Terbaru, isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara mendedahkan anak sulungnya iaitu Starla Rhea Idola bersetuju sekiranya ibunya berkahwin lagi.
Inara berkata, anak sulungnya itu mengetahui mengenai hubungannya dengan Virgoun selepas melihat ibu bapanya tidak bersama.
Anak Bagi Restu Inara Kahwin Lain, Tapi TIDAK Untuk Virgoun
Jelasnya dia juga ada memaklumkan pada anak-anaknya bahawa Virgoun sedang sibuk berkerja apabila melihat dilihat tidak lagi bersama.
“Saya pernah tanya Starla sekiranya saya atau Virgoun berkahwin lagi.
“Dia sudah sedia maklum tentang hubungan saya dengan Virgoun selepas bertanya kenapa kami sudah tidak bersama lagi.
“Dia pernah tanya saya dan Virgoun seudah berbaik atau belum… jadi dia tahu kalau ada sesuatu terjadi diantara kami,” katanya.
Inara mendedahkan perkara itu semasa menjadi tetamu di sebuah saluran YouTube.
Sebenarnya Inara memaklumkan Starla hanya mahu melihat dirinya bahagia sekiranya berkahwin lagi.
Bagaimanapun Starla seakan tidak setuju sekiranya Virgoun berkahwin lagi.
“Kalau mummy lebih bahagia tak apa, tapi kalau daddy boleh ke dia? Nak uruskan diri sendiri juga masih macam itu,” luahnya.
Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan kecurangannya secara terbuka.
Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014.
Selain Starla, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI