Tidak dinafikan bahawa hubungan intim mampu mengeratkan hubungan suami isteri serta menentukan keharmonian rumah tangga. Namun sedih juga rasa apabila berhadapan dengan situasi di mana suami enggan mengadakan hubungan intim dengan anda. Mula si isteri berfikir yang bukan-bukan. Untuk elakkan pemikiran yang negatif ini timbul di fikiran isteri, lebih baik kaji semula apa kekurangan yang ada pada diri. Mungkin kita sebagai isteri tidak ambil peduli hal yang boleh membuat suami hilang minat terhadap hubungan intim. Sebagai isteri perlu tahu apa yang menjadi penyebabnya.
Suami berharap ada hal mengejutkan semasa hubungan intim
Apabila suami sudah dapat membaca perlakuan isteri semasa hubungan intim selama ini monoton, dia kehilangan minat mengulang hal sama setiap malam. Anda mungkin kurang kreatif dan tidak mahu bereksperimen dengan perlakuan yang luar biasa. Elemen surprise yang diharapkan oleh suami tidak berlaku membuatkan dia rasa bosan.
Dia terlalu memikirkan pekerjaan
Seringkali musuh terbesar anda di atas ranjang adalah pekerjaannya. Dia sudah tertekan dan selalu disibukkan dengan deadline dan tidak ada masa selain bekerja. Fikirannya sudah tertumpu hanya pada pekerjaan.
Kemungkinan dia tak tahu yang anda merindukannya, jadi katakan padanya seperti, ” Sayang tahu abang penat, tapi sayang rindu abang.” Dan ajak dia untuk melakukan kegiatan rileks bersama,bicarakan dari hati ke hati agar keintiman dan komunikasi anda berdua timbul.
Dia ingin rehat setelah penat bekerja seharian
Ini adalah alasan paling umum, kerana dia sudah terlalu penat dengan kesibukan di pejabat, dia tidak ada tenaga lagi untuk melakukan hubungan intim. Daripada hubungan intim, dia lebih memilih tidur sehingga boleh mengembalikan kesegaran tubuhnya.
Teringat anak-anak
Dia jenis suami yang sangat berhati-hati? Kemungkinan dia menolak kerana tidak ingin ‘kegiatan’ anda berdua di ketahui oleh anak-anak. Disarankan , anda tidak sebilik dengan anak, jangan ada barang-barang yang berhubungan dengan anak, seperti fotonya dan mainannya, kerana boleh jadi itulah membunuh ghairah seksualnya.
Dia tak percaya diri
Mungkin akhir-akhir ini performance dia tidak bagus di ranjang? Hal ini boleh jadi membuatnya dia tak percaya diri berhadapan dengan anda. Jika dia memang mengalami masalah hubungan intim adalah lebih baik jika mendapat konsultasi dar doktor.