Hubungan

Atikah Suhaime Kongsi Persiapan Menjelang Hari Bahagia

Share

Tatkala pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime tiba di studio untuk sesi fotografi sebagai penghias kulit depan kali ini, nyata terserlah seri pengantin buat gadis jelita ini.

Serasakan kuntuman cinta sedang mengembang di dada bak kata orang tua-tua, darah manis meniti hari bahagia. Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 27, telah bertunang pada bulan 17 Mac lalu dan bakal mengakhiri zaman gadisnya dengan cinta hati iaitu penyanyi Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael.

Keserasian yang terjalin membuatkan mereka merancang untuk melangkah ke fasa baharu dan ingin melangsungkan bernikah pada bulan Mac tahun depan. Atikah mengharapkan jodohnya berpanjangan dan majlis yang dirancang berlangsung sempurna menyaksikan persandingan saat bahagia yang dinantikan.

Percaya pada jodoh

Usia Atikah yang sudah menginjak 27 tahun merasakan dirinya sudah matang dan bersedia punyai kehidupan berumah tangga.

“Sebenarnya sudah lama mengenali Awi. Walaupun kami sama-sama dari Singapura tapi kami tidak rapat. Namun sejak kebelakangan ini, kami semakin rapat dan merasakan keserasian dan membuatkan keputusan untuk bertunang. Tidak berdating pun. Sebulan tempoh kami kenal rapat terus bertunang,” jelas Atikah.

Mengapa Awi? Atikah lega apabila menemui sumber motivasi dalam diri tunangnya.  Memang seronok berpasangan dengan orang yang lebih matang. Sebenarnya umur tidak ada kaitan. Akui Atikah pernah berjumpa dengan orang yang berusia 40 tahun tetapi perangainya tidak matang. Sebenarnya pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu akan mematangkan dirinya. Bagi Atikah, Awi sangat memahami dirinya. Lelaki yang ditemuinya sebelum ini banyak yang menyesakkan keadaan. Awi mempunyai peribadi yang straight forward dan tidak menyimpan rahsia.

Tidak mahu mengungkit kisah silam masing-masing dan kedua mereka menerima kelebihan dan kekurangan seadanya. “Apa yang saya suka tentang Awi ialah dia sering melihat tentang masa depan. Apa yang boleh dilakukan untuk kehidupan yang lebih sukses. Dia bukan hanya melihat dirinya sebagai penyanyi dan penerbit muzik malah berfikir jauh ke hadapan tentang peluang bisnes yang boleh dilakukan untuk stabilkan masa depan. Terus terang saya katakan dia seorang smart guy.

Apa yang membuatkan kami jadi rapat , budaya kami sama dibesarkan di Singapura, pemikiran juga sama. Dia juga tidak menyusahkan,”akuinya.

Penyanyi berkenaan banyak memberi kekuatan dan semangat serta meyakini kebolehan Atikah. “Dia kembalikan keyakinan dalam diri saya dan bangkitkan semangat agar saya terus mengembangkan aktiviti seni yang saya minati. Infact he wants me to grow better. Selepas kahwin, dia mahu saya menjadi pelakon dan penyanyi yang membanggakan. Itu yang saya mahukan, iaitu seseorang yang sering menggalakkan diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baiki dalam hidup. Bukan seseorang yang mematikan semangat diri disebabkan oleh perkahwinan,” cerita Atikah.

Persamaan karakter

Memahami diantara satu sama lain membuatkan saya dan Awi semakin rapat dan mesra. Muzik kesukaan kami berdua. Kami merasakan saling melengkapi antara satu sama lain, tidak banyak pergaduhan antara kami berdua.

Dalam membuat keputusan Atikah banyak mengikut apa yang terbaik Awi usulkan.  Awi seorang firm person. Selalu apa yang dia rancang akan berlaku maka Atikah lebih mempercayainya.

Pernah merajuk? Oh tidak, tidak sempat untuk saya berfikir untuk merajuk. Jika ada pergaduhan kami akan selesaikan dengan segera. Tidak pernah membiarkan hingga berhari-hari. Kami berdua orang yang sangat simple, tidak suka perkara yang merumitkan keadaan.

Persediaan menuju ke gerbang perkahwinan

Seperti mana bakal pengantin yang bakal meniti hari bahagia, Atikah juga tidak terkecuali membuat persediaan diri dan kelengkapan perkahwinan agar majlis perkahwinan yang diidamkan berlangsung sempurna.

“ Alhamdulillah saya banyak dibantu oleh keluarga dalam menyiapkan persiapan. Setakat ini semua perkara berjalan dengan baik dan masih ada beberapa perkara minor yang masih perlu dibereskan di Singapura.”jelasnya.

