Apakah Hukum Suami Membelanjakan Wang Mas Kahwin? Ini Jawapan!

Share

Daripada sudut bahasa, mahar bermaksud: “Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab akad nikah. Menurut istilah syarak pula mazhab Syafie telah mendefinisikan mahar dengan maksud: “Mahar adalah suatu yang diwajibkan dengan sebab pernikahan, atau persetubuhan, atau pemerkosaan.”

Soalan

Suami saya telah membelanjakan wang mas kahwin semasa kami kahwin tanpa pengetahuan saya  kerana betul betul terdesak. Halalkah dia berbuat demikian?

 

Jawapan:

Wang mas kahwin yang diberi oleh suami kepada isteri adalah hak milik mutlak isterinya.

Firman ALLAH SWT:

“ Berilah kepada wanita-wanita itu maharnya sebagai pemberian yang wajib.” Surah al-Nisak: 4

Kesimpulannya

Haram bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri tanpa kerelaan dan kebenaran isteri, kerana mahar adalah hak milik isteri yang diisytiharkan ALLAH dalam al-Quran. Harus hukumnya bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri jika dengan kebenaran isteri.

Published by
Bella