Keperibadiannya sebagai seorang isteri dan ibu benar-benar memberi inspirasi. Keistimewaan itu menjadikan Anzalna Nasir diangkat sebagai ‘muse’ ideal untuk koleksi Flora Nostalgia Raya, pusat beli belah terkemuka, Isetan.
Sebagai salah seorang ikon fesyen, kepelbagaian pilihan fesyen Anzalna Nasir jelas menunjukkan keyakinan dan elegan. Sama ada berada di permaidani merah mahupun ketika ibu jelita ini meluangkan masa bersama keluarga, Anzalna punya daya tarikan yang tersendiri.
“Isetan telah melakukan kerja yang luar biasa menghimpunkan beberapa jenama terbaik di Malaysia. Saya teruja untuk melihat reaksi pelanggan Isetan terhadap koleksi ini,” kata Anzalna.
Diinspirasikan corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional yang rencam, sentuhan moden pada reka bentuk fesyen klasik koleksi terbaru Isetan Kuala Lumpur membawa anda kembali ke masa lalu.
Berlangsung dari 17 Mac hingga 27 April 2023, koleksi ini menampilkan reka bentuk fesyen eksklusif daripada 25 jenama terkenal Malaysia seperti Tom Abang Saufi, Naelofar, Mimpikita, Rico Rinaldi, Kapten Batik, Variante dan lain-lain.
Daripada baju kurung yang mempesonakan sehinggalah seleksi pakaian gaya moden, setiap helaian mempamerkan kreativiti dan kepintaran jenama dalam menggabungkan tradisi dan kemodenan, menepati semangat raya dengan sempurna.
Raikan kebersamaan di hari raya dengan penuh bergaya dengan ‘Flora Nostalgia Raya.’ Keindahan raya masa lalu dan masa kini dihayati, sambil dibantu oleh Anzalna sebagai sumber inspirasi fesyen dan gaya.
Beli koleksi di Isetan Kuala Lumpur dengan promosi menarik tersedia untuk masa terhad dan pelanggan berpeluang menyertai peraduan untuk berbuka puasa bersama Anzalna. Pelanggan juga boleh memiliki mangkuk tingkat edisi khas percuma menggunakan kod promo koleksi ‘muse’.
Bagi pelanggan yang lebih gemar membeli-belah mengikut keselesaan mereka atau mempunyai akses terhad ke kedai fizikal Isetan Kuala Lumpur, koleksi Flora Nostalgia Raya juga boleh didapati di Isetan KL Online Store dan Lazada untuk rekaan baju tertentu.