Andai Suami Tak Mampu Beli Emas, Janganlah Dipaksa. Bukan Jadi Pahala Pun.

Share
Emas dan wanita memang tak boleh berpisah. Walaupun harga emas turun naik, tetapi masih ramai yang memilih untuk menjadikan emas sebagai simpanan masa hadapan. Tak dapat beli dengan duit sendiri, minta duit suami (kalau mampu).
Bagus bila ada kesedaran macam ni tetapi janganlah sampai membebankan pihak lelaki. Buat para isteri pula, janganlah kerana emas habis berantakkan rumahtangga, seperti ulasan Puan Suffiyah Ramadhani mengenai emas.
****************************************************************
Kalau pasal emas, janganlah bergaduh. Tak kira la trend atau bukan, emas tak patut jadi punca penceraian bila suami tak mahu turutkan.
Zaman sekarang ni berpusu-pusu orang ramai membeli emas. Rata-rata menyatakan, sebab emas boleh jadi simpanan masa hadapan. Lalu berbondong-bondong la semua ke kedai emas membeli seutas dua perhiasan sebagai ‘savings‘ di waktu susah.
Cuma recently terbaca seorang influencer menulis tentang rumahtangga yang berantakan kerana suami tak izinkan si isteri beli emas. Diherdik dan dimarah, menurut isterinya yang bercerita.
Di satu sisi, emas itu sangat berharga sebagai simpanan. Tapi cara masyarakat kita memandang lekeh mereka yang tak mahu menyimpan emas ni, mestilah diubah. Seolah-olah semua orang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang sama. Dan jikapun mereka ini berduit, ada orang suka memiliki dan menyimpan wang tunai berbanding emas. Ini tetap bergantung pada minat masing-masing.
Dan seorang isteri, usahlah membentak-bentak suami membeli emas untuk simpanan. Sejujurnya, suami kita kadang tak bercerita segala bebanan masalah yang beliau tanggung kepada kita. Lelaki lebih banyak memendam rasa. Jadi perempuan, janganlah sampai meminta-minta atas tiket ’emas itu simpanan’. Tambahan lagi bila suami sahaja yang mencari nafkah, dan semua belanja bergantung kepada dia. Bila suami terbeban dan tertekan,akan timbul permasalahan emosi pula.
Emas tak jadi simpanan bila dah mula ganggu perbelanjaan bulanan. Dan emas bukan simpanan bila kita ikat perut semata-mata nak mendapatkannya. Emas bukan simpanan, bila suami runsing dan risau andai tak dibeli mengamuk pulak isterinya nanti sebab trend menjadi-jadi. Emas bukan simpanan, bila bermasam muka dan jadi bergaduh suami isteri. Itu bebanan namanya.
Simpanan itu, adalah sebahagian dari ‘lebihan wang’ bulanan, atau sebahagian dari gaji yang diletak khas sebagai kegunaan masa depan. Jadi, bila gaji suami atau gaji kita ini cukup-cukup makan, lupakanlah emas sebagai simpanan.
Pasti akan ada golongan yang menjual emas, yang akan membangkang penyataan ini. Bagi mereka, yang penting emas terjual. Ini memang hakikat. Sebenarnya, kita yang menjual hanya boleh beri kesedaran tapi wajarkah kita meracun masyarakat, jika tak ada emas maka tak ada nilai?
Ada yang lebih bongkak dan sombong, bila org kata tak minat emas, ditemplak sebagai tak berduit. Malu la tu sebab tak boleh beli emas, kata tak minat – makcik bawang.
Bukan semua minat emas. Jadi biarlah mereka urus kewangan mereka. Dan para isteri, kalau benar suami tak redha, emas yang mahal pun akan hilang harga, di sisi Tuhan tak ada nilainya. Muhasabah diri.
Published by
Anis Nor