Samada rumah sewa yang dah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat terutamanya buat pasangan yang baru berkahwin dan tinggal sendiri.
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
IKLAN
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
IKLAN
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
IKLAN
5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam melengkapi dekorasi sesebuah perkahwinan bukan hanya dewan sahaja yang mahu terhias indah. Jangan dilupakan juga untuk hiasan pada meja centerpiece yang harus disesuaikan dengan tema.
Meja centerpiece secara umumnya dihiasi dengan bunga-bunga segar, namun idea itu mungkin membosankan dan tampak biasa. Apa kata berikan kelainan dengan menghias meja centerpiece dengan pelbagai idea unik seperti gantungan lampu, lilin, pasu unik dan sebagainya.
Jika anda ketandusan idea, apa kata cuba 10 dekorasi yang boleh memberikan idea buat bakal pengantin di majlis perkahwinan nanti.
1. Jambangan bunga
2. Pokok succulent
3. Terrarium
4. Gantungan Hydrangeas
5. Rustic roses
6. Hiasan lilin dan dedaunan
7. Gubahan edibel (gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran)
Tipulah, semua manusia di dunia ini akan jatuh cinta pada kecantikan, tapi sejauh mana kecantikan ini memberikan kebahagian? Kalau korang lebih memilih cantik ataupun orang yang berhati mulia untuk dijadikan sebagai calon pasangan?
1. Semua orang di dunia ini sukakan sesuatu yang cantik pada pandangan mata. Sudah menjadi lumrah manusia mementikngkan aspek luaran dalam membuat sesuatu penilaian.
2. Signifikannya kecantikan luaran kepada seseorang bermula daripada memilih barang mainan semasa kanak-kanak, ke memilih teman wanita, sehinggalah taktik mengumpan wanita cantik dalam urusan business. Aspek kecantikan seolah-olah tidak dapat lari dalam kehidupan hari ini.
3. Contohnya bila anda membeli kereta. Perkara utama yang menarik minat anda untuk membelinya ialah appearance luaran kereta tersebut. Kemudian barulah anda memeriksa spesifikasi dan interior kereta tersebut.
Tips Teruna Teruja #1: Elakkan berjalan dengan rakan anda yang anda anggap lebih kacak daripada anda. Besar kemungkinan perempuan tidak menyedari akan kewujudan anda kerana matanya tertumpu kepada rakan anda tersebut sahaja.
4. Trend masa kini, ramai yang berusaha untuk kelihatan menarik. Pantang ada iklan kosmetik baharu di televisyen, pasti ingin dicuba. In the worst case, gadis yang asalnya dahulu bertudung litup sanggup membuka hijab mereka semata-mata untuk tampil menarik di mata lelaki.
Kaum lelaki juga tidak kurang hebatnya: keluar-masuk gimnasium demi mendapat bentuk badan yang maskulin, memakai persalinan berjenama, tidak lupa juga gajet canggih dan kereta. Semua usaha ini adalah untuk menjadikan mereka jejaka idaman setiap wanita.
Tips Teruna Teruja #2: Tahukan anda, kehenseman sebenar seorang lelaki adalah dompetnya? Semakin tebal dompetnya semakin tampan lah beliau. Tak gitu gadis-gadis sekalian?
5. Kassim Lelaki Besi (bukan nama sebenar) pernah mengejek teman wanitanya yang obses dengan dunia k-pop. Kassim juga mengutuk keras rakan-rakannya serumahnya yang kerap terpacak depan laptop menonton drama Korea. Sehingga suatu hari, Kassim secara tidak sengaja tertengok video klip SNSD-Gee. Percaya atau tidak, Kassim tertarik dan jatuh hati dengan kecomelan dan lenggok tarian kumpulan k-pop wanita sohor itu. Semenjak dari peristiwa itu, external Kassim mula dipenuhi ‘virus’ K-pop. OMG!
p/s: hanya disogokkan rupa, kulit flawless, kurus tinggi, kaki panjang; sekuat-kuat lelaki pun boleh cair.
6. Sedar atau tidak, kecantikan bukanlah pada luaran semata-mata. Bijak pandai ada berkata bahawa kecantikan sebenar terletak kepada keyakinan diri. Semuanya bergantung kepada empunya badan sendiri sama ada konfiden atau tidak dengan penampilan mereka, persetankan pandangan orang lain terhadap anda. Contohnya, ada perempuan yang ragu-ragu untuk mencuba fesyen tudung Yuna kerana segan dengan tanggapan orang sekeliling. Kenapa ini harus berlaku? You have covered your aurah, feel comfortable, so don’t hesitate and go ahead
7. Tak perlu hipokrit. Jika ada lelaki yang mengatakan “Saya suka awak sebab awak baik. Hati awak yang luhur itu membuatkan saya jatuh cinta pada awak.”
