Awas, Ketahui Tanda Hubungan Cinta Tidak Sihat Yang Boleh Rosakkan Perhubungan!

Share

Hubungan cinta yang sentiasa diwarnai keceriaan adalah impian setiap pasangan bercinta. Berfikiran positif dan komunikasi yang baik adalah kunci kepada keutuhan sesebuah hubungan. Jangan jadikan masalah sebagai alasan kepada kemusnahan hubungan, sebaliknya jalinkan hubungan yang sihat untuk memastikan cinta terus bersemi.

Hubungan yang sihat membuatkan kehidupan jadi lebih nyaman dan menyenangkan untuk dijalani. Jauhi hubungan cinta yang tidak sihat dan boleh merosakkan hubungan sekali gus membawa kehidupan yang menyeksa jiwa.

Jom kita lihat tanda-tanda hubungan yang dimaksudkan itu. Jangan ambil mudah ya! Ketahui dan ambil langkah yang sepatutnya sebelum ia terlambat.

1. TIDAK BOLEH JADI DIRI SENDIRI

Anda terpaksa berpura-pura di hadapan pasangan .Gaya fesyen mengikut kehendak pasangan sedangkan anda tidak selesa, ikut makan apa yang pasangan suka sedangkan anda tidak menggemarinya , atau dalam hubungan intim anda lebih banyak berpura2. Ini tanda2 hubungan tidak sihat antara anda dan pasangan.

2. SERBA SALAH

Jika anda kerap terasa susah untuk meluahkan perasaan dan pandangan kepada pasangan kerana risau akan terjadi pertengkaran dan mengeruhkan keadaan itu bermakna hubungan anda dan si dia tidak sihat.Sepatutnya anda dan pasangan terbuka dalam memberi dan menerima pandangan kerana ini adalah tanda komunikasi baik antara anda dan pasangan .

3. SELALU MENGUNGKIT

membiarkan masalah yang tidak selesai lenyap dengan sendiri bukan lah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pasangan. Ini kerana masalah tersebut akan muncul juga setiap kali anda dan pasangan bertengkar.Segera selesaikan setiap masalah yang ada supaya tidak ada perkara yang boleh diungkit dan di perdebatkan setiap kali anda dan pasangan bertengkar.

4. CEMBURU YANG BERLEBIHAN

Cemburu tanda sayang tapi jika ianya berlebihan hingga kadang-kadang mencetus perbalahan dan krisis ianya menandakan hubungan anda tidak sihat.Seharusnya kepercayaan dan memberi ruang pada pasangan itu lebih baik dan membuatkan anda punya nilai yang tinggi pada pasangan . Lelaki dan wanita kebanyakan nya tidak suka pasangan terlalu obses pada diri mereka.

5. SI DIA CUBA MEMANIPULASIKAN ANDA

Meminta bantuan kecil bukanlah satu masalah besar antara pasangan. Walaubagaimanapun, jika anda merasa seperti berada dalam roda tanpa alasan yang munasabah, ini bermakna anda sedan dimanipulasi. Individu seperti ini suka jika impian mereka menjadi kenyataan dan apabila matlamat mereka sudah tercapai, mereka tidak pernah memberi balik. Anda perlu berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam perangkap mereka.

6. HUBUNGAN PARASIT

Individu seperti ini tidak berminat dengan perasaan dan keperluan anda. Mereka memang akan mengucapkan terima kasih kepada anda namun mereka masih menganggap bahawa tiada yang lebih berhak daripada diri mereka sendiri. Hidup dengan individu ini adalah satu cabaran kerana mereka bukan sahaja mempengaruhi mood dan situasi kewangan tetapi juga pertumbuhan profesional anda.

7.TIDAK MENGHARGAI PENGORBANAN ANDA

Jika anda melakukan sesuatu yang istimewa untuk pasangan anda namun si dia hanya memberikan reaksi yang biasa maka anda perlu memikirkan semula hubungan anda bersamanya. Ini kerana mereka tidak tahu untuk menghargai semua perkara yang anda lakukan untuk mereka.

Published by
Fadhli Ismail