Senaman ringkas mengangkat kaki ke atas boleh dilakukan setiap hari di waktu luang anda. Melalui proses yang mudah, anda hanya perlu mengangkat kaki ke atas dan sandarkan ke tempok dengan posisi tubuh terbaring.
Walaupun kelihatan ringkas, tapi mengangkat kaki dapat memberikan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh anda. Salah satu manfaat yang utawa ialah melancarkan peredaran darah di seluruh bahagian tubuh.
1. Melancarkan sistem pencernaan
Dengan mengangkat kaki, peraliran darah dalam organ akan meningkat sekali gus melancarkan sistem pencernaan.
2. Kaki terasa lebih ringan
Kaki yang terasa berat dan bengkak adalah disebabkan aliran darah di bahagian kaki kurang baik. Anda boleh lakukan terapi 20 minit ini untuk darah akan kembali lancar dan kaki terasa lebih ringan.
3. Menghilangkan Stress
Kunci untuk menghilangkan stress adalah dengan memiliki fikiran yang tenang dan aliran darah yang lancar. Peredaran yang lancar membuatkan oksigen tersalur dengan baik ke seluruh tubuh badan termasuk jantung dan otak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih tenang dan tidak mudah stress.
4. Meningkat kualiti tidur
Terapi ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai insomia, Jika peredaran darah berjalan lancar, maka tidur pun akan jauh lebih nyenyak.
Angkat kaki 20 minit setiap hari untuk kurangkan rasa stress dalam hidup
Selamat mencuba!
Sumber : era.je
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Urusan Jodoh Dipermudahkan, Sila Jauhi Perkara-Perkara Ini!
Oh, patutlah sebelum ini urusan jodoh seakan lambat. Rupa-rupanya ada perkara-perkara yang kita lakukan menghalang kita daripada bertemu jodoh. Memang benar, ajal, maut, rezeki dan jodoh itu rahsia Allah. Sebagai manusia biasa, kita perlu redha dengan segala ketentuannya.
Dalam soal pemilihan jodoh pula, ada individu yang mudah untuk dapat jodoh dan ada juga yang sulit jodohnya. Selain daripada ketentuan Allah, sebenarnya masih ada dosa yang menghalang kita untuk bertemu jodoh oleh-NYa.
Kami kongsikan 5 perkara yang perlu anda jauhi agar urusan jodoh anda dipermudahkan.
1. Meninggalkan Solat
Setiap individu beragama Islam wajib untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Solat merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan walau sedikit pun. Dengan meninggalkan solat, ia menjadi penyebab mengapa Allah tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh.
Selain meninggalkan solat, anda yang sering menunda solat hingga ke akhir waktu juga perlu mengubah sikap ini. Tidak hairanlah jika Allah mengutamakan tidak mengutamakan doa-doa anda termasuklah soal jodoh.
2. Melakukan Zina
Zina merupakan salah satu perbuatan keji yang dibenci ALlah. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuatkan hubungan manusia dengan Tuhannya rosak sehingga urusan jodoh pun terhalang kerana dosa tersebut.
Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Mohon ampun di atas segala kesilapan anda. Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan pasti taubat seseorang dengan penuh keikhlasan akan diterima-Nya.
3. Melakukan Perbuatan Syirik
Seperti yang anda tahu, perbuatan syirik adalah berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya. Contohnya, apabila jodoh anda lewat tiba, anda meminta pertolongan bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Hal ini bertentangan dengan hukum Allah. Hanya Allah tempat anda bergantung.
4. Memutuskan Silaturahim
Hubungan silaturahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Mengekalkan hubungan silaturahim sesama manusia akan memudahkan kita mendapat rezeki berupa jodoh. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk memutuskan silaturahim sesama manusia.
5. Dosa Terhadap Orang Tua
Ibu bapa penyebab anda wujud di dunia ini. Melakukan dosa terhadap ibu bapa boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan menutup segala pintu rezeki. Keredhaan ibu bapa itu penting. Tanpa redha mereka, Allah juga tidak akan membantu hamba-Nya. Maka, lambatlah urusan jodoh anda.
Sumber: BaitulMuslim.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesan Coach Ina Fitlife, Jika Nak Kurus Elak 10 Kesilapan Besar Diet Ini
Tahun baharu ramai yang memasang impian dan salah satunya yang jadi kemestian semua orang ialah ingin kurus. Tapi macam mana nak kurus? Mesti tak boleh makan nasi dan kena minum air sahaja? Kalau berat sudah mencecah 80kg, mampukah anda mendapatkan berat ideal sekurang-kurangnya 50kg?
Mungkin ini yang bermain di fikiran anda. Segalanya terletak pada diri individu itu sendiri sejauh mana kecekalan dirinya mahu berubah dan bukan hanya untuk nampak cantik. Yang penting tubuh badan sentiasa sihat.
Nak kurus tapi tak berjaya? Cuba semak 10 kesilapan besar ketika diet sebagaimana yang dikongsikan oleh Coach Ina Fitlife ni. Mungkin ada kesilapan-kesilapan yang pernah anda lakukan ketika mengamalkan diet.
Sebelum nak melangsungkan hari bahagia, cuba selidik tip berguna ini agar misi anda untuk menurunkan berat di tahun 2018 tercapai.
1. SKIP HIDANGAN
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting tau ! Pilih sarapan yang sihat, tinggi protein dan serat ! Elakkan sarapan yang tinggi kalori, gula dan lemak.
2. MAKAN 3x SEHARI JE?
3 hidangan sehari TAK cukup untuk mengawal nafsu makan membantu meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Rancang meal plan mengikut keperluan kalori seharian. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
3. MAKAN TAK CUKUP?
Jangan jangan jangan tak makan. Nak turun berat kena makan. Berlapar akan membuatkan metabolisma berkurang dan menjejaskan penurunan berat badan korang tu.
4. NAK KURUS ORANG CAKAP ELAK NASI.
Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Memang lah menggemukkan kalau sehari 4 5 pinggan nasi , TETAPI oats, buah, roti pun menggemukkan kalau diambil berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
5. IKUT ORANG CAKAP & MISS GOOGLE
Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini. Asal nak kurus je tanya cik google tak pun ikut orang cakap. Nak diet kena tahu dan faham apa yang korang makan. Turun berat bukan magik !
6. TAK TAHU KEPERLUAN KALORI SEHARIAN
Kenal pasti keperluan kalori seharian ( DCR) . Bukan main berlapar je. Bila dah tahu DCR, baru lah senang nak rancang menu makan seharian. Ye tak ?
7. NAK DIET KENA MAKAN SALMON DAN PASTA JEEE.
Buat lah diet yang sesuai dengan kita yang duduk di Malaysia ni. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Nak makan kari ayam ? Makan je ! Ambil bahagian isi, kurangkan kuah. Ni diet makan sandwich , makan pasta kononnya ORANG CAKAP senang turun berat.
8. DIET SAYA KENA MINUM AIR DAN TAK BOLEH MAKAN NASI
Diet yang baik merangkumi kesemua pilihan harian yang sihat dan seimbang. Nasi tu tak salah . Yang salah kalau korang ambil berlebihan.
9. AKU NAK KURUS SEBAB NAK KAWENNN
Diet yang sihat bukanlah diet yang ada jangka masa. Ceee google sikit tanya ” WHAT IS DIET “. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa bukan short term. Nak sihat berpanjangan, bukan sebab nak nampak cantik di hari perkahwinan je.
10. GELOJOH
Naik berat punyalah makan macam macam , nak kurus kalau boleh 1 minggu tu nak turun 20 KG. Penurunan berat adalah proses , bukan LIPOSUCTION .
Haaa sekarang dah tahu mistake mistake yang korang selalu buat ?
Selamat mencuba dan good luck !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Pengantin Perlu Bijak Kawal Saiz Hidangan 5 Bulan Sebelum Majlis Nikah, Bukan Melantak Apa Yang Nak
Diabetes telah menjadi satu epidemik di seluruh dunia. Apabila anda menghidap diabetes, anda akan hidup dengannya seumur hidup. Walaubagaimanapun, anda boleh mengambil langkah untuk mengawal situasi tersebut. Pengawalan saiz hidangan adalah sesuatu yang mudah dan kaedah yang berkesan untuk membantu mengawal kadar kandungan gula dalam darah dan mengawal berat badan anda, lebih-lebih buat anda bakal pengantin yang perlu sentiasa sihat dan kekal anggun di hari bahagia.
Apakah pengawalan saiz hidangan?
Pengawalan diabetes selalunya melibatkan pengamalan diet yang sihat dan seimbang. Akan tetapi, anda mungkin tidak tahu mengenai berapa banyak kandungan makanan yang perlu anda ambil seperti yang disarankan. Oleh itu, cara pengawalan saiz hidangan diwujudkan dan jenisnya termasuklah alat pengukur makanan, saiz hidangan berpandukan sudu dan kadar mengikut saiz cawan.
Apakah cara pengawalan saiz hidangan yang berkesan?
Cara pengawalan saiz hidangan yang berkesan adalah cara untuk membantu anda merancang diet yang sihat yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda. Diet yang sihat adalah cara pemakanan yang melibatkan pelbagai jenis makanan:
- Sayuran yang segar. Sayuran berkanji seperti jagung, kekacang, peas manakala sayuran tidak berkanji adalah seperti brokoli dan sawi.
- Bijirin penuh seperti beras.
- Buah-buahan terutamanya buahan segar seperti oren dan grapefruit.
- Produk tenusu tanpa lemak seperti susu tanpa lemak dan yogurt.
- Protein tanpa lemak seperti daging tanpa lemak dan ikan.
- Ayam.
Tiada diet yang sempurna. Oleh itu, makan engan cara pengawalan saiz hidangan adalah cara yang terbaik kearah diet yang sihat untuk pesakit diabetes.
Bagaimana untuk menentukan saiz hidangan anda?
Anda boleh menentukan saiz hidangan anda melalui cara ini:
- Anda boleh menggunakan alat khas atau pinggan (pinggan besar) untuk menentukan saiz hidangan anda. Sekiranya anda menggunakan pinggan, lukiskan garisan untuk membahagikan pinggan kepada dua bahagian yang sama. Buat satu lagi garisan pembahagi yang sama kepada satu daripada dua bahagian yang telah digariskan sebelum ini.
- Isikan bahagian yang paling besar dengan sayuran tidak berkanji seperti brokoli. Bagi satu bahagian kecil yang lain, isikan dengan bijirin atau makanan berkanji seperti nasi, pasta atau jagung. Untuk bahagian kecil yang lain, isikan dengan sumber protein seperti ikan.
- Jangan lupa untuk mengambil sedikit kandungan lemak yang baik seperti kekacang, bijian atau avocado.
- Tambahkan jus segar atau jus buahan atau produk tenusu tanpa lemak.
- Pilih minuman tanpa gula seperti air putih dan teh.
- Anda juga boleh menggunakan penimbang untuk mengetahui saiz sebenar hidangan anda.
- Sesetengah sudu atau cawan mungkin menunjukkan saiz ukuran bagi hidangan anda.
Adalah amat penting bagi penghidap diabetes untuk makan secara sihat yang menyertakan pelbagai jenis makanan dengan saiz kandungan hidangan yang tepat. Anda boleh menggunakan alat khas yang tersedia di pasaran atau menggunakan alat ukuran anda yang tersendiri.
Oleh : Muhammad Wa’iz
Sumber : (https://hellodoktor.com/)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI