Masalah kewangan merupakan perkara serius yang harus difikirkan bagi mereka yang baharu berkahwin. Rata-rata bila dah kahwin, hal kewangan keluarga 100% menjadi urusan suami. Namun tak semua lelaki tahu cara yang terbaik untuk menguruskan kewangan keluarga. Jika suami tersilap langkah, boleh buat hubungan jadi porak-peranda, selain terpaksa berhutang dan bergolok bergadai.
Pak Teh menerusi Majalah Labur berkongsi pandangannya bahawa tak salah jika suami melantik isteri sebagai Gabenor Bank Keluarga kerana wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki dalam urusan kewangan keluarga. Ini alasannya kenapa.
Jika sejak berkahwin baki duit gaji kita hanya mampu bertahan 2 -3 minggu sahaja maka sudah tiba masanya melantik isteri kita sebagai Gabenor Bank Keluarga. Kita sebagai suami jadi Ketua Keluarga sahaja. Bukannya nak longgokkan amanah dan tanggungjawab kepada isteri tetapi ini demi kebaikan bersama.
Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal kawin, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama TV saja bila kahwin terus ada rumah fully furnished, kereta BMW.
Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Kena terima hakikat bahawa seorang wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki. Maka si isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami. Jika isteri yang pegang duit bukan bermaksud queen control!
Ini masa depan rumah tangga anda, pedulikan kata orang.
Jika suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri kan?
Menyediakan bajet kewangan tidak begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan memantau ke mana duit gaji pergi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan :
Kalau suami bijak merancang kewangan, ajar dan bimbing isteri supaya sama-sama bijak. Begitu juga sebaliknya. Jangan asyik nak marah pasangan kalau dia tak pandai merancang kewangan. Hidup suami isteri harus saling melengkapi.
Merancang kewangan bersama barulah sweet.
Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.
Share & Tag Isteri Kesayangan (atau Bakal Isteri) Anda