Sampai sudah jodoh pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime yang sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh di Kuala Lumpur pada 21 Januari depan.
Pelakon yang dilihat berambut panjang sewaktu majlisnya, makin berseri dan cantik dengan tubuh slim selepas tular dengan video makanan sihat yang diamalkan dalam rutin hariannya.
Atikah Suhaime Sudah Bertunang
Menurut Atikah, 33, momen paling dinanti-nantikannya ialah majlis akad nikah yang bakal menyaksikan dia akan bergelar isteri secara sah kepada Lokman.
Ads
“Alhamdulillah saya sudah bertunang Disember tahun lalu, cuma baru kongsi hari ini.
“Perasaan saya bercampur-baur ketika ini. Ditambah pula saya orang Singapura dan berkahwin dengan orang Malaysia, rasa itu sukar untuk diterjemahkan.
“Saya pula seorang yang rapat dengan keluarga di Singapura, jadi memang rasa sebak sebab selepas ini prioriti adalah suami. Insya-Allah saya akan cuba membiasakan diri,” katanya.
Pernikahan Akan Berlangsung Di Singapura
Mengulas lokasi pernikahan yang diadakan di Kuala Lumpur dan bukannya di Singapura, dia menjelaskan perkara tersebut adalah atas persetujuan bersama kedua-dua belah keluarga.
Ads
“Majlis perkahwinan memang sudah dirancang di Kuala Lumpur dan menghimpunkan kedua-dua belah keluarga.
“Kami memilih Kuala Lumpur juga kerana keadaan kesihatan nenek Lokman yang kurang sihat.
“Insya-Allah esok saya akan adakan kenduri marhaban pengantin di kediaman di Singapura,” ujarnya.
Ads
Berlakon Ikut Keizinan Suami
Dalam pada itu, dia yang popular menerusi drama Dendam Cinta Arissa itu memberitahu, setiap tawaran lakonan perlu mendapat keizinan suami selepas berkahwin kelak.
“Isu kerja juga antara perkara perlu disesuaikan dengan status sebagai isteri nanti.
“Sebelum ini suka hati nak terima mana-mana tawaran dan hanya berbincang dengan pengurus tetapi selepas ini perlu minta pandangan suami serta minta izin.
“Bakal suami memang tidak halang saya berlakon tetapi setiap watak dan jadual perlu ikut kesesuaian,” jelasnya.
Terdahulu, hubungan Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd. Suhaime dengan Lokman bukan lagi rahsia dan dakwaan mereka bakal mendirikan rumah tangga tercetus selepas dia memuat naik foto hadir ke kursus kahwin sekitar November lalu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau suami suka isteri bersolek tetapi tak nak mekap cair mudah, anda patut tahu apa rahsia untuk kawal masalah ini.
Nak-nak musim panas, nak berjalan pun tak selesa bila mekap dah cair dan nampak comot, melainkan ada penghawa dingin.
Jangan biarkan kes suami cium pipi isteri tapi lekat foundation pula! Benda boleh dielak, bukan?
Tip Tak Nak Mekap Cair, Ada Suami Suka Isteri Bersolek
Haaa… cuba anda pastikan beberapa langkah ini dibuat sebelum mekap. Inshaa Allah membantu.
Guna primer
Primer antara produk yang terbaik untuk mengunci pori-pori wajah dari mengeluarkan minyak yang berlebihan. Malah terbukti primer menjanjikan mekap yang lebih tahan lama. Jadi sapu rata primer pada bahagian wajah kamu yang mudah berminyak ketika cuaca panas.
Jangan tambah loose powder
Ada yang menggunakan loose powder untuk menyerap atau ‘mengeringkan’ solekan dari peluh. Kesannya, mekap kamu bertambah comot kerana loose powder tidak berdaya untuk mengawal semua kesan minyak dan peluh yang ada. Sebaiknya guna blotting paper!
Tak payah pakai pelembab berlapis
Sapu wajah dengan kuantiti pelembab seadanya, tak perlu tebal sehingga kulit jadi melekit. Bayangkan kulit kamu sudah tebal dengan pelembab, ditabah solekan dan akhirnya bergabung dengan peluh. Apa akan jadi?
Buat yang gemar memakai maskara, bukan musim hujan sahaja. Musim panas begini pun gunakan maskara yang kalis air. Khususnya buat mereka yang mengalami masalah kelopak mata mudah berminyak.
Lupakan solekan tebal
Bila cuaca panas yang amat tak perlu lah pakai mekap yang tebal. Cukup anda berhias sekadar naik seri, pakai nipis biar nampak natural sahaja dah memadai.
Jadi, kalau betul anda tak nak mekap cair mudah, pastikan anda amalkan beberapa tip di atas ya. Barulah nampak kemas dan tak cepat comot.
Bila si isteri kreatif, kabinet TV lama nampak molek pula hasilnya selepas digodek dengan menggunakan beberapa bahan.
Selamat bajet suami, tak perlu beli yang baru dan kenapa nak membazir kalau barang masih boleh diguna.
Isteri Buat Kabinet TV Lama Diberi Nafas Baru, Molek Pula Hasilnya
Bagi anda yang mempunyai kabinet TV yang sudah lama dan buruk, apa kata cuba teknik pengubahsuaian yang dikongsikan oleh Puan Irni Yalena.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Rattan Webbing
Gunting
Stapler
Penyembur Cat
Bagaimana cara teknik untuk melakukannya, ada boleh sahaja melihat pada perkongsian gambar di bawah:
Nampak menarik kabinet TV lama ini, bukan? Lagi pun warna putih memang akan naikkan seri rumah bagi nampak luas dan lapang. Cuba anda pula yang cuba godek barang perabot lama, mesti jadi molek macam ini!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang mengakui kehadiran parut jerawat menimbulkan rasa malu apatah lagi jika ia dapat dilihat dengan jelas. Parut jerawat berlaku disebabkan jerawat yang teruk. Sesetengah parut disebabkan jerawat ringan boleh pudar dengan sendirinya.
Bagaimanapun tanda dan parut jerawat gelap selepas kemunculan jerawat sederhana atau teruk biasanya memerlukan masa untuk dirawat. Parut jerawat memanglah dianggap sesuatu yang tidak berbahaya, tetapi tetap dikategorikan sebagai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian perubatan.
Kebanyakan individu yang mempunyai bekas jerawat menganggap kewujudannya sebagai sesuatu yang hodoh dan menyebabkan rasa rendah diri untuk menjalani kehidupan harian. Apabila jerawat sudah sembuh ia akan meninggalkan kesan kemerah-merahan atau kesan parut hitam.
Pemilihan produk perawatan yang tepat mampu menghilangkan parut jerawat pada kulit wajah. Berikut beberapa pilihan produk bagi menghilangkan parut jerawat. Mungkin ada salah satu yang sesuai untuk korang terutama bakal-bakal pengantin. Tentu korang nak nampak cantik di mata suami tanpa sebarang solekan bukan.
AXIS-Y
THE ORDINARY
SOMEBYMI
GARNIER
EUCERIN
RETINOL
Tempoh keberkesanan sesutau produk tidak sama bagi setiap orang. Kunci utamanya ialah sabar. Pastikan korang konsisten memakai produk-produk tersebut bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.