Tiap-Tiap Tahun Balik Kampung Siapa Dulu Mesti Jadi Isu. Ini Tip Elak ‘SENTAP’!

Share

Siapa yang baharu je melangsungkan perkahwinan tahun ni, cara bertoleransi untuk balik kampung siapa lebih demokrasi. Maklumlah, tahun pertama. tentunya masing-masing nak jaga hati pasangan. Yang selalu jadi isu, bila pasangan yang dah lama kahwin tapi masih tak faham sistem penggiliran.

 

Tahun ni lebih parah kerana sudah dua tahun berturut-turut kita tidak dapat berhari raya di kampung kerana sekatan jalanraya akibat PKP. Macam manalah agaknya perbincangan tu boleh jadi diakhiri dengan kata persetujuan dari kedua-dua pihak?

 

Buat yang bermasalah baca  perkongsian tip oleh Mek ila ini . Moga tahun ini anda dan pasangan dapat pulang beraya ke rumah ibu dan ayah dengan gembira.

 

Jangan gaduh, gunakan psikologi
Dah bertahun-tahun pasangan kita membuat keputusan sendiri. Baginya beraya di kampung dia sahaja yang penting. Jadi bukan mudah nak mengubah keadaan ini. Silap cara, boleh bergaduh dibuatnya. Jadi, cubalah pembaca semua tanyakan soalan-soalan berbentuk psikologi ini kepadanya.Janganlah tiru bulat-bulat, tapi ubahlah ikut kesesuaian dan kisah masing-masing.

 

Awak, awak sayang tak kat ayah dan mak ayah awak. Mestilah, saya sayang. Kan mereka mak ayah saya.
Bertuahnya mak ayah awak kan. Ada anak macam awak. Mestilah. Eh kenapa awak tanya. Awak tak sayang ke mak ayah awak? Takdelah sayang sangat pun. Sebab tu saya tak kisah pun kalau tak dapat balik beraya dengan mereka. Whatt?? Biar betul awak ni.

 

Kalau perbualan berakhir begini dan mood pasangan boleh ok, bolehlah  cucuk jarum pula.

 

Siapa yang tak sayang mak ayah kan? Kalau awak sayang mak ayah awak sebab dah lahir dan besarkan awak. Saya juga begitu.Kalau awak beria dan berkeras nak balik ke kampung sebab sayangkan mak ayah awak, saya pun begitu.

 

Kalau mak ayah awak sedih sebab kita tak balik beraya tahun ni cuba bayangkan perasaan mak dan ayah saya sebab dah bertahun kita tak balik beraya 1 syawal dengan mereka. Bezanya saya terpaksa mengalah sebab saya sayangkan keluarga saya dan tak nak kita berpisah kalau kita beraya berasingan nanti.

 

Perbualan seterusnya pandai-pandailah anda nak teruskan ok. Just keep cool dan ingat jangan bertengkar. Hentikan perbincangan jika pasangan jadi marah. Next time bila ada masa bolehlah sambung lagi.

 

Beraya di mana-mana pun sama
Sebelum anda nak bergaduh tentang pulang beraya, sematkan tips ini di dalam hati masing-masing. Sebenarnya beraya di mana-mana pun sama asalkan dapat  bersama keluarga kecil kita. Keluarga kecil ini tentulah pasangan dan anak-anak kita. Kenapa Mek ila kata begitu?

 

Bayangkan tahun ini pasangan kita dihantar bertugas di luar negara seperti yang selalu terjadi kepada perajurit negara. Apa perasaan korang? Beraya tanpa pasangan di sisi. Nak makan ketupat pun pasti tak lalu kan? Atau anak-anak kita ada yang masuk hospital sebab sakit. Tentu kita juga tak lalu nak beraya ataupun nak pulang ke kampung.

 

Jadi bersyukurlah atas nikmat dapat beraya bersama-sama walaupun masih tak tahu lagi destinasi perayaan kita.


Kaitkan Dengan Anak-Anak

Kalau anda yang dah ada anak, bolehlah kaitkan pula dengan anak-anak.

 

Bila anak-anak dah besar nanti dan dah berkahwin, mesti kita rasa sunyi kan. Lebih-lebih lagi kalau waktu raya. Mana tahu menantu kita tu asyik nak balik rumah mak dia je macam awak? Kesian kita nanti. Tiap tiap tahun beraya berdua je. Kalau saya pergi dulu, agaknya awak kena beraya sorang-sorang kan?

 

Haha, tengok tu. Kan dah kena tembak lagi.

 

Tu antara contoh-contoh yang Mek ila berikan pada kawan tadi. Alhamdulillah jangan tak caya, tahun lepas kawan Mek ila tu dapat mengajak pasangannya balik ke kampung beraya bersama keluarganya. Malah pasangannya juga makin mengerti erti kasih sayang sebenar selepas melalui perkara ini.

 

Kewajipan kepada ibu bapa dan ibu bapa mertua adalah sama

Di dalam Islam, kewajipan mentaati ibu bapa kandung dan ibu bapa mertua adalah sama dan tiada bezanya. Maka jangan sesekali kita membezakan mereka. Seandainya keadaan mengizinkan,bergilir pulang ke kampung adalah perkara yang baik bagi menjaga keharmonian rumah tangga. 

 

Namun begitu, bergilir juga bukanlah satu kewajipan. Jika ada perkara-perkara yang tidak mengizinkan seperti ibu bapa kita atau pasangan lebih memerlukan kehadiran kita, maka utamakanlah mana yang lebih utama.

 

Tidak rugi mengalah dan beralah kerana suatu masa nanti perkara yang sama juga akan berlaku pada kita. Kita juga akan tua dan berada di tempat ibu bapa/ ibu bapa mertua kita. Malah anak-anak juga pastinya mengikuti dan mengamalkan nilai-nilai mulia yang telah kita ajar dan sematkan di jiwa mereka sejak mereka kecil lagi.

 

Kalau kita sendiri tidak mentaati dan menghormati ibu bapa, mungkinkah anak-anak kita nanti akan menghormati kita?

 

Salam Sayang & Moga KedatanganHari Raya Tahun ini akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara kita. Amin !

 

Sumber: http://www.raikankasih.com

Published by
Bella