Buat bakal pengantin, awas ye! Jangan disebabkan stres memikirkan banyak perkara yang belum siap antaranya tentang baju pengantin, pelamin, katering dan sebagainya memberi anda dilema untuk menyiapkannya.
Mungkin juga di waktu yang sama turut berlakunya pergaduhan kecil sehingga mendorong anda untuk makan, makan dan… makan apa jua yang ada di depan mata. Kecenderungan nafsu makan secraa berlebihan yang didorong oleh stres dan emosi negatif ini disebut sebagai emotional eating.
Apa itu emotional eating?
Makan berlebihan di bawah pengaruh stres merupakan salah satu gejala yang disebut dengan depresi oleh profesional kesihatan mental. Namun, ramai orang yang tidak memiliki diagnosis depresi atau isu kesihatan mental ketika menghadapi stres.
Emotional eating ialah kecenderungan yang dirasakan seseorang untuk merespons stres dengan makan – bahkan ketika tidak lapar. Aktiviti makan lebih dianggap sebagai pelarian pada ketenangan, cara penghilang stres atau sebagai ‘hadiah’ untuk diri sendiri serta bukan untuk memuaskan rasa lapar.
Makan berlebihan ketika sedang emosi juga berfungsi sebagai pengalih perhatian. Jika anda dalam keadaan susah hati tentang sesuatu atau konflik, anda cenderung akan memusatkan perhatian hanya dengan mengunyah makanan kesukaan anda sebagai cara memenangkan mood daripada harus berurusan dengan situasi menyesakkan itu. Sama keadaan di mana anda sedang bosan dan akhirnya memilih untuk memilih rangkaian televisyen hingga cerita kesukaan anda ke udara kembali.
Stres dorong kebiasaan makan berlebihan
Dalam jangka pendek, stres dapat mematikan nafsu makan. Struktur dalam otak yang disebut hipotalamus mengeluarkan hormon corticotropin, yang menekan nafsu makan. Otak juga mengirimkan isyarat pada kelenjar adrenal untuk melepaskan adrenalin. Adrenalin membantu memberi tindak balas “fight or flight” tubuh.
Jika stres berpanjangan, otak memberi arahan kelenjar adrenal untuk melepas kortisol yang berperanan dalam peningkatan nafsu makan dan juga motivasi secara umum. Stres juga mengganggu kerja hormon pengatur nafsu makan, ghrelin. Inilah mengapa makan ketika emosi mendorong anda melahap makanan tinggi karbohidrat, berkalori tinggi dan junk food.
Ads
Jika hati resah juga mengganggu tidur anda, kurang tidur juga mendorong nafsu makan lebih tinggi lagi. Apapun emosi yang mendorong anda untuk makan berlebihan, hasil akhirnya sama saja. Emosi negatif ini akan kembali dan anda mungkin akan menanggung beban tambahan dari rasa bersalah akibat rosaknya rencana diet anda. Anda terus menyalahkan diri sendiri akibat kebiasaan ini, semakin stres dan kembali makan banyak.
Cara mengendalikan emotional eating
Segera alihkan perhatian daripada makanan pada hal-hal lain yang dapat anda lakukan hingga dorongan makan berlebihan berlalu. Misalnya, berbual dengan teman, membaca buku atau majalah, mendengar muzik, joging, meditasi atau latih pernafasan, bersenam atau menulis jurnal. Memiliki jurnal makanan membantu anda untuk merancang pemakanan serta pemikiran atau emosi apa yang anda rasakan setiap kali makan.
Cuba lakukan beberapa tip ini:
1. Makan jeruk
Ads
Jika anda mengidam gula, cuba makan jeruk mandarin. Jeruk mandarin hanya memiliki 50 kcal. Mengupas dan mencium bau jeruk menciptakan satu momen meditasi untuk membantu menenangkan anda. Buah ini juga kaya vitamin C. Anda perlu vitamin C untuk menguatkan kekebalan tubuh terutama ketika berhadapan dengan stres.
2. Kacang
Kacang pistachio sebagai alternatif makanan sihat daripada sebungkus kerepek kentang. Pistachio ialah salah satu jenis kacang yang rendah kalori, namun diperkaya dengan lemak baik dan serat, serta membantu mengatur gula darah. Dengan cara ini, anda tidak akan mengalami lonjakan gula yang membuat anda semakin hiperaktif dan gelisah.
Ads
3. Pandang rona merah
Warna merah membawa maksud “berhenti” atau larangan, memandang sesuatu yang berwarna merah menyala akan mengirimkan isyarat yang kuat ke otak kita, iaitu: berhenti. Cuba sajikan makanan di atas piring berwarna merah atau pasang saja papan peringatan berwarna merah. Bahkan jika tip ini tidak mampu untuk menghentikan anda, hal ini akan membuat anda lebih menyedari kebiasaan buruk anda.
4. Senaman
Satu langkah penting dalam mengelola stres ialah dengan senaman kerana aktiviti fizikal secara teratur cenderung mengurangi pengeluaran hormon, bahkan membantu menurunkan risiko depresi, kecemasan dan insomnia di samping mengurangkan kecenderungan untuk terlibat dalam emotional eating.
5. Cari bantuan
Bagi mereka yang mungkin memerlukan bantuan mengatasi stres, kaunseling pengurusan stres dalam bentuk terapi individu atau kelompok sangat berguna. Kaunseling stres dan terapi kelompok telah terbukti mengurangkan gejala stres dan meningkatkan kesihatan diri secara keseluruhan. Pendekatan ini membantu untuk meringankan stres dengan membantu rekonstruksi ulang cara pandang atau berfikir seseorang terhadap isu-isu tertentu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasaan cinta itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Ia datang tanda diduga dan boleh berakhir begitu saja jika ia tidak dijaga dengan baik. Oleh sebab itulah cinta perlu dipelihara agar ia terus bersemi buat selamanya. Namun, apakan daya sekiranya cinta yang disemai penuh rasa kasih dan sayang boleh berentakan dan putus di pertengahan jalan.
Sebelum ia berakhir dan membuat anda kemurungan, lebih baik anda bersedia dengan keadaan ini. Sebaiknya, ketahui petanda yang si dia mula beralih arah daripada anda sekali gus membuatkan cinta kalian semakin memudar.
Ingin tahu apa petanda si dia mula beralih arah? Di sini Pesona Pengantin kongsikan enam petanda utama agar anda bersedia untuk menghadapinya.
1. TIDAK GEMBIRA MELAKUKAN AKTIVITI BERSAMA
Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain anda. Ini kerana pasangan mungkin sudah tawar perasaannya kepada anda. Keinginan untuk bersama juga tidaksegebu seperti dahulu. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.
2. SERING BERGADUH DISEBABKAN PERKARA KECIL
Pergaduhan sekali-sekala mereupakan perkara biasa. Ia memang lumrah dan ada masanya perlu untuk mengeratkan lagi hubungan. Tetapi jika pergaduhan kecil itu sudah seperti tabiat yang acap kali bertemu, maka itu merupakan petanda bahaya. Menjadikan hal sekecil hama sebesar gajah bermakna ada masalah perhubungan yang kalian berdua takut untuk menghadapinya. Adakah ketakutan untuk berterus-terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau, adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
3. ANDA TIDAK LAGI PENTING
Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting daripada diri anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama orang lain ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau sudah jadi begini, perpisahan awal mungkin jalan penyelesaiannya. Kesimpulannya, usahlah menyandarkan harapan sejak awal perkenalan jika anda sendiri sudah maklum yang anda bukanlah pasangan impiannya.
4. KURANG BERKOMUNIKASI
Jika pasangan masih lagi bertemu anda tetapi kurang berbual atau tidak semesra seperti selalu, itu antara pembayang bahawa hubungan kalian semakin kegeringan. Anda harus ingat, komunikasi adalah azimat yang paling hebat dalam memanjangkan usia perhubungan. Tanpanya, hubungan boleh berada di ambang kemusnahan.
5. MARAH TANPA SEBAB
Si dia mungkin tiada ikhtiar lain untuk menjauhkan diri daripada anda. Si dia juga tidak sanggup membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan anda. Jalan pilihan terbaik ialah dengan memarahi anda agar ia boleh membangkitkan rasa kebencian di hati anda seterusnya mendorong anda untuk memutuskan hubungan dengannya.
6. CUKUP MENGELAK DARIPADA ANDA
Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu berasa tidak selesa dengan perkara atau subjek yang ingin dijauhinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri daripada anda, anda patut risau sekarang. Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon. Atau, jika diajak bersantai seperti selalu, ada saja alasan yang diberikannya. Lebih parah, jika si dia menjawab panggilan telefon anda dengan cara acuh tidak acuh.
Jadi inilah antara enam metafora yang boleh menunjukkan sesebuah hubungan bakal terjejas. Justeru, sebelum ‘kemusnahan kecil’ asmara ini melanda dan meragut sebahagian daripada hidup anda, ada baiknya anda awasi petanda-petanda ini. Dan ingatlah, hidup ini penuh makna dan pastinya terlalu singkat untuk dibazirkan semata-mata kerana melayan kekecewaan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurunkan berat badan memerlukan banyak pengorbanan, dari segi pemakanan, masa juga senaman menjadi tunjang utama kejayaan diet anda. Demi mendapatkan bentuk badan dan berat idaman, di sini kami kongsikan perkongsian mudah untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan senaman dan diet. Ikuti perkongsian langkah mudah bersenam dari Zul Syafiq Jasni dan menu diet Aina Yazit agar menjadi panduan anda untuk menurunkan berat badan. Selamat mencuba!
Dalam perjalanan nak turunkan berat badan ni, bukan seperti pertandingan lumba lari, bukan lihat pada betapa kuatnya kita berMarathon.
Kawan-kawan, Let be realistik gais, ia perlukan proses yang panjang untuk menjadi gaya hidup yang sihat.
Disini saya kongsikan 7 tip ringkas bagi yang nak mulakan senaman.
1. Mula dengan perlahan. Jika sukakan Aerobic workout seperti zumba, cari level untuk beginner yang boleh buat kita bernafas dengan baik sepanjang sesi senaman.
2. Pilih waktu yang sesuai untuk bersenam. Ada orang suka waktu pagi dan ada yang suka waktu petang. Tak kisah pun pagi ke petang. Yang penting set masa bersenam untuk jadikan habit. Once dah jadi habit lama kelamaan akan jadi gaya hidup kita gais.
3. Bawa air masak bersama. Bila mula bersenam ni kan, banyak sangat peluh yang akan keluar jadi kita perlukan air untuk kurangkan dehidrasi.
4. Santai tetapi konsisten. Tak perlu dalam sehari tu buat 1 atau 2 jam secara berterusan. Akhirnya tercedok juga kerana masalah DOMS (sakit otot selepas bersenam), lebih baik bersenam selama 15 minit setiap sesi tetapi konsisten.
5. Gunakan pakaian yang ringan (Dry-Fit) untuk pengudaraan yang baik. Pilih kasut yang sesuai tak terlalu berat dan mempunyai tapak yang fleksible (tidak keras) untuk beri keselesaan pada kaki.
6. Tak perlu fokus dengan satu rutin sahaja. Selang-selikan kardio dan senaman bebanan.
7. Pastikan perut kita selesa sebelum memulakan senaman. Boleh ambil susu, pisang, oat, telur rebus,roti atau yogurt elakkan makan berat sebelum senaman gais.
Begitulah,
Semoga permulaan ini membawa perubahan yang besar buat diri kita
Zul Syafiq Jasni
Ayuh mulakan gais!
Ini pula menu diet cadangan yang boleh anda tiru sekiranya bosan dengan menu sedia ada. Selamat mencuba.
.
Assalammualaikum from previous post ada yang minta saya sharekn breakfast meal saya yang selalu saya buat… so harini saya nak sharekn antara jenis oat, peanut butter and jam yang saya guna sepanjang 5 tahun ni dari saya mula berdiet sampai lh sekarang dan antara oatmeal yg saya buat… saya jenis suka breakfast makanan2 manis sbb tu breakfast saya kalau you guys tgk kebanyakknnya jenis manisan.Saya suka guna oat jenis quick cook sbb bila masak kita punya oat akan jadi creamy and saya sarankn you guys masak oat dgn susu dan air nanti you guys punya oat akan jadi more creamy.
.
.
.
Pada pendapat saya, saya lebih suka peanut butter brand Jiff sbb dia ada rasa lemak2 manis sedikit. Kalau brand Yogood saya kurang sikit sbb rasanya agak blend begitu juga dgn steffi.. so bagi saya 1st Jiff, 2nd steffi and last Yogood… hehehe tapi kalau you guys suka takde masalah ikut cita rasa masing-masing.Toast pon antara favourite breakfast saya juga… cara saya buat toast, saya bakar dulu 2 keping Roti wholemeal, then saya sapukn dgn peanut butter and strawberry jam, tutup roti then drizzle kn dgn sedikit madu… jadi lh dia PB&J Toast!ataupon sapukn dgn peanut butter then taruk pisang slice kemudian katupkn dgn roti, sedapppp
.
.
.
.
Ini lh antara breakfast saya.. tak prnh jemu sebab sedap asal bila malam je x sabar nk tunggu esk pagi nk buat breakfast hahaha.Hope this posting can help you guys variety kn you guys punya breakfast meal. Rich, healthy, and delicious breakfast.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist (MUA) juga amat penting. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari tampak lebih anggun dan berseri.
Kali ini, kami akan berkongsi tip untuk anda memilih MUA yang tepat dan sempurna sempena hari bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau make up artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Pre-Wedding Makeup
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Cerewet Bertempat
Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!