Berseri sungguh air wajah atlet penerjun Malaysia, Dhabitah Sabri dalam majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini, memukau siapa sahaja yang memadangnya.
Maklumlah, jarang nak tengok wajah Nur Dhabitah Sabri ini memakai mekap. Dengan sentuhan magis makeup artist byfatinani, terserlah keayuan isteri kepada Mohammad Aizat Ahmad Nazri yang lebih dikenali sebagai Jiggy Masin.
Selepas 7 bulan jadi suami isteri, baru sekarang boleh buat majlis persandingan mereka. Ini disebabkan jadual ketat Dhabitah yang terikat dengan pelbagai latihan dan kejohanan dunia.
Tanggal 11 November lepas akhirnya pasangan mempelai ini diraikan dalam sebuah majlis persandingan penuh meriah dan indah di Royale Palace, Cyberjaya.
Berkongsi video kemeriahan majlis, ujar Dhabitah, “Alhamdulilah selesai sudah majlis persandingan kami. Thank you everyone for coming to celebrate our happy moments together.
Kepada yang datang kami nak minta maaf kalau ada kekurangan. Doakan kami sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur.”
Dhabitah kelihatan anggun menggayakan busana eksklusif bertemakan rona lilac ilham Altelia Amani. Sedondon dengan suami tersayang yang segak dalam persalinan sut.
Selain diraikan ahli keluarga dan sahabat handai, pasangan romantis ini turut menerima kehadiran Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Hannah Yeoh.
Jelas tergambar kebahagiaan pasangan ini yang nampak serasi, didoakan semoga terus menyulam cinta sehingga akhir hayat.
Kredit gambar: byfatinani