Dilema berkahwin dengan suami yang begitu manja dengan ibunya atau digelar ‘anak emak’ antara topik yang sering menjadi igauan ngeri buat sesetengah isteri dan ia seboleh-bolehnya mahu dielakkan.

Namun, kalau sudah jodoh, apa yang boleh dikata. Terima pasangan seadanya dan cubalah untuk mencari jalan supaya anda berdua boleh mencapai kata sepakat dalam kebanyakan perkara terutama apabila membabitkan ibu mentua.

Ada yang menganggap keadaan ini boleh menimbulkan konflik antara suami isteri. Mengikut teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, secara semula jadinya anak lelaki sememangnya lebih cenderung untuk rapat dengan ibu manakala anak perempuan pula lebih senang untuk bersama bapa.

Anak Mak Calon Pilihan Suami Terbaik, Wanita Mesti Bijak ‘Handle’ Situasi Bila Sudah Berkahwin
Kredit foto: Pexels

Masalah akan berlaku apabila ada anak lelaki terbawa-bawa sikap itu hingga dewasa. Lebih parah selepas melangsungkan perkahwinan pun segala keputusan berkaitan rumah tangganya akan dirujuk kepada ibunya terlebih dulu hingga mengetepikan perasaan isteri sendiri.

Tapi ada juga yang berpendapat lelaki anak mak ini adalah calon terbaik dijadikan suami betul ke? Mari kita lihat sebabnya.

1. Mereka gentleman

Kebiasaanya lelaki seperti ini mempunyai perwatakan yang lemah lembut, baik tutur kata, rajin dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu.

Ads

2. Mereka lebih peka dan teliti

Mereka ini lebih peka dan teliti dalam setiap perkara dan ia tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama pada bakal isterinya.

3. Seorang yang romantik

Jangan terkejut jika lelaki ‘anak mak’ ini berjiwa romantik. Mereka ini lebih pandai menzahirkan rasa cinta mereka kepada ibunya, jadi tidak mustahil kalau dia juga mampu melakukan perkara yang sama terhadap isterinya.

Anak Mak Calon Pilihan Suami Terbaik, Wanita Mesti Bijak ‘Handle’ Situasi Bila Sudah Berkahwin
Kredit foto: Pexels

4. Seorang yang bertanggungjawab

Tanggungjawab adalah salah satu sifat lelaki yang diinginkan oleh setiap wanita. Jadi, sudah pasti mereka akan faham tanggungjawab mereka dan akan menjadi ketua kelurga yang bijak mengendali sebarang masalah.

5. Hormat orang tua

Mereka ini biasanya pandai menghormati dan mengambil hati orang tua mereka. Beruntunglah anda jika mendapat lelaki sebegini kerana secara automatiknya dia juga akan menghormati anda dan seluruh ahli keluarga anda.

Ads

Tip buat suami yang rapat dengan ibunya atau anak emak:

• Tinggal di rumah sendiri dengan isteri. Tinggal di rumah ibu tidak membantu perhubungan. Biasanya apabila tinggal berasingan, hubungan akan lebih baik.

• Balik ke rumah ibu dalam kadar yang bersesuaian. Jika ibu dan isteri tidak boleh menjalinkan hubungan, singkatkan kunjungan.

• Baliklah ke rumah ibu bersendirian pada waktu tertentu untuk menumpukan perbualan dengan ibu sahaja. Isteri perlu memberi galakan untuk keselesaan suami tanpa ada prasangka. Bagaimanapun, janganlah suami ambil kesempatan atas kepercayaan isteri.

• Suami perlu kuat dalam menangani emosi diri sendiri.

Ads

• Pastikan kedua pihak rasa penting dalam kehidupan. Beri mereka peluang meluahkan pendapat.

Anak Mak Calon Pilihan Suami Terbaik, Wanita Mesti Bijak ‘Handle’ Situasi Bila Sudah Berkahwin
Kredit foto: Pexels

• Perbualan dengan ibu bolehlah dibuat secara persendirian supaya isteri tidak mendengar butir perbualan yang mungkin mengecilkan hati. Begitu juga sebaliknya.

• Jika ibu memberitahu sesuatu yang tidak disukai tentang isteri, beritahulah ibu dengan baik apa yang diperkatakannya itu kurang tepat. Beritahu juga anda terasa hati dengan komen yang kurang enak mengenai isteri. Begitu juga jika isteri berpendapat yang tidak baik tentang ibunya.

• Didiklah kedua wanita yang penting ini untuk menerima antara satu sama lain tanpa perlu memilih.

Sumber: Harian Metro Kredit foto (top image): Pexels

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI