Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang besar untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi. Oleh itu, setiap pasangan perlulah lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda perlu tahu tentang bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya anda dan pasangan tidak berdepan dengan konflik kewangan selepas berkahwin.

1. JANGAN PENTINGKAN STANDARD

Sikap suka berhutang akan memberikan bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia. Malah ramai pasangan yang terhimpit dengan hutang yang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tampak gah.

2.TETAPKAN JUMLAH TETAMU

Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput agar anda dapat merancang majlis perkahwinan dengan sebaiknya. Apabila anda sudah menetapkan bilangan tetamu, ini memudahkan anda mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

3.MENYEWA BAJU KAHWIN

Ads

Elakkan menempah pakaian yang baharu kerana khidmat menyewa pakaian jauh lebih murah. Ada juga perkhidmatan yang membolehkan anda menempah pakaian perkahwinan baharu tetapi untuk sewaan sahaja. Ini bermakna selepas memakai busana tersebut, anda perlu memulangkan semula kepada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.

4. AWASI PERBELANJAAN SETIAP BULAN

Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja secara berlebih-lebihan, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.

Ads

5.ELAK BERHUTANG DENGAN KAD KREDIT

Kad kredit ada baik dan ada buruknya. Jika anda tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat, anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Membayar dengan hanya swipe boleh menyebabkan anda hilang pertimbangan dan boros berbelanja yang akhirnya menyebabkan anda pening untuk membayar hutang tersebut di penghujung bulan.

6.ADAKAN MAJLIS GOTONG ROYONG

Ads

Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding menggunakan perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan belanja membeli bahan basah, selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran-tetangga.

7.CUBA BERHENTI MEROKOK

Merokok sememangnya sinonim dengan kebanyakan lelaki. Semua sedia maklum merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia juga membazirkan wang. Jika anda campur tolak wang yang telah dibelanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya. Ini kerana wang tersebut jika dibuat tabungan boleh digunakan untuk banyak perkara yang lebih berfaedah termasuk belanja kahwin.

8.MEMBUKA AKAUN KHAS

Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI