Ada ramai lelaki yang berniat nak tambah isteri dek kerana alasannya mampu tanpa pernah memikirkan apa kesan yang berlaku pada anak-anak dan emosi isteri.
Katanya, “lebih baik kahwin diam-diam, pandailah nanti kita cover.” Begitulah ayat mudah yang difikirkan orang lelaki yang nak buka ‘cawangan’ baru.
Kalau Berniat Nak Tambah Isteri
Menerusi perkongsian daripada saudara Muhammad Hassan, jemput buka hati dan buat keputusan terbaik sebelum ‘terlanjur’ dalam dunia poligami.
Ayat inilah yang selalu saya dengar dari rakan rakan lelaki apabila berjenaka, bahkan realitinya berlaku.
Isteri sebenarnya bukan menolak poligami. Sebab poligami Allah dan Rasul telah halalkan, jadi mana mungkin isteri solehah menolak poligami. Jadi kaum wanita kena jaga bab ini, jaga kata kata, jangan sampai menolak ketetapan Allah.
Cemburu itu sifatnya manusia. Kita suami pasti cemburu jika orang lain pandang isteri semacam. Hatta isteri isteri Nabi s.a.w juga ada sifat cemburu.
Takut Suami Tak Adil
Yang ramai tidak bersetuju itu bukan tentang hukum tetapi apabila awak dapat isteri baru, awak jadi penipu, awak abaikan nafaqah, perasaan dan emosi anak-anak.
Setiap bulan outstation kata awak cari rezeki, tapi duit selalu tak cukup, sehinggakan ada isteri terpaksa membanting tulang pula untuk mencari rezeki menyara keluarga.
Ads
Pernah berlaku apabila si suami meninggal dunia berderet anak ditinggalkan. Isteri pertama tercengang rupanya ada isteri lain datang menuntuk hak.
Bukan 2, tetapi 4. Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini kononnya mahu amal satu sunnah,penghujung jadi punah.
Tunaikan Tanggungjawab Yang Wajib
Jangan samakan poligami kita dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jauh jarak langit dengan bumi. Poligami Rasulullah adalah dari perintah Allah. Bahkan perkahwinan dengan Aisyah R.A adalah satu perintah Allah. Dan setiap isteri-isteri Nabi S.a.W adalah wanita yang sangat penting dalam menyebarkan dakwah Baginda.
Jika ditaarifkan,sebenarnya Poligami itu indah. Isteri pertama berpantang, isteri-isteri lain datang berkhidmat. Sorang buat jamu, sorang masak kat dapur, sorang ajar ilmu penyusuan dan kemaskan rumah. Suami pula mencari rezeki untuk keluarga besar.
Ads
Suami setiap hari berusaha bagaimana mahu tunaikan tanggungjawab setiap isteri dengan saksama. Tiada masa untuk melepak sehingga larut malam. Sentiasa jadi pendengar yang baik terhadap semua isteri.
Suasana ini pernah saya lihat seorang guru pondok suatu ketika dahulu. Bahkan Sehingga sekarang masih kekal keluarga mereka,bertambah besar pula pondok beliau.
Namun sayang, hari ini tidak ramai mampu berbuat demikian, nak jadi imam solat berjemaah bersama keluarga lagi tak mampu, itu belum berbicara hal solat berjemaah di masjid. Entah bila kali terakhir solat subuh di masjid. Tapi sembang bab poligami, hadith Quran bukan main hafal.
Cari Alasan Yang Tak Patut
Ada juga yang kadang-kadang itu berjenaka ‘mengugut’ isteri mahu kahwin lain disebabkan tidak pandai menguruskan rumahtangga.
“Rumah selalu bersepah,tak pandai masak, saya kahwin lagi sorang baru awak tau!”
Sering berlaku di kalangan rakan-rakan saya yang berpoligami,setiap hari fikir bagaimana mahu mencari helah untuk ke rumah isteri baru. Tapi Kebanyakkannya berakhir dengan kemusnahan,huru hara. Paling sedih kebajikan terhadap anak anak terabai,perniagaan merudum.
Ads
Ingat, poligami itu satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menyelamatkan orang lain, bukan satu sandiwara untuk melayan kehendak nafsu semata.
Jika mahu jadi suami sejati, jadilah suami yang taat الله dan rasul. Bercakaplah benar kepada isteri,pergilah mahkamah,disana kita akan lihat sejauh mana tahap kemampuan kita. Bukan pergi dihadapan kaabah!.
Ini isteri sorang pun sewa rumah asyik tertunggak, belanja sekolah anak anak isteri yang tanggung, hutang atas bawah depan belakang. Ada hati nak tambah isteri.
Di zaman ini cukuplah menjadi suami yang berusaha untuk bawa isteri dan anak-anak kepada agama yang sempurna. Pikul amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Cukup dengan kita bahagiakan keluarga yang ada sekarang.
Kita sibuk berbicara hal poligami,tapi bagaimana anak anak kita dirumah,bagaimana agama mereka,solat mereka,pergaulan mereka.
Pernah orang alim pesan kepada saya. Jangan kerana berpoligami kita diazab di akhirat. Jangan kerana berpoligami jauhkan kita dari rahmat Allah. Jangan kerana berpoligami terabai mendidik anak-anak. Jangan kerana berpoligami sunnah Nabi s.a.w diperlekeh, dihina, dipandang rendah.
Jemput renung-rengungkan seketika.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mudah nak ‘cantikkan’ suasana rumah tangga bagi harmoni dan bahagia. Nampak manis dalam ‘frame’ hubungan orang lain, tetapi belum tentu jadi milik kita. Ini tanggungjawab suami isteri kena tahu untuk bina mahligai syurga dalam rumah.
Buat yang baru sah jadi suami isteri, pastikan 3 suasana di rumah ini tak wujud kerana ini boleh membawa kepada perkara negatif.
Nampak macam tak ada apa tapi sebenarnya bahaya dan boleh juga menjadi antara punca keretakan rumah tangga. Ikuti penjelasan daripada Puan Hyze Hazuan ini untuk elakkan daripada berterusan.
Suasana Rumah Tangga Yang Tak ‘Manis’ Dibentuk
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah:
1. Suasana pawagam
TV, audio yang besar, karaoke, video games dan lain-lain. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV.
2. Suasana hotel
Rumah yang dihiasi barang mewah seperti hotel, setiap tahun tukar sofa baharu, tilam mewah dan bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.
3. Suasana restoran
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran mewah, setiap saat dalam kekenyangan. Fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja. Peti ais penuh dengan makanan, aiskrim dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak.
Kita perlu berubah kepada kefahaman agama agar suasana rumah berubah. Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW iaitu hidupkan suasana bacaan al-Quran dan hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran Allah dan suasana ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah.
Rumah penuh dengan nur al-Quran dan hadis, Allah akan turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah. Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah.
Hari-hari anak makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan tapi pencapaian exam tak cemerlang. Rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar hadis.
Wujudkan amalan bacaan hadis di rumah agar isteri dan anak mengenali kehidupan sahabat-sahabar Nabi SAW.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya keluarga Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami, Ustaz Dr Azahar Yaakub selamat menerima menantu pada 2 Februari lepas. Tahun 2022, ahli akademik dan personaliti dakwah ini telah mempunyai dua orang menantu dalam keluarga bahagianya.
Anak lelaki Ustazah Norhafizah iaitu Asyraf Murtadha selamat bergelar suami kepada Aisyah Zafirah selepas melalui alam pertunangan kira-kira lima bulan lamanya. Manakala kakak kepada Asyraf, Nur Nadratun Naeemah selamat melangsungkan perkahwinan pada awal September 2020 yang lalu.
Majlis perkahwinan Asyraf dan Aisyah menarik perhatian Pesona Pengantin memandangkan majlis yang dilangsungkan oleh disambut dalam suasana sederhana namun meriah walau pandemik Covid-19 masih belum menemui noktahnya. Mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, majlis meraikan raja sehari dihadiri tetamu dalam jumlah yang terhad. Malah, perkongsian majlis pernikahan pasangan mempelai di platform media sosial Ustazah Norhafizah menerima ucapan tahniah dari pelbagai lapisan masyarakat.
Ramai memuji penampilan menantu Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa , Aisyah Zafirah. Memiliki raut wajah jelita dan redup, penampilan Aisyah yang sopan tatkala dalam persalinan akad nikah melambangkan ciri muslimah yang menjadikan majlis akad nikah sebagai satu momen indah yang mencipta memori istimewa. Malah, penampilan sama cantik sama padan pengantin lelaki juga turut menyerlah di majlis akad nikah pasangan ini.
Pasangan ini selamat dinikahkan pada 2 Februari lalu. Manakala majlis kenduri kesyukuran menyambut menantu telah berlangsung pada 5 Februari lalu bertempat di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid UTM Kuala Lumpur. Sebagai seorang ibu, Ustazah Norhafizah terbuka berkongsi hari bahagia anakanda tersayang bersama warga maya.
Kongsi Ustazah,
“Anak teruna umi, Asyraf Murtadha telah sah menjadi suami kepada puteri impian umi, Aisyah Zafirah. Titipan doa dari umi dan abi bahkan seluruh keluarga besar kedua-dua belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumah tangga dengan penuh Sakinah Mawaddah Wa Rahmah.
Sejujurnya kami tidak berbelanja besar. Allah mudahkan dan semuanya berjalan lancar dengan belanja yang sederhana.Semoga tuan puan sahabat semua sudi mendoakan pasangan pengantin dengan doa kebaikan dunia akhirat untuk mereka.”
Moga perkahwinan Asyraf dan Aisyah diberkati dunia akhirat dan berbahagia hingga ke syurga.
Kredit foto: Instagram Ustazah Norhafizah Musa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Ada juga yang ‘memanggil’ kuih ini dengan ‘panggilan’ kuih bahulu kemboja.
Sering dihidangkan di majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya, kuih bakar enak dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang.
Kuih bakar tradisional dibakar dengan dapur arang menggunakan acuan khas. Seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini, kuih bakar boleh dimasak dengan cepat dan mudah menggunakan air fryer.
Anda yang baru kahwin sesuai sangat masak untuk suami. Tak perlu guna oven dan rasanya pun tetap sedap macam masak guna dapur arang.
RESIPI KUIH BAKAR MENGGUNAKAN AIR FRYER
Bahan-bahan:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan tadi sehingga sebati. Masukkan dalam loyang .
2.Bancuhan ini boleh dapat dua biji kuih bakar. Bahagi bancuhan kepada dua bahagian dan bakar secara berasingan.
3.Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 170 celcius selama lebih kurang 45 minit.
4. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong. Enak dinikmati ketika masih panas.