Pertambahan rezeki seseorang itu bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga. Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk juga isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT.

Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. Ia juga sebagai satu motivasi agar para suami tidak mengambil ringan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ ‌يُبْسَطَ ‌لَهُ ‌فِي ‌رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan ditambah hidupnya, maka sambunglah hubungan kekeluargaan.”

Oleh kerana itu, Nabi SAW menyifatkan lelaki yang terbaik adalah orang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya.

Nabi SAW bersabda:

خيركم خيركم لأهله

Ads

Maksudnya: “Orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah orang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya.”

Melalui perkongsian Khai yang merupakan naib juara Akademi Fantasia Musim 1 dilaman Instagramnya, Khai & Rosma, penyanyi ini berkongsi tentang ‘keajaiban’ yang dialaminya selepas membelanjakan isterinya, Rosma, yang juga artis kelahiran daripada program realiti tersebut.

Berikut perkongsian Khai:

Asbab Belanja RM800, Khai AF Dapat Cek RM80K, Berkat Doa Isterinya Rosma

Ads

Power bila isteri doa dengan ikhlas sepenuh hati. Tp niat kita belanja family bukan atas sebab balasan. Belanja dgn ikhlas kerana Allah utk buat mereka Happy & itu rezeki mereka.

Isteri akan tahu sendiri doa utk kita juga. Tp anak2 perlu diingat, sblm tidur doa. Pesan selalu. Doa ringkas pun takpe janji utk 1 famili sihat, sentiasa diberkati, dilindungi serta berjaya dunia akhirat. Lps tu suruh anak2 baca doa makan pun OK. 

Doa perlu jelas. Ini cite betul, depan sy isteri sy doa asbab RM800 ko berikan suamiku RM80,000. Itu yg sy tahu lah sbb tu sy terkejut betul2 cek dapat berjumlah RM80,000 MasyaAllah…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma)

Ads

Perkongsian Khai mendapat respon ramai warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:

“Fuhhh alhamdulillah berkat sungguh bahagia kam isteri.. tapi ade org masih nk percaya xnak percaya lagi bende tu walaupon dah terang lagi nyata..”

“Masyaallah subhanallah sebak akak… ikhlas nya doa utk suami.”

“Maha Suci ALLAH.”

“Power of syukur.”

Untuk info, Khai dan Rosma telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008. Pada 17 Julai 2009, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Amzar Danish. Anak kedua mereka dilahirkan pada 4 Januari 2014 dan diberi nama Nur Amani Damia. Anak ketiga mereka dilahirkan pada 11 April 2019 dan diberi nama Nur Alya Dhania.

Sumber: Instagram Khai & Rosma

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI