat dekorasi pada kek kahwin. Selain itu lukisan abstrak juga menjadi bahan rujukannya dan mampu memberi ilham untuk terus berkarya.
Cabaran
Akui pemilik, perniagan bukanlah satu perkara yang mudah yang boleh diambil remeh, pelbagai cabaran perlu dilalui yang paling mencabar untuk dirinya ialah pada detik permulaan memulakan perniagaan. Kekangan masa untuk menguruskan rumah tangga dan tempahan seolah-olah tidak menang tangan, hendak tolak terfikir pula rezeki tidak baik menolak rezeki. Saat itu dirinya menjadi one man show dalam menjayakan perniagaan ini. Tetapi setelah bekerja secara berpasukan, alhamdullilah kerja-kerja dapat diselesaikan dengan lebih efisien dan cermat. Sentiasa berpegang pada Tagline “Kalau tak cantik,buat sampai jadi cantik!
Nasihat
Buat mereka yang mahu serius dalam perniagaan, haruslah dilakukan dengan sebaiknya. Jangan bersikap hanya melepaskan batuk di tangga. Jangan mudah berputus asa walau apa sahaja cabaran yang datang melanda. Sememangnya persaing ramai di dalam industri. Sebagai peniaga, perlulah mempunyai sikap yang positif dalam persaingan. Jadikan ia satu cabaran untuk memperbaiki perniagaan itu dengan lebih baik dan terus maju jaya. Love what you do and let time take you to where you wanna go!
Ig: scrummycakedesign
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menghias Bilik Pengantin Dengan Ruang Yang Sempit

- keluasan ruang boleh ditampilkan dengan meminimakan penggunaan warna. Sebaiknya pilih hanya satu atau dia warna pada keseluruhan dinding. Guna kan warna cerah agar ruang kelihatan lebih luas dan selesa.
- warna putih adalah pilihan yang sesuai. Putih ada beberapa kategori. Tonasinya harus memberikan kesan atau mood yang tertentu. Kesan kekuningan pada latar dinding membantu menonjolkan imej ruang yang lebih hangat dan lembut.
- Satu lagi kelebihan warna putih ialah apabila is dipadankan dengan pemilihan lampu-lampu di ruang yang dilatari seperti penggunaan spotlight dan halogen, pemandangan ruang akan kelihatan lebih romantik dan elegan. Spotlight dapat membantu melahirkan mood yang tersendiri.
- Bagi ruang yang sempit boleh juga menggunakan kertas dinding. Namun pemilihannya ini harus tepat agar bilik tidak nampak berserabut.
- pilih dari corak yang halus dan tidak berhimpun.
- Bagi anda yang memilih warna latar yang terang, pilih perabot dari corak yang ringkas tidak berkerawang.
- Elakkan menghias bilik dengan bunga yang sangat besar kerana ini juga akan menjadikan ruang bilik anda lebih sempit.
- pilih permaidani yang mempunyai corak yang abstrak tetapi tidak penuh. Warna seperti warna pastel, krim, putih dan kuning cari paling sesuai. Tetapi pilih corak yang seakan sama. Ini akan menjadikan ruang lantai lebih kemas dan besar. Elak permaidani Parsi yang mempunyai corak penuh dan sesak.
- Untuk mengelakkan bilik kelihatan pucat dan tidak berjaya, perabot atau perhiasan berwarna sedikit gelap memainkan peranan. Bingkai gambar atau jam dinding yang elegan melengkapi ruang bilik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI