Melihat romantisnya pasangan yang sedang bercinta, bila masuk kereta dibukakan pintu untuk pasangannya, alangkah indah dan bahagianya. Sesekali mengharapkan pasangan anda begitu juga.

Apakah anda berdua pasangan serasi? Ayuh kenali ciri-cirinya.

1. Menerima diri pasangan seadanya 

Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. Sebagai perempuan pula, kita juga harus reda dengan kekurangan dan kelebihan pasangan. Dengan cara itu nyata si dia ialah pasangan yang serasi buat kita.

2. Menghormati ahli keluarga pasangan

Jika tiba musim perayaan kita boleh mengukur tahap keserasian pasangan kita. Rancang betul-betul jadual pulang bermalam dengan keluarga dan patuhi perancangan yang dibuat. Jangan khianati pasangan anda dengan kerenah merajuk yang bukan-bukan dan tak masuk akal. Bila tiba giliran kita, dengan senang hati pasangan akan mengikut kita pula.

Ads

3. Berkongsi menanggung keluarga  

Pasangan itu sesuai dengan kita jika mereka tidak berkira untuk berkongsi wang, masa dan tenaga untuk menanggung keluarga. Bila tiba hujung bulan bagikan pendapatan secara sukarela untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Jangan amalkan, “duit aku, aku punya. Duit kau pun aku punya!” Kalau begitu gayanya, lebih baik anda dan pasangan tidak perlu berkahwin.

4. Memiliki cita-cita masa depan yang serupa 

Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka melancong atau suka ramai anak. Lebih-lebih lagi jika mempunyai cita-cita masa depan yang serupa. Tindakan yang serentak juga akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

Ads

5. Boleh membaca gerak hati pasangan

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Ads

6. Saling memaafkan antara satu sama lain 

Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. Kemudian saling memaafkan dan bermaafan sepanjang masa jika berbuat silap.

7. Susah senang bersama  

Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan iaitu daripada segi tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. Senang cakap, sanggup susah senang bersama, ketawa dan menangis pun bersama-sama.

8. Miliki wajah yang serupa

Ramai orang beranggapan bahawa jika pasangan itu memiliki wajah yang serupa mereka dianggap sebagai pasangan yang serasi. Adakah pendapat ini benar? Mungkin ya, kerana semakin lama sesebuah pasangan hidup bersama, wajah mereka akan menjadi mirip benar. Sebabnya mereka makan, minum, merasai persekitaran yang sama dan juga bergaul dengan kelompok orang yang sama. Jadi, jika diperhatikan semakin lama pasangan itu hidup bersama, keserasian mereka amat terserlah. Itu petanda jodoh mereka  itu kekal hingga ke akhir hayat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI