Menjadi perkara biasa dalam perhubungan cinta yang serius jika ada masalah-masalah kecil yang sukar untuk dielakkan. Perkara ini mungkin dapat mengukuhkan lagi jalinan cinta antara anda dan pasangan.
Namun, sekiranya ia terlalu kerap berlaku dan tidak menemui jalan penyelesaian, anda patut semak apa yang kurang dan cara untuk menyelesaikannya. Jom kita lihat 10 perkara bahaya yang boleh merosakkan hubungan cinta anda!
Jika pasangan atau anda sendiri yang mempunyai ego setinggi KLCC, itulah yang mencetuskan konflik dalam perhubungan. Ego yang terlalu tinggi boleh menyebab pasangan anda rasa terluka dan jika anda tidak pandai kawal situasi ini, hubungan tidak dapat kekal lama.
Sudahlah terpisah oleh jarak, jika semakin lama masalah anda berdua tidak diselesaikan dengan cepat, kalian akan semakin jauh dan menjauh. Tidak semua orang mampu untuk mengharungi percintaan jarak jauh.
Banyak pasangan kini mempunyai masalah akibat daripada akaun media sosial masing-masing. Daripada terlalu asyik melayan sosial media hingga mengabaikan pasangan sendiri ataupun berlaku curang di dalam sosial media, itulah punca banyak hubungan yang retak kini.
Pasangan yang baik perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Apabila anda mendengar, itu bermaksud anda memberikan sepenuh tumpuan, fokus dan rasa cinta pada pasangan. Biarkan tidak dapat membantu apa-apa, hanya dengan mendengar boleh menyebabkan pasangan anda berasa lega.
Semuanya tentang anda, keinginan anda, keperluan anda dan hati anda. Hal ini boleh menyebabkan pasangan anda berasa cepat penat, rimas dan malas melayan karenah anda. Siapa pula yang akan menjaga keperluan dan keinginan mereka?
Dalam perhubungan, seharusnya anda boleh berkongsi apa sahaja. Baik rasa tidak puas hati, rasa marah, curiga mahupun apa sahaja, jangan pendam rasa itu. Luahkan pada pasangan anda supaya anda boleh mendapat jawapan yang sewajarnya. Memendam rasa hanya akan menyebabkan ia tersimpan dalam dan bakal meletup apabila keadaan sudah tidak terkawal.
Perasaan insecure boleh mencetuskan pergaduhan. Jika anda banyak memuji orang lain dari pasangan sendiri, merendah-rendahkan si dia atau sering cakap lepas dengan pasangan anda, ia sangat tidak sihat dalam perhubungan kalian.
Pasangan yang baik sebenarnya berkongsi minat, rasa, budaya, persekitaran atau apa sahaja walaupun ia berbeza. Anda boleh tahu jika si dia klik atau tidak dengan personaliti anda apabila anda sering berasa senang dengan kehadiran mereka.
Kepercayaan merupakan kunci perhubungan. Jika pasangan anda sering meragui kepercayaan yang dibina, ia lambat-laun boleh mendatang rasa jelak dan benci. Apabila kepercayaan telah diberikan, anda jangan pula mengkhianati kepercayaan itu.
Berada di dalam perhubungan bermaksud anda sedia untuk memberikan komitmen. Jika anda masih berasa takut dengan komitmen, anda masih belum bersedia untuk memulakan hubungan yang serius. Jangan heret pasangan anda dengan masalah ini.