Setiap wanita pastinya menginginkan pasangan lelaki yang bertanggungjawab, jujur dan baik hati. Ini menunjukkan betapa besarnya peranan lelaki dalam hidup seorang wanita. Lelaki yang baik akan sentiasa membimbing pasangannya ke arah kebaikan tanpa meminta sebarang balasan.

Namun, ada beberapa jenis sikap lelaki yang wanita takuti dan tidak sekali untuk dekati. Mungkin kerana personaliti dan tabiat mereka yang menyakitkan hati dan cukup menjengkelkan. Bagi wanita, jenis lelaki seperti ini perlu dijauhi kerana bakal membuatkan hidup mereka tidak tenteram dan merimaskan.

Nak tahu apa kriteria-kriteria lelaki tersebut? Jom kita lihat!

1. TERLALU EGO DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Awas Ya Lelaki, Ini 7 Jenis Sikap Anda Yang Membuatkan Wanita Takut Untuk Dekati!

Ego dan mementingkan diri sendiri! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain. Cara kita melayan orang di sekeliling menggambarkan personaliti dan nilai murni dalam diri. Tidak mustahil satu hari nanti anda pula menjadi mangsa.

Ads

2. JENIS MEMINTA-MINTA

Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita.

Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.

3. PERASAN BAGUS

Awas Ya Lelaki, Ini 7 Jenis Sikap Anda Yang Membuatkan Wanita Takut Untuk Dekati!

Ads

Dia mungkin lelaki yang tidak merokok namun itu bukan alasan untuk dia memaksa orang lain menuruti tabiatnya. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mulut tidak henti-henti mengata mengenai kelemahan orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.

4. MATA KERANJANG

Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati! Mereka juga gemar membangga diri kehebatan sendiri tatkala ada wanita yang menjeling nakal pada susuk tubuh perkasanya. Asyik si dia sahaja yang mengungguli bicara, entah bila tiba masa anda pula berkongsi rasa?

5. KAKI GADUH

Awas Ya Lelaki, Ini 7 Jenis Sikap Anda Yang Membuatkan Wanita Takut Untuk Dekati!

Ads

Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya. Pertemuan antara dua kekasih sepatutnya menjadi waktu indah bersama namun dek kerana sikapnya yang sering mempersoalkan setiap tindakan menjadikan anda tertekan dan terpaksa berusaha menjadi yang terbaik di matanya.

6. KEDEKUT

Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa? Lelaki jenis ini lebih menyayangi wang simpanannya daripada diri anda. Jangan sehingga wanita rasa diri mereka menjadi beban kepada kehidupan lelaki itu. Tidak perlu untuk memberi hadiah mahal setiap hari, namun sekali-sekala lelaki perlu berbelanja lebih untuk memberi peluang wanita rasa dihargai.

7. PEMBENCI WANITA

Awas Ya Lelaki, Ini 7 Jenis Sikap Anda Yang Membuatkan Wanita Takut Untuk Dekati!

Wanita mana yang mahu menjalin hubungan bersama lelaki begini? Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif terhadap wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah. Lelaki begini sememangnya perlu dijauhi kerana jika dibiarkan, anda yang rajuk sendiri dek bisa pemikiran dan mulutnya mengutuk kaum wanita.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI