Ajal maut semua di tangan Allah, begitu juga lah dengan pertemuan jodoh. Pada mereka yang masih belum bertemu jodoh,pastinya Allah ada perancangan yang baik untuk ada. Mungkin kerana anda ingin membalas jasa ibu bapa anda dahulu, atau melunaskan segala hutang atau perjanjian yang belum selesai. Anda masih ada masa untuk mengukuhkan juga kerjaya dan peribadi anda untuk menjadi lebih baik.

Namun, mereka yang bertemu jodoh pada usia 30-an mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ia juga adalah persiapan untuk anda matang dalam mengharungi kehidupan. Tetapi kita perlu ingat, kematangan bukan diukur daripada umur kerana ada juga yang muda tapi lebih matang daripada yang berusia. Mungkin Allah beri anda jodoh pada usia 30-an kerana anda mungkin sudah bersedia untuk melangkah ke fasa yang seterusnya.

1. Tidak mengejarkan keseronokan

Anda Masih Tidak Kahwin Pada Usia 30-an? Jangan Risau Seseorang Yang ‘Layak’ Sedang Menanti Anda

Mereka yang bernikah pada usia ini lebih berfikiran ke hadapan, ini kerana mereka lebih mementingkan perkahwinan daripada percintaan yang tidak tahu hala tuju. Mereka akan bercinta kerana memikirkan adakah seseorang itu serius untuk ke langkah seterusnya.

Ads

2. Matang dalam rancang hidup

Anda Masih Tidak Kahwin Pada Usia 30-an? Jangan Risau Seseorang Yang ‘Layak’ Sedang Menanti Anda

Ads

Oleh kerana mereka bercinta hanya untuk berkahwin, jadi mereka pasti akan berbincang dengan pasangan untuk persediaan perkahwinan. Bukan membuang duit ke tempat lain dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Tidak bercinta terlalu lama

Ads

Anda Masih Tidak Kahwin Pada Usia 30-an? Jangan Risau Seseorang Yang ‘Layak’ Sedang Menanti Anda

Pada masa ini, mereka tidak akan mengmbil langkah untuk bercinta terlalu lama. Jika mereka melihat seseorang itu masih tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap hubungan ini itu bermakna mereka tidak serius untuk berkahwin.

 

Mungkin yang lambat itulah yang terbaik. Bagi anda yang masih belum berjumpa jodoh, jangan risau seseorang yang layak akan menanti anda. Banyakkan berdoa dan mohon kepadanya agar segalanya di permudahkan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI