Hubungan

Anak No. 4 Sukar Difahami Tapi Sangat Setia

Share

Tidak dinafikan, setiap individu dan anak yang dilahirkan ke dunia mempunyai personaliti tersendiri dan unik yang tidak sama di antara satu sama lain.

Namun tahukah anda, mengikut pakar psikologi, kedudukan dalam adik-beradik boleh mempengaruhi sikap dan personaliti anak anda. Jom, kami kongsikan fakta anak keempat yang pastinya anda takkan jangka sama sekali.

1. Sukakan kanak-kanak

Anak keempat dikatakan sebagai seorang yang penyangang dan sangat sukakan kanak-kanak. Boleh dikatakan, sikap keibuan dan kebapaan telah wujud dalam diri mereka sejak azali. Malah, kanak-kanak juga cenderung untuk menyukai anak keempat. Seakan-akan ada tarikan istimewa di antara anak keempat dan kanak-kanak. Istimewa kan?

Disebabkan oleh tarikan istimewa tersebut, anak keempat kelihatan seperti bijak mengawal kanak-kanak, malah mempunyai daya tarikan yang mampu mengawal tantrum seorang kanak-kanak. Itulah dia betapa istimewanya anak keempat.

2. Tidak suka meminta

Fakta anak keempat yang seterusnya ialah mereka tidak suka meminta kepada ibu bapa dan kakak serta abang yang lain walau pun mereka adalah adik dan selayaknya menjadi seorang yang manja dan dijamin semestinya akan dapat apa yang dipinta. Namun, kebiasaannya anak keempat berat mulut untuk meminta kerana bimbang menyusahkan dan dianggap sebagai mengambil kesempatan.

3. Peramah dan suka bergaul

Disebabkan anak keempat mempunyai 3 orang kakak atau abang, ia membuatkan mereka menjadi seorang yang peamah dan pandai bergaul. Kebiasaannya anak keempat sangat mudah untuk diajak bersembang.

Dari satu topik ke topik lain, sedar-sedar dah berjam-jam anda berborak walau pun baru sahaj berjumpa. Sikap peramah dan suka bergaul yang ada dalam diri anak keempat membuatkan mereka disukai ramai.

4. Pendengar yang setia

Anak keempat biasanya adalah seorang pendengar yang setia. Kedudukan keempat dalam keluarga biasanya membuatkan anak keempat menjadi tempat kakak, abang, atau ibu untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sejak kecil. Oleh itu, semakin dewasa, anak keempat akan menjadi seorang pendengar yang setia dan sentiasa ada di saat memerlukan.

5. Pandai mengambil hati orang lain

Selain merupakan seorang pendengar yang setia, anak keempat juga dikatakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain. Jika anak keempat mengetahui bahawa seseorang mempunyai masalah, mereka akan berusaha untuk melakukan apa sahaja untuk menghiburkan hati individu tersebut dan membuatkannya kurang tertekan dan beremosi.

6. Mudah mempercayai orang lain

Fakta anak keempat yang seterusnya ialah mereka sangat mudah untuk mempercayai orang lain. Sikap mudah percaya ini wujud dalam diri mereka memandangkan sejak kecil, terdapat ramai orang di sekeliling yang sentiasa mengambil berat dan melayan mereka dengan baik.

Ada ibu, ayah, kakak atau abang yang sentiasa ada untuk anak keempat. Sikap mudah mempercayai orang lain boleh menjadi sesuatu yang baik, dan kadang-kadang boleh memakan diri sendiri.

7. Tidak suka menyusahkan orang lain

Ingat tak tadi kat atas kami ada nyatakan bahawa anak keempat tidak suka meminta kerana tidak mahu menyusahkan orang lain dengan permintaan yang dibuat? Ini adalah kerana anak keempat kebiasaannya mempunyai personaliti hebat yang tidak suka menyusahkan orang lain. Ini adalah salah satu daripada ciri hebat yang ada pada anak keempat.

8. Berhati lembut

Anak keempat biasanya merupakan seorang yang berhati lembut dan mudah tersentuh. Sejak kecil, anak keempat yang biasanya bergelar adik dilayan dengan baik oleh ibu, bapa, kakak dan abang, menjadikannya seorang yang berhati lembut.

Berhati lembut adalah satu ciri yang sangat baik, bukannya satu kekurangan. Seorang individu yang berhati lembut biasanya akan melayan orang lain dengan baik dan suka membantu mereka yang memerlukan.

9. Suka mengambil berat tentang orang lain, terutamanya insan yang tersayang

Fakta anak keempat yang seterusnya ialah suka mengambil berat tentang orang lain, terutamanya insan yang tersayang. Sangat beruntung sekiranya anda mempunyai pasangan atau sahabat baik yang merupakan seorang anak keempat. Anda akan rasa sangat disayangi kerana sidia sentiasa ada untuk anda.

10. Sukar difahami

Anak keempat, kadang-kadang agak sukar difahami. Ini berlaku kerana sejak kecil mereka telah dilayan dengan baik oleh ahli keluarga yang lain. Hanya ahli keluarga yang terdekat iaitu ibu, bapa, kakak, dan abang-abang mereka sahaja yang betul-betul faham sikap sebenar anak keempat. Namun, setelah mempunyai pasangan, pasangan akan faham dengan sikap dan perangai anak keempat.

11. Seorang yang ceria

Tidak dinafikan, anak keempat merupakan seorang individu dengan perawatakan yang ceria dan suka menceriakan orang lain di sekelilingnya. Setiap kali mereka ada bersama, suasana akan menjadi ceria dan semakin meriah.

12. Seorang yang setia

Anak keempat biasanya akan menjadi pasangan dan sahabat setia yang akan ada dengan anda setiap masa tidak kira waktu susah dan senang. Ini juga merupakan di antara ciri emas yang ada pada anak keempat. Hargailah pasangan atau sahabat baik anda yang mempunyai ciri ini kerana dewasa ini tak mudah untuk mendapat seseorang yang sentiasa setia dan ada untuk anda.

13. Kurang Sabar

Salah satu daripada kekurangan atau sifat yang kurang digemari pada anak keempat ialah sikap kurang sabar. Sebagai adik dalam keluarga, kebiasaannya anak keempat mendapat layanan istimewa.

Apabila sudah biasa dilayan dengan baik sejak kecil, anak keempat sudah terlalu selesa dengan keadaan tersebut dan apabila membesar, akan menjadi agak kurang sabar jika kehendaknya tidak diperolehi atau sesuatu perkara tidak berjalan seperti yang dikehendaki.

14. Suka berkongsi

Fakta anak keempat yang seterusnya ialah mereka suka berkongsi. Apa yang mereka ada, mereka tidak akan segan-silu untuk berkongsi dengan orang lain agar sama-sama dapat merasa. Hebat kan anak keempat?

15. Kuat berusaha dan suka bekerja keras

Fakta anak keempat yang terakhir ialah mereka merupakan individu yang sangat kuat berusaha untuk mencapai kejayaan. Apa sahaja yang mereka lakukan, akan dilakukan dengan baik. Apabila mempunyai kerjaya, mereka akan bekerja dengan keras dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Itulah dia 15 fakta anak keempat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang fakta anak sulung, tanda anak lambat bercakap, langkah anak sawan, dan koleksi nama anak perempuan.

Kredit: Bidadari.my

Published by
Bella