Salah satu sunat yang selalu sangat diingati ialah melakukan hubungan intim bersama pasangan suami isteri pada malam Jumaat. Sunnah Rasulullah SAW bermaksud, segala yang datang daripada Nabi Muhamad SAW, sama ada dari segi perbuatan, perkataan atau pengakuannya. Semua yang datang daripada Nabi Muhamad SAW adalah sunnah.
Sumber hukum bagi umat Islam ada empat.
Yang pertama:
.
.
KELEBIHAN MALAM JUMAAT
Menurut sebuah kajian Princeton pada tahun 2010, siapa yang aktif melakukan hubungan intim, pertumbuhan sel di bahagian hippokampus (kawasan otak pada sistem limbik yang melibatkan perlakuan dan emosi individu) akan lebih banyak diproses, dan kemudian menyebabkan individu tersebut kurang rasa tertekan.
Tidak hairanlah apabila individu disentuh dan dibelai penuh kasih sayang, serba sedikit ia dapat membantu seseorang rasa relaks, dan berehat dari memikirkan dunia luar.
Apabila anda sedang melakukan hubungan intim, secara automatik badan anda menegeluarkan oxytocin dimana satu bahan kimia yang dapat memberikan anda kehangatan, rangsangan dan juga kelegaan melepaskan nafsu klimaks.
Dalam pada masa yang sama, ketika anda dan pasangan ingin meluahkan rasa cinta, rindu dan kasih sayang yang terpendam melalui seks dengan cara sentuhan, ciuman, pelukan, bahasa mata dan lenggokkan tubuh badan.
Tekanan darah akan tinggi dan kadar penafasan akan laju seperti berlari pecut 100 meter! Malah, ketika anda dan pasangan mencapai tahap klimaks, akan berlaku ketegangan otot di seluruh badan dan sesetengah posisi. Ianya memerlukan ketahanan fizikal yan kuat di bahagian kaki dan juga tangan, sehingga menyebabkan refleks terhadap otot badan.