Anak Petani Dilamar Mahar Tinggi, Sekelip Mata Hidupnya Berubah!

Share

Baru-baru ini tular kisah anak petani dilamar mahar tinggi, yang mana dia juga bakal doktor telah menerima RM300,000 dan sebuah rumah lebih sejuta.

Sungguh, kisahnya bak Cinderella Tiada, sekelip mata berubah apabila mendapat pasangan yang cukup kaya.

Jika semasa kecil hidup susah kerana ayah seorang petani dan ibu hanya bergadang secara kecil-kecilan, tetapi telah tertulis takdir hidupnya diulit dengan kemewahan ketika dewasa.

Anak Petani Dilamar Mahar Tinggi, Sekelip Mata Hidupnya Berubah!

Kisah seorang gadis anak petani di daerah Kolaka Utara, Sulawesi Tenggara (Sultra) dilamar kekasih dengan mahar mahal menarik perhatian ramai orang tanggal 18 Jun lalu.

Ini kerana ketika lamaran, Nurmainna yang tinggal di Desa Landolia diberikan mahar tinggi Rp1 miliar, lebih kurang RM300,000.

Bukan itu saja, pasangannya, Fitra Yudi yang juga seorang ahli perniagaan turut memberikan sebuah rumah bernilai Rp4.5 miliar (bersamaan RM1 juta lebih) selain emas 40 gram dan sebuah Iphone terkini untuk bakal isterinya itu.

Mereka tidak pernah berdating seperti pasangan lain tetapi keduanya terserempak di satu majlis perkahwinan sebelum Fitra yang jatuh cinta pandang pertama kemudiannya membuat lamaran kepada Nurmainna.

Bakal Doktor Terima RM300,000 & Sebuah Rumah Lebih Sejuta

Kisah lamaran itu menarik perhatian masyarakat setempat kerana nilainya terlalu tinggi dan jelas mengagumkan orang ramai hingga kisah pasangan ini menjadi tumpuan media.

Nurmaina yang juga bakal doktor berkelulusan Sarjana kedokteran Universitas Halu Oleo (UHO), merupakan anak pertama dan memiliki seorang adik perempuan dan dua adik lelaki.

Sejak kecil hidupnya sederhana dan sama sekali tidak menyangka jodohnya dengan orang kaya.

Dinilai baik hati dan agak pendiam oleh orang kampungnya, Nurmaina seorang yang gemar membaca Al-Quran di rumahnya. Ayahnya, Abidin  dan ibunya, Rapida juga sangat baik,”kata jiran-jiran sekeliling.

Sumber :- Tribunnews

Published by
Nadia