
Perkahwinan merupakan salah satu di antara sunah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga sebenarnya termasuk dalam tuntutan syara’ untuk kita penuhinya.
Oleh itu sebarang bentuk penolakan tentang perkahwinan seperti bernazar atau bersumpah untuk tidak berkahwin sama sekali tidak akan diterima oleh Allah Taala. Bahkan ia menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan.
Sebagaimana Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat, maka Allah juga perintahkan untuk berkahwin. Maka dianjurkan bagi semua umat Islam untuk berkahwin sekiranya berkemampuan dan dilarang untuk terus hidup membujang. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang menolak perkahwinan dan menolak kebaikan yang telah Allah anugerahkan.
Al-Quran sebenarnya telah menjelaskan kepada kita: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” al-Maidah: 87
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cincin Sarung Tangan Kiri Atau Kanan? Rupanya Nak Sarung Cincin Pun Ada Maksud Tersirat

Pernah tak anda terfikir kenapa ketika hari pertunangan, cincin di sarung pada jari tangan kiri manakala pada hari pernikahan, cincin disarung pada jari tangan kanan? Tapi yang pastinya, cincin yang disarungkan itu terletak pada jari manis, lebih sopan dan nampak cantik.
Dalam satu rencana ada ditulis, masyarakat Roman dan Mesir Kuno sangat mempercayai bahawa jari manis memiliki saraf atau pembuluh darah yang menghubungkannya terus ke bahagian jantung. Mereka berharap, apabila seseorang menyarungkan cincin pada jari manis ia menandakan hati mereka sudah dimiliki.
Sehinggalah kini, kebiasaan itu tetap diamalkan tanpa kita tahu di mana asal usulnya. Tetapi, apakah penjelasan disebalik pemakaian cincin di jari manis kiri dan kanan?
Cincin di tangan kanan
- Orang Romawi kuno adalah yang pertama memakai cincin kahwin di sebelah kanan. Menurutnya tangan kiri bermaksud tidak bahagia dan ‘tidak dapat ditentukan’.
- Manakala di India mereka sudah biasa menggunakan cincin di tangan kanan kerana tangan kiri dianggap ‘tidak murni’. Tapi sekarang diizinkan mengenakan cincin kahwin di mana-mana tangan sekalipun.
- Lain pula dengan masyarakat di Jerman dan Belanda. Di dua negara ini, pasangan mengenakan cincin pertunangan emas di tangan kiri manakala cincin kahwin di jari manis tangan kanan. Ini menandakan perubahan status sosial.
Cincin kahwin di tangan kiri
- Dalam sebuah artikel, di beberapa negara terjadi perubahan tangan di mana cincin kahwin di sarungkan dari tangan kanan ke tangan kiri. Ini membawa erti sebagai tanda rasa hormat dari seorang isteri kepada suaminya.
- Di beberapa negara seperti Turki, Lebanon, Suriah, dan Brasil, cincin kahwin pada awalnya disarungkan di tangan kanan. Namun sekarang di sebelah kiri.
- Manakala berbeza pula dengan di Sri Lanka. Pengantin lelaki akan mengenakan cincin kahwin di tangan kanannya dan pengantin wanita di tangan kirinya.
Jadi, di mana sepatutnya cincin kahwin disarungkan?
Cincin kahwin adalah simbol kasih sayang anda pada pasangan. Baik di tangan kiri mahupun kanan, cintailah pasangan anda seikhlasnya kerana Allah Taala.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Duit Mengalir Macam Air, Amalkan Doa-Doa Ini Supaya Sentiasa Murah Rezeki

Luasnya nikmat dan rezeki yang diberikan Allah SWT terhadap hambaNya, termasuk yang bukan Islam. Namun ada kalanya kita berdepan dengan masalah kewangan sehingga perbelanjaan tertentu terpaksa dipotong dan rasa seperti tidak ‘cukup’.
Sebagai umat Islam, terdapat beberapa amalan dan doa murah rezeki yang boleh diamalkan malah amat disukai Allah SWT. Berikut adalah antara amalan dan doa supaya rezeki kita dilancarkan dan melimpah ruah. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak menjadi persoalan sama ada rezeki itu sedikit atau pun banyak.
1) Sentiasa beristighfar
Perbuatan berbentuk rintihan hamba kepada Allah SWT kerana kesal dan mengakui dosanya. Allah SWT amat suka dan kasihan kepada mereka yang sering bertaubat. Allah SWT akan memberi rezeki kepada mereka yang sentiasa beristighfar seperti yang dijanjikanNya di dalam sebuah hadith :
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’I, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.).
2) Solat 5 waktu
Jika mahu rezeki sentiasa masuk dan mendapat keberkatanNya, pastikan anda tidak tinggal solat 5 waktu, malah lebih elok jika mampu menunaikan secara berjemaah.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud :
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu nexcaya Aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah R.A).
3) Sentiasa bersedekah
Tahukah anda, mereka yang gemar bersedekah hartanya tidak berkurangan bahkan semakin bertambah. Sentiasa ikhlaskan hati ketika bersedekah tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurnianNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261).
4) Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa
Janganlah kita menjadi golongan anak derhaka yang mengabaikan ibu bapa dan hanya mengingati mereka ketika berdepan dengan kesempitan hidup. Berbaktilah kepada mereka selama mereka masih hidup dan sentiasa mendoakan kebaikan buat ibu bapa.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah reseki (Allah) daripadanya.” (Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).
5) Memudahkan urusan orang lain
Sentiasa ada kebaikan untuk kita apabila kita berbuat baik terhadap orang lain. Malah Allah SWT akan permudahkan pula urusan kita. Justeru itu, sentiasalah memudahkan urusan orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang di dalam kesusahan.
Selain amalan, umat Islam digalakkan sentiasa berzikir dan mengamal serta menghafal doa murah rezeki. Antaranya adalah :
Asma’ul Husna boleh dijadikan sebagai doa murah rezeki seharian kerana ia menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati serta mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu. Selain membantu melapangkan rezeki, ia juga membantu ‘memaniskan’ iman.
Surah Al-Ikhlas juga boleh diamalkan sebagai doa murah rezeki. Sebagaimana Hadis Riwayat At-Tabrani yang bermaksud:
Surah Al-Waqi’ah juga punya ‘khasiatnya’ tersendiri dalam usaha untuk melapangkan rezeki.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Ditanya Mana-Mana Suami Yang Pernah Menzalimi Isteri, Nescaya Mereka Tidak Mengetahui Langsung Berkenaan Ayat 34 Surah Al-Nisa’

