Berselisih faham dalam rumah tangga itu perkara biasa. Bagaimanapun jika setiap masa, anda dan pasangan bila bertentang mata asyik bergaduh sahaja, sudah pasti ada yang ‘menganggu.’

Sama ada anda perasan atau tidak, dalam rumah tangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal. Terjadi juga situasi sama ada isteri mahupun suami, kerap berprasangka buruk pada pasangan. Isu yang kecil pun boleh menjadi isu besar.

Pandang wajah pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama “Dasim.”

Awas Gangguan Dasim, Iblis Yang Tak Suka Tengok Suami Isteri Bahagia, Ini Cara Nak Elak Dikacau
Kredit foto: Pexels

Perlu Tahu Mengenai “Dasim”

1.Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri dan keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

2.Selalunya kes rumah tangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!

3.Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang itu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras. Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.

Ads
Awas Gangguan Dasim, Iblis Yang Tak Suka Tengok Suami Isteri Bahagia, Ini Cara Nak Elak Dikacau
Kredit foto: Pexels

4.Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.

5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.
Pergaduhan dan perselisihan didalam rumah tangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.

ENAM TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM:

1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIGHFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.

2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.

Ads

3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.

4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil dan selimut akan membuatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab itu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur dan kerapkan juga solat dan berzikir di dalam bilik-bilik yang tidak berpenghuni itu. Buka pintu.. biar bila azan/zikir/mengaji al-Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong itu.

Awas Gangguan Dasim, Iblis Yang Tak Suka Tengok Suami Isteri Bahagia, Ini Cara Nak Elak Dikacau
Kredit foto: Pexels

5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang didalam rumah. Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumah tangga.

Ads

6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun boleh. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!

Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina itu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek terlolong! Kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira!

Selamatkanlah rumah tangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis.

Moga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.

Kredit: Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group Kredit foto (top image): Pexels

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI