Siapa yang baharu je melangsungkan perkahwinan tahun ni, cara bertoleransi untuk balik kampung siapa lebih demokrasi. Maklumlah, tahun pertama. tentunya masing-masing nak jaga hati pasangan. Yang selalu jadi isu, bila pasangan yang dah lama kahwin tapi masih tak faham sistem penggiliran.
Tahun ni lebih parah kerana sudah dua tahun berturut-turut kita tidak dapat berhari raya di kampung kerana sekatan jalanraya akibat PKP. Macam manalah agaknya perbincangan tu boleh jadi diakhiri dengan kata persetujuan dari kedua-dua pihak?
Buat yang bermasalah baca perkongsian tip oleh Mek ila ini . Moga tahun ini anda dan pasangan dapat pulang beraya ke rumah ibu dan ayah dengan gembira.
Jangan gaduh, gunakan psikologi Dah bertahun-tahun pasangan kita membuat keputusan sendiri. Baginya beraya di kampung dia sahaja yang penting. Jadi bukan mudah nak mengubah keadaan ini. Silap cara, boleh bergaduh dibuatnya. Jadi, cubalah pembaca semua tanyakan soalan-soalan berbentuk psikologi ini kepadanya.Janganlah tiru bulat-bulat, tapi ubahlah ikut kesesuaian dan kisah masing-masing.
Awak, awak sayang tak kat ayah dan mak ayah awak. Mestilah, saya sayang. Kan mereka mak ayah saya. Bertuahnya mak ayah awak kan. Ada anak macam awak. Mestilah. Eh kenapa awak tanya. Awak tak sayang ke mak ayah awak? Takdelah sayang sangat pun. Sebab tu saya tak kisah pun kalau tak dapat balik beraya dengan mereka. Whatt?? Biar betul awak ni.
Kalau perbualan berakhir begini dan mood pasangan boleh ok, bolehlah cucuk jarum pula.
Siapa yang tak sayang mak ayah kan? Kalau awak sayang mak ayah awak sebab dah lahir dan besarkan awak. Saya juga begitu.Kalau awak beria dan berkeras nak balik ke kampung sebab sayangkan mak ayah awak, saya pun begitu.
Ads
Kalau mak ayah awak sedih sebab kita tak balik beraya tahun ni cuba bayangkan perasaan mak dan ayah saya sebab dah bertahun kita tak balik beraya 1 syawal dengan mereka. Bezanya saya terpaksa mengalah sebab saya sayangkan keluarga saya dan tak nak kita berpisah kalau kita beraya berasingan nanti.
Perbualan seterusnya pandai-pandailah anda nak teruskan ok. Just keep cool dan ingat jangan bertengkar. Hentikan perbincangan jika pasangan jadi marah. Next time bila ada masa bolehlah sambung lagi.
Beraya di mana-mana pun sama Sebelum anda nak bergaduh tentang pulang beraya, sematkan tips ini di dalam hati masing-masing. Sebenarnya beraya di mana-mana pun sama asalkan dapat bersama keluarga kecil kita. Keluarga kecil ini tentulah pasangan dan anak-anak kita. Kenapa Mek ila kata begitu?
Bayangkan tahun ini pasangan kita dihantar bertugas di luar negara seperti yang selalu terjadi kepada perajurit negara. Apa perasaan korang? Beraya tanpa pasangan di sisi. Nak makan ketupat pun pasti tak lalu kan? Atau anak-anak kita ada yang masuk hospital sebab sakit. Tentu kita juga tak lalu nak beraya ataupun nak pulang ke kampung.
Jadi bersyukurlah atas nikmat dapat beraya bersama-sama walaupun masih tak tahu lagi destinasi perayaan kita.
Ads
Kaitkan Dengan Anak-Anak
Kalau anda yang dah ada anak, bolehlah kaitkan pula dengan anak-anak.
Bila anak-anak dah besar nanti dan dah berkahwin, mesti kita rasa sunyi kan. Lebih-lebih lagi kalau waktu raya. Mana tahu menantu kita tu asyik nak balik rumah mak dia je macam awak? Kesian kita nanti. Tiap tiap tahun beraya berdua je. Kalau saya pergi dulu, agaknya awak kena beraya sorang-sorang kan?
Haha, tengok tu. Kan dah kena tembak lagi.
Tu antara contoh-contoh yang Mek ila berikan pada kawan tadi. Alhamdulillah jangan tak caya, tahun lepas kawan Mek ila tu dapat mengajak pasangannya balik ke kampung beraya bersama keluarganya. Malah pasangannya juga makin mengerti erti kasih sayang sebenar selepas melalui perkara ini.
Ads
Kewajipan kepada ibu bapa dan ibu bapa mertua adalah sama
Namun begitu, bergilir juga bukanlah satu kewajipan. Jika ada perkara-perkara yang tidak mengizinkan seperti ibu bapa kita atau pasangan lebih memerlukan kehadiran kita, maka utamakanlah mana yang lebih utama.
Tidak rugi mengalah dan beralah kerana suatu masa nanti perkara yang sama juga akan berlaku pada kita. Kita juga akan tua dan berada di tempat ibu bapa/ ibu bapa mertua kita. Malah anak-anak juga pastinya mengikuti dan mengamalkan nilai-nilai mulia yang telah kita ajar dan sematkan di jiwa mereka sejak mereka kecil lagi.
Kalau kita sendiri tidak mentaati dan menghormati ibu bapa, mungkinkah anak-anak kita nanti akan menghormati kita?
Salam Sayang & Moga KedatanganHari Raya Tahun ini akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara kita. Amin !
Sumber: http://www.raikankasih.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji di sisi Allah. Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah khusus kepada suami isteri yang bangun bertahajud bersama-sama.
1. Mereka berdua dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang
Setiap pasangan suami isteri pasti ingin keluarganya sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu ketenangan.
Keluarga yang sakinah adalah apabila sang suami yang ketika di luar rumah penat kerana pekerjaan atau lelah berdakwah, menjadi tenang saat masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan isterinya.
Mawaddah itu ertinya cinta yang berpaksikan pada sosok fizikal.
Atas sebab merasakan isterinya cantik dan suaminya tampan, hasrat cinta pun menyatukan keduanya.
Dari mawaddah inilah suami isteri saling memenuhi tuntutan biologinya dan mengubah syahwat menjadi berpahala.
Mawaddah umumnya dominan pada usia pernikahan muda.
Apabila semakin bertambah usia perkahwinan, biasanya mawaddah memudar.
Tetapi apa yang membuatkan suami isteri tetap harmoni dan bahagia meskipun tidur saling membelakangi?
Itulah rahmah.
Cinta dan kasih sayang bukan karena pertimbangan fizikal sama sekali. Tetapi kerana akhlak, karakter, dan kerana cinta itu sendiri.
Untuk suami isteri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajud, Allah memberikan rahmat-Nya.
Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga.
“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu solat dan dia pun membangunkan isterinya lalu sang isteri juga solat. Bila isteri tidak mau bangun, dia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu dia solat dan dia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya.” (HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)
2. Dicatat sebagai orang-orang yang selalu mengingat Allah
Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingat-Nya.
Sebab Allah menjanjikan, siapa yang mengingat-Nya maka Allah akan mengingat orang tersebut.
Saat ada masalah, ditolong oleh Allah. Saat memerlukan sesuatu, dibantu oleh Allah. Saat dizalimi, dibela oleh Allah.
Suami isteri yang saling membangunkan untuk solat tahajud meskipun hanya dua rakaat, mereka berdua mendapatkan keistimewaan ini.
“Jika seorang laki-laki membangunkan istrinya di waktu malam lalu keduanya shalat, atau shalat dua rakaat bersama, maka keduanya ditulis dalam kelompok orang-orang yang selalu mengingat Allah” (HR. Abu Daud, An Nasa’i dan Thabrani)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
ramai yang tidak suka mengamalkan rutin diet ini kerana selalu beranggapan bahawa makanan diet semuanya tidak sedap. Jangan tersalah anggap kerana makanan diet ini anda boleh pelbagaikan sampai menjadi seperti makanan bertaraf restoran mahal.
Jom kita cuba diet ikut contoh menu yang dikongsikan oleh wanita ini yang sudah berjaya turun sampai 6kg sebulan! Memang power!
MENU MAKANAN DIET SEDAP TAK TERKIRA!
Siapa cakap makanan sedap tak boleh untuk diet? i hilang 5-6kg in 1 month sebab cheatday sabtu dengan ahad. Kalau you all tak cheat langsung confirm 10kg boleh hilang tau. Guna garam and black pepper sahaja. No additional seasoning.
Hari nikah dan walimah boleh dikatakan adalah antara hari paling membahagiakan, paling penting dan paling bermakna buat seorang wanita.
Waktu itulah kebanyakan wanita akan bercampur baur emosi antara excited, gembira, tak sabar, dan adakalanya sampai stress kerana meletakkan high expectations untuk dream wedding mereka.
Waktu itulah ujian tiba, tatkala mahukan majlis pernikahan persis artis mahupun selebriti, hingga kadang ada orang Islam yang terikut budaya barat dari segi pemakaian serta cara meraikan hari nikah dan walimah.
Zaman beredar, terlalu banyak perubahan. Hal yang zaman dahulu tak pernah terbayang, kini semakin acap kali pula diada-adakan.
Pre-wedding photoshoot yang tidak patuh syariah – berpegang tangan, berdukungan, lentok sana sini walhal belum halal, bridemaids yang berpakaian menjolok mata, majlis berinai siap berpakaian dan ada tari menari ibarat budaya Hindu, majlis nikah dalam taman bulat-bulat ditiru seperti dalam Filem Inggeris, pengantin wanita memakai veil menutupi wajah seperti pengantin Kristian. Semua ini semakin dinormalisasikan dalam masyarakat.
Yang buat semua perkara ini, adakah kita telah merujuk orang ‘alim tentang semua hal ini sebelum kita implement dalam majlis bahagia kita?
Majlis bahagia belum tentu bahagia sekiranya di awalnya telah mengundang fitnah dan murka Ilahi apabila bercampur yang tidak patuh syariah.
Nasihat saya, dalam keterujaan mahu merencana majlis bahagia, pastikan rujuk dahulu orang yang ‘alim berkaitan segala hukum tindakan kita. Kerana kita orang Islam, apapun perlu utamakan syariat. Majlis grand bagaimana sekalipun tak bererti sekiranya ia tidak dirahmati Allah, didoakan orang alim dan didoakan para malaikat.
Tiada guna majlis nampak gah sekiranya solat, aurat, ikhtilat sepanjang majlis tidak dijaga.
Ikatan nikah suami isteri amat dimuliakan dalam Islam. Namun, caranya perlu seiring, agar keberkatan dan rahmat Allah memayungi proses itu.
Jangan kerana teruja, tanpa sedar kita menjunjung budaya bukan Islam, cara masuk ke majlis nikah seolah pengantin Kristian berjalan di dalam gereja, pakaian, tudung ambil inspirasi dari Barat, ada yang berpakaian terlalu mendedahkan hingga orang yang melihat keliru dengan agama sebenar si pengantin, kemudian ada majlis tari menari bercampur gaul lelaki wanita bukan mahram. Wallahi, tepuk dada tanyalah iman, beginikah cara kita menjemput keberkatan di hari mitsaqon ghaliza antara kita dan suami dipaterikan?
Amat menyedihkan apabila hal sebegini dilakukan oleh orang yang popular, berderulah masyarakat menirunya tanpa berfikir dan bermuhasabah.
Ibubapa, bersuaralah. Memang benar apabila anak perempuan bernikah, mereka perlu taat pada suami mereka. Tetapi selamanya kita bertanggungjawab ke atas mereka, yang salah perlu ditegur, anak-anak sentiasa perlukan nasihat dan doa ibubapa mereka.
Berbaliklah kepada al-Quran dan sunnah. Implementing islamic way as what Rasulullah SAW teach us. Jangan terlalu taksub dengan selebriti hingga hal batil pun kita terikut juga.
Pesanlah kepada anak-anak, adik beradik, kawan-kawan.
Janganlah majlis nikah dan walimah kita menjadi fitnah kepada agama yang mulia. Berdakwahlah, biar orang lihat kecantikan dan kemuliaan Islam, melalui majlis nikah dan walimah kita.