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan yang bertujuan mengajarnya).
Perkataan dharaba memiliki beberapa erti lain dan ia tidak semestinya bererti “pukul”. Ia juga boleh bererti “pergi jauh”.
Ini terbukti dalam sirah Rasulullah di mana baginda tidak pernah memukul isteri-isteri baginda. Pernah sekali baginda murka dengan tindakan sebahagian isteri, lalu baginda pergi meninggalkan mereka selama lebih kurang sebulan.
Apa fikiran kita tentang Islam dan sama ada ia zalim atau tidak hendaklah diukur berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Jangan mengukurnya berdasarkan tamadun manusia atau salah laku orang-orang tertentu. Cara yang betul bagi menafsirkan sesuatu ayat al-Qur’an ialah mencari apakah penjelasan Rasulullah.
Ini kerana, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat 44 surah al-Nahl, salah satu peranan Rasulullah ialah menjelaskan ayat-ayat al-Qur’an.
Firman Allah:
Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan. [al-Nahl 16:44]
Di antara penjelasan atau penerangan Rasulullah berkenaan dharaba ialah khutbah baginda pada Hari Tasyik sempena Haji Wada’, di mana baginda bersabda:
Maka jika kalian bimbang sikap nusyuz mereka (isteri-isteri), maka menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. [Musnad Ahmad, no: 20695, sahih]
Dalam hadis di atas, Rasulullah menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh suami ke atas isteri yang dibimbangi nusyuz.
Ia sama seperti ayat 34 surah al-Nisa’, hanya bagi menambah agar pukulan tersebut bukanlah pukulan yang menyakitkan. Ada pun dakwaan bahawa perkataan dharaba bererti “pergi jauh”, ia merujuk kepada ayat berikut:
Dan apabila kamu berpergian (dharaba) di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu menqasar solat(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu. [al-Nisa’ 4:101]
Perkataan dharaba dalam ayat di atas tetap bermaksud pukul. Ia digunakan dalam ayat di atas bagi mengisyaratkan perjalanan yang jauh (musafir), di mana seseorang itu perlu melakukannya dengan kekuatan dan keteguhan sehingga seolah-olah “kakinya memukul muka bumi”. Seandainya berjalan santai atau bersiar-siar dalam jarak yang dekat, ia tidak memerlukan kekuatan dan keteguhan. Syaikh Mutawalli Sya’rawi menjelaskan: “Kalimat memukul di bumi maksudnya adalah seorang mukmin melakukan perjalanan di muka bumi dengan keteguhan dan kekuatan.” [Tafsir Sya’rawi, jld. 3, ms.318]
Merujuk kepada kisah Rasulullah meninggalkan sebahagian isterinya selama sebulan, ia adalah kisah benar (Shahih Muslim, no: 2703) sehingga menyebabkan turunnya ayat 28-29 surah al-Ahzab. Akan tetapi Rasulullah tidak “pergi jauh” meninggalkan isteri-isteri baginda. Apa yang baginda lakukan ialah memulaukan mereka (baginda tetap di Madinah) dan ini selari dengan langkah kedua terhadap isteri yang nusyuz. Perhatikan bahawa memulaukan isteri di tempat tidur secara minimum ialah tidur dengan berpaling ke arah yang lain.
Namun ia boleh diluaskan kepada tidur di bilik yang lain atau tidak pulang ke rumah isteri, selari dengan kadar maslahat yang ingin dicapai di sebalik pemulauan tersebut. Benar bahawa Rasulullah tidak memukul isteri-isterinya. Ini kerana mereka kembali taat selepas dipulaukan sehingga tidak memerlukan kepada tahap memukul.
Merujuk kepada kebimbangan suami yang menzalimi isteri, percayalah bahawa suami tersebut melakukannya bukan berdasarkan ayat 34 surah al-Nisa’. Bahkan jika ditanya kepada mana-mana suami yang pernah menzalimi isteri mereka, nescaya mereka tidak mengetahui langsung berkenaan ayat 34 surah al-Nisa’, apatah lagi tafsirannya yang sebenar.
Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Mari beramai-ramai ambil peluang kita semarakan Hari Kemerdekaan kita dengan meluangkan masa selama satu jam membaca AL-QURAN serentak secara bersendirian, berdua atau berkumpulan.
Ikuti kami di
World #QuranHour
11.00 pagi – 1 petang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dan
Merdeka #QuranHour
5.00 petang – 10.45 malam di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI