Hubungan

Anggap Suami Sebagai Pinjaman, Lebih Mudah Untuk Melepaskan – Amy Mastura

Share

Suami sebagai pinjaman, anggapan ini buat anda lebih bersedia jika berlaku sesuatu yang tak diingini dalm rumah tangga.

Anggap Suami Sebagai Pinjaman

Menurut pandangan pelakon dan penyanyi, Amy Mastura, jika seorang isteri menganggap suami hanyalah pinjaman sementara, situasinya akan jadi lebih mudah. Boleh reda.

Baginya mudah, segala yang hidup di dunia ini adalah milik tuhan. Jadi kita boleh terima sesuatu ujian yang paling ditakuti iaitu kehilangan pasangan.

“Ya, bukan mudah untuk kita rasa macam itu. Tapi realitinya begitu. Tiada apa yang dalam dunia ini kita punya.

“Kita kena rasa suami ini bukan kita punya sebab nanti mereka akan tinggalkan kita. Sama ada orang ketiga ataupun tuhan sendiri yang akan ambil.

“Kalau kita rasa suami itu kita punya, kita susah untuk melepaskan,” kata Amy Mastura.

Jangan Sorok Kalau Nak Berpoligami

Haaa… cuma jangan sesekali sorok jika berniat mahu berpoligami. Boleh berbincang dengan elok dan buat keputusan terbaik untuk kedua belah pihak.

“Para-para suami, saya rasa adalah lebih baik jangan buat sorok-sorok. Sebab bila suami buat secara sembunyi itu yang jadi kemarahan,” luahnya lagi.

Jadi buat golongan suami yang rasa mahu buka ‘cawangan’ baru boleh berbincang elok-elok sebelum kepercayaan seorang isteri hilang. Fikir sebaiknya demi anak-anak tersayang. Jika sebulat suara, anda akan mampu bina sebuah keluarga bahagia walau pun dalam suasana ‘berkongsi’ kasih.

Published by
Nadia