Pinggang ramping bak kerengga memang menjadi impian ramai wanita. Masalahnya realiti seorang wanita, suka makan tapi malas untuk bersenam. Bagaimanalah hasrat untuk memiliki pinggang ‘secekak’ mampu menjadi kenyataan.
Jalan singkat yang selalu kaum wanita ambil ialah dengan memakai bengkung. Dengan pemakaian bengkung, tubuh kelihatan ‘terbentuk’ jadi tak perlulah hendak bersenam dan menahan nafsu makan.
Lebih ketat, lebih bahaya “Tengok, makcik sekarang dah ada pinggang.” Semalam terlihat fyp promosi pemakaian bengkung. Tak cukup satu lapisan, ada satu lagi lapisan bengkung untuk lebih ketat.
Ramai yang sangka dengan pemakaian bengkung/korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)
Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30-60%! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.
Ads
Sistem penghadaman akan terhimpit menyebkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?
Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja (no problem setakat nak pakai kebaya). Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
Ads
Tiada jalan singkat untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan ramping. Hanya dengan menjaga pemakanan dan senaman, barulah bentuk badan impian menjadi kenyataan.
Bila membuat kentang putar, kita biasanya menggunakan kentang putih sebagai bahan utama. Kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis. Bukan sahaja rasanya lebih enak tetapi lebih sihat dan berkhasiat.
Bahan utamanya keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebis manis dan sedap. Rasa manis semula jadi datangnya daripada keledek.
Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Pengambilan keledek bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan.
Sajian ini sesuai dihidangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap? Asalkan kita pandai mengolah bahan-bahannya, pasti enak dinikmati bersama keluarga.
Sebelum hari bahagia, elok bakal pengantin buat wap muka untuk singkirkan kotoran yang melekat di wajah. Cara ini juga dapat elakkan pori muka tersumbat dan mengurangkan jerawat tumbuh.
Biasanya kalau orang buat di Spa tetapi kalau anda tiada masa nak keluar, anda boleh buat rawatan wap di rumah.
Lepas nasi siap ditanak, buka tutup periuk dan halakan muka kat haba nasi. Tutup muka dengan tuala jika perlu. Kalau tak nak guna wap nasi panas, boleh guna cara bawah ni.
Selain cara ini, anda boleh guna air panas juga. Ikut mana yan anda rasa perlu dan mudah.
Cara Yang Betul Wap Muka
1. Mulakan dengan cuci muka hingga bersih. Boleh guna pencuci jenis krim, buih atau gel.
2. Air suam di masukkan ke dalam mangkuk.
3. Tutup kepala dengan tuala tebal.
4. Dekatkan muka ke air suam tadi sampai terasa sedikit haba panas kena wajah.
5. Agak-agak 10-15 minit tu, buat langkah seterusnya (untuk kesan terbaik)
Langkah Seterusnya
Haaa.. selepas wap, pori muka masih terbuka. Jadi anda digalakkan buat scrub muka waktu ni. Inshaa Allah kulit muka anda akan bersih dan lembut.
Owh ya, wap muka juga cukup bagus kalau anda ada resdung. Jadi, boleh amalkan jika anda selalu bersih dan gatal di sekitar wajah.
– KULIT BERMINYAK kena guna scrub timun
– KULIT KERING guna scrub aloe vera
– KULIT BIASA guna madu atau peach
Untuk jenis berminyak, boleh buat wap muka setiap hari. Kulit jenis kering, cukup lah buat seminggu sekali ye. Semoga tips ni bermanfaat buat anda yang mahu kulit cantik.
Kadang-kadang bingung memikirkan apakah menu yang ingin disajikan pada suami tersayang. Buat anda yang baru berkahwin dan masih belum mahir memasak, boleh cuba resipi-resipi yang mudah.
Antara menu yamg mudah, cepat dimasak dan pastinya membuka selera ialah Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai.
1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan
Garam secukup rasa
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.
3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.