Akui Atikah banyak persiapan dalam perkahwinannya, dia sendiri yang menentukannya. “Bagi saya majlis perkahwinan merupakan impian setiap gadis. Jadi saya ilhamkan majlis perkahwinan sebagaimana yang diinginkan. Contoh dari segi tema dan sebagainya. Tema perkahwinan ingin dicetuskan ialah sebagaimana dalam cerita Grease kerana saya amat menyukai muzikal, dan jika saya diberi peluang untuk berlakaon di dalam pementasan muzikal saya amat gembira.

Selain majlis nikah, mereka juga akan akan mengadakan majlis persandingan di Singapura. Adakah akan membuat kejutan pada tetamu di majlis perkahwinan itu nanti? I don’t know its our wedding, we are the king and queen. Biarlah orang lain yang menghiburkan kami. Acara tari-menari itu bakal diadakan di sebelah malam iaitu pada majlis resepsi. Manakala di siang hari, tetap menjalankan majlis mengikut adat istiadat Jawa , lengkap menyarungkan pakaian mengikut persandingan Jawa memandangkan keduanya mempunyai darah kelahiran dari Indonesia. Busana Jawa diilhamkan khas oleh Dato’ Nadia Marni begitu juga untuk Awi,” jelasnya.

Dres untuk malam resepsi itu kelak adalah sentuhan istimewa dari butik dari Singapura yang dibuat khas untuk bakal pengantin ini. Bertanya tentang persalinan nikah, akui Atikah ada merancang untuk menempahnya dengan Dato’ Shah Rezza. Namun masih dalam peringkat perbincangan. Impian saya ingin menyarungkan baju songket, yang betul-betul potongannya Melayu Purba, berciri klasik bak zaman P. Ramlee. Semua tema ini Atikah sendiri memikirkannya dan acara nikah yang dirasakan majlis yang sangat istimewa, maka busana dengan potongan klasik jadi pilihan.

Ketika ditanya apakah banyak membuat rujukan untuk tema yang diingini.“Ye saya ada google dan melihat instagram namun tidak mahu sama dengan orang lain. Contohnya jarang sekali songket dipakai ketika acara nikah. Jadi saya mahu memakainya dengan tema warna putih.

Di waktu malam pula bertema Majestic, seumpama warna unicorn untuk pelamin dan sebagainya. Semuanya bakal direalisasikan oleh perancang perkahwinan dari Singapura. Tak sabar rasanya nak melihat kreativiti yang dihasilkan dan pastinya menakjubkan.

Pelamin bertema moden menjadi pilihan Atikah di hari persandingan kelak. Bayangkan rupanya seperti Majestic look, saya tidak mahu ia seperti fairy tale kerana saya bukan fairy tale person. Lebih kepada gaya diraja. Bila malam lebih menggunakan banyak kesan lampu pada ruang pelamin yang dihasilkan. Semuanya mengikut kehendak saya dan diharapkan ia menonjol dengan baik pada hari itu nanti,”ceritanya.

Menyentuh soal tatarias diri, sudah tentunya diri mahu dilihat berbeza dan menampilkan seri pengantin. Atikah memilih untuk mekap simple look , tidak terlalu tebal. Sebenarnya Atikah selesa dengan juru mekap Rozlan Nassir yang juga merias dirinya untuk majlis pertunangan. Dia bakal merias Atikah untuk setiap acara sepanjang majlis perkahwinan itu nanti.

Akui Atikah mekap adalah perkara yang paling mustahak. Dirinya juga pernah melihat situasi di mana budak kecil apabila melihatseorang pengantin , dia menangis lari. Itu bermakna mekapnya terlalu tebal. Menjadi pengantin tidak semestinya mengenakan mekap yang tebal, sebaliknya lebih nampak sweet dan anggun. Mata kena nampak bright. Kenapa perlu bermekap tebal, dengan kening dilukis tebal. Muka berubah menjadi garang.

Menyentuh soal wang hantaran,sambil menguntum senyum ‘mengatakan biarlah ia rahsia antara kami keluarga sahaja yang mengetahuinya. Manakala dulang hantaran adalah lima berbalas tujuh.

Dalam mencari barang hantaran Atikah lebih suka mencari sendiri barang yang disukai oleh Awi. “Pada saya apa yang saya beli pada Awi adalah satu surprise dan sudah pastinya saya perlu tahu apa yang sukainya. Bagi saya apa gunanya memberi pertukaran dulang jika sudah tahu apa di atas dulang tersebut,” jelasnya.

 

 

Published by
Bella