Sahlah anda kena kelentong. Masakan lelaki itu dapat menilai hati seseorang pada pertemuan pertama dan hanya berbalas satu dua SMS. Mengenal hati budi seseorang perlu mengambil masa yang lama dan bukannya sebulan dua.
8. Bagi wanita pula, mereka kurang mementingkan aspek rupa berbanding lelaki kerana terlahirnya wanita adalah untuk dibimbing. Jadi cukup sekadar memilih lelaki yang protective dan mendapat pembelaan dan kasih sayang daripadanya. Selain daripada itu, ia juga mungkin kerana wanita merasakan lelaki yang bijak dan emosi yang stabil mampu untuk memimpin dan membuat keputusan yang terbaik untuk dia dan keluarga.
Tips Teruna Teruja #3: Tahukah anda, ada di kalangan perempuan yang tidak berminat memilih lelaki kacak kerana kebarangkalian untuk lelaki ini curang adalah lebih tinggi berbanding lelaki yang tak ada rupa. Manakala ada sebilangan lelaki yang tidak mahu gadis yang terlalu cantik kerana bimbangkan persaingan dan cemburu.
9. Hakikat sebenar, tiada yang kekal selamanya. Kecantikan paras seseorang itu tak ubah seperti cat yang melapisi sebuah dinding konkrit yang pasti luntur dimamah usia. Apabila sampai ke tahap ini, apa lagi yang boleh dibanggakan?
Dalam dunia sekarang, boleh dikatakan semua orang kelihatan cantik menatik. Hatta yang kurang cantik pun boleh kelihatan ‘cantik’. Oleh itu, perempuan tidak harus terlalu selesa dengan kejelitaan yang mereka miliki kerana pada mata lelaki paras rupa hanyalah hook semata-mata.
Andai kecantikan luaran itu tidak disertakan dengan peribadi yang mulia dan santun, tidak mustahil anda hanya akan menjadi ‘kekasih separuh masa’ sahaja dan bukan perhubungan serius untuk dijadikan teman hidup. Masakan tidak? Lelaki mana yang berani membawa pulang teman wanita mereka yang berskirt pendek dan bermulut celupar datang berjumpa dengan keluarga mereka? Sebagai orang Melayu, ciri-ciri “Menantu Idaman Ibu” masih lagi tipikal;
Menghormati orang tua
Sopan santun dan berbudi
Sedap mata memandang
Dan bagi lelaki, menuruti kata ibu mereka adalah sesuatu yang mandatori dan pantang diingkari.
Walau sekerap manapun lelaki berbicara mengenai rupa dan bentuk badan, percayalah di kemuncaknya, ATTITUDE adalah perkara paling penting bagi mereka dalam menilai dan memilih teman hidup untuk ke syurgawi cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cermin sebagai elemen dekorasi yang mampu memberi karakter pada sesebuah ruang agar tampil lebih menarik selain dapat memberikan ilusi ruang yang luas. Ia juga merupakan salah satu idea feature wall yang paling mudah untuk diterapkan. Tetapi satu masalah yang bakal mengganggu proses menampal cermin adalah keadaan dinding yang tidak rata.
Seperti perkongsian saudari Affan Ali di laman facebook, yang pada mulanya menghadapi kesukaran untuk tampal cermin pada dinding kediamannya yang tidak rata.Tetapi hasil dari idea bernas yang disokong oleh suaminya, Puan Affan telah berjaya mendapat solusi yang kemudiannya telah dikongsi bersama.
Mari kita lihat bagaimana mahu menyelesaikan masalah tampal cermin ini. Semoga bermanfaat buat pasangan yang berpindah rumah baru nanti dan semua mendapat inspirasi dari perkongsian ini.
“Sekadar pengkongsian. Jika nak tampal cermin mesti ada masalah dinding tak rata bukan? nah saya ada tips untuk dapat hasil yang cantik & kemas. Saya sendiri pun try and error juga. Pada mulanya tampal begitu sahaja pada dinding. Frust tak cantik, senget benget. Yang paling sedih, cermin tu sempat juga lah 2 keping jatuh dan pecah.
Berkecai.. lastly tiba-tiba dapat idea nak buka semula semua cermin yang sudah ditampal kemudian nak tampal di atas plywood dulu. Ingatkan idea saya tu tak logik, bagitahu suami. dan dia cakap cuba lah. Terus saya beli plywood di hardware. Beli yang paling nipis ya.
Dlm RM20++ sekeping. Besar size tilam queen gituu. Mula-mula drill plywood pada dinding. Setelah selesai, baru lekatkan balik guna gam xbond construction tu. Boleh cari di Mr.Diy tak sampai RM10. Hasilnyaaaa Alhamdullillah puas hati. Semua boleh try tips